JOM JOIN

Rabu, 15 Ogos 2012

REZEKI TAK AKAN DATANG BERGOLEK

Masa awal-awal puasa hari tu, aku pergi ke bank untuk settel pasal pinjaman ptptn. Masa kat bank, dalam perjalanan masuk bank lepas parking motor aku terserempak dengan seorang pak cik tua. Pakaian dia nampak agak lusuh sikit biasa laa orang tuakan.Apabila ak terserempak dengan pak cik tu aku pun senyumlah kat dia sebab nak hormat dia.

Tapi apa yang aku dapat pak cik tu lansung tak senyum kat aku...sedihnya...susah ke nak balas senyum?? ingat senyum nii dapat memulihkan hubungan kita antara seislam....jadi janganlah rasa pelik or malu nak senyum. Aku tak kesah pun pak cik tu nak senyum atau tak sebab aku nak citer yang selepas itu.

Dalam tidak sampai satu jam aku siap selesai semua tugas aku, so nak balik rumah. Masa aku keluarkan motor aku dari tempat parking aku ternampak seorang lelaki buta duduk kat tepi tiang kaki lima bangunan. Aku nampak lelaki tu kudung kaki dan mata buta tengah minta sedekah....baru aku perasan yang lelaki tu adalah pak cik yang aku terserempak tadi...

Tadi cukup semua sifat tapi sekarang dah cacat...ingatlah yang rezeki tak akan datang bergolek dan ilmu tak akan datang melayang. Susah macam mana pun nabi tak mengaku umat dia kalu kita minta sedekah. Mungkin ada kata minta sedekah tu satu ikhtiar, salah tu sebab ikhtiar yang dimaksudkan adalah dengan kudrat yang kita milki. Kalau kita buat macam pak cik tu itu dosa sebab kita dah menipu orang lain dan tidak bersyukur dengan nikmat yang allah bagi.

Contoh ikhtiarlah, minggu lepas, aku pergi ke pasar ramadan, saje nak tengok orang membeli juadah berbuka. Masa tengah ronda-ronda tu aku tertarik dua orang pasangan OKU tengah duduk kat tengah tengah pasar sambil nyanyi dikir( biase laa orang kelantan).. 

So apa yang aku nak cakap sini, ok laa bagi pasangan ni dia orang minta sedekah tapi dengan hiburkan orang ramai...bagi aku ok laa sebab pasangan tu patut dapat ganjaran sebab hiburkan orang sekeliling. 

Jadi untuk konklusnya, hidup ni kena usaha tanpa usaha perubahan tak akan berlaku...Ingat kita remaja, tak kira apa kekurangan yang kita miliki kita mesti usaha...Allah akan berikan rezeki kepada seluruh manusia tetapi rezeki yang melimpah ruah adalah untuk orang yang berusaha......JUST DO IT AND DON'T GIVE UP...

*internet dah semakin slow mungkin kurang sikit perkonsian sampai selepas raya. maaf atas kesulitan ini...dan aku ambil kesempatan ini untuk memohon maaf dan selamat hari raya kepada pengunjung blog aku...terima kasih atas support yang korang bagi insyallah, hanya untuk allah dan demi agama allah ak akan cuba istiqamah dngan penulisan blog...terima kasih dan tolong doakan aku...insyallah 

2 ulasan:

  1. alhamdulillah,rezeki x akan datang bergolek,kita kena berusaha,bahkan ada pepatah mngatakan mngutip tin itu lebih baik dari mngutip sedekah.:)

    BalasPadam

THANKS

THANKS