Persatuan
Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak
menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk
berfungsi secara sempurna.
Jurucakap
MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam
otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.
Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa;
"Darah akan
memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh
Islam".
Ini
diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah
memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut
mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk
beberapa sukatan tertentu sahaja.
Doktor
neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf
yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak
dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap inci otak manusia memerlukan darah
yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Kini doktor tersebut memeluk Islam dan
beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Beliau
juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui Al-Quran dan Hadis Nabawi.
Di antara kaedah yang digunakan termasuklahberpuasa,
madu lebah, biji hitam (black Seed).
Manusia
yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka
berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan
apabila membuat keputusan secara normal.
Justeru
itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk
melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka
mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.
"Ini kerana
otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara normal."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan