JOM JOIN

Jumaat, 31 Ogos 2012

PENGORBANAN SEORANG AYAH

“ Ayah, man dapat ,Ayah” laungan Rahman berulang-ulang kali kepada ayahnya yang sedang leka di sawah. Dengan perasaan gembira Pak Hamid terus meninggalkan  sawah itu dan bergegas ke sebuah pondok berhampiran dengan anaknya. “ Ada apa ni nak, dapat apa?” tanya Pak hamid kepada anaknya sambil tersenyum. Tanpa melengahkan lagi, Rahman terus memberikan sepucuk surat yang berlabelkan “hak kerajaan”

Tanpa diduga, air mata kegembiran orang tua itu menitis membasahi pipinya sambil lidahnya terkelu dari berkata-kata. Rahman telah ditawarkan biasiswa dan pengajian ijazah di sebuah universiti di Bandar. “ Man, alhamdullilah man, akhirnya doa ayah dan mak hendak tengok kau Berjaya ditunaikan,” ujar Pak Hamid dengan tergagap.

Malam semakin meninggi, kelihatan Pak hamid termenung jauh di beranda rumahnya yang dhaif. Sesekali dia menjenguk ke dalam rumah melihat Rahman sedang nyenyak tidur diruang tamu. “ Sayang, cepat sungguh masa berlalu sekarang ini anak kita sudah pun dewasa” lintasan hatinya kerana terkenangkan arwah isterinya yang sudah 20 tahun meninggalkan mereka berdua.

Pak Hamid tidak mahu mengimbas kembali memori hitam yang telah merangut nyawa isterinya. Disamping kehilangan isteri tercinta, menyebabkan dia kehilangan tangan kanan dan penglihatan kirinya. “ Hai ayah, tak tidur lagi, jauh termenung” tegur Rahman yang telah menyedari kelibat ayahnya sedang termenung keseorang. Pak hamid hanya membalasnya dengan senyuman sahaja.

Langit terbentang luas bagaikan allah membuka pintu langit, kicauan burung-burung sedang bersilih ganti. Pagi ini, Pak Hamid tidak pergi ke sawah hari ini kerana hari ini adalah hari pedaftaran anaknya di universiti. Dengan hati yang gembira tidak terhingga mereka pergi ke sana dengan sebuah teksi.

“Man, ayah dah nak balik ni, kau belajar rajin-rajinnya, ingat jaga diri, mak dan ayah sentiasa doakan Man supaya Berjaya,” nasihat Pak hamid kepada anaknya sambil menahan sebak. Hari ini, saat ini dia terpaksa berpisah dengan anaknya yang menjadi tanda cintanya kepada isterinya . Rahman hanya memandang ayahnya sambil membalas “ sudahlah ayah, jangan menangis kat sini, malu kat orang, tak apa nanti cuti Man balik.”


Sudah setahun berlalu, Pak Hamid kelihatan sugul kerana sedang asyik menunggu kepulangan anaknya di beranda. “ Man, bila kau nak balik, ayah rindu sangat dengan Man,” kata Pak Hamid seorang diri bagi mengubati hatinya. Pak hamid cuba menghubungi anaknya namun tiada jawapan. Oleh kerana tidak terdaya menahan rindu, dia terus mengambil keputusan untuk pergi melawat anaknya pada keesokan hari.

“ Cik boleh saya jumpa dengan anak saya” tanya Pak hamid kepada seorang kerani di pejabat university tempat anaknya belajar. Pak Hamid disuruh tunggu di ruang tamu sebentar sebelum anaknya datang. Hampir satu jam menunggu, Pak Hamid mengambil keputusan untuk mencari sendiri anaknya di sekitar itu. Alangkah gembiranya hati dia, apabila kelihatan kelibat anaknya sedang berjalan dengan kawan-kawannya.

Tanpa berlengah lagi, dia terus berlari anak menuju ke arah Rahman sambil memanggil nama anaknya. Tergaman Rahman dan kawan-kawannya melihat kehadiran lelaki tua yang kusut menuju ke arah mereka. Hati Rahman menjadi tidak tentu hala dengan kehadiran ayahnya. Dia serba salah kerana takut untuk mengaku itu adalah ayahnya. Maka dengan spontannya dia berkata “ hei orang tua, siapa kamu??aku bukan anak kamu, kamu dah salah orang.” Ujar Rahman.

Ayahnya terkilan dengan kata yang keluar dari orang yang paling disayang menyebabkan dia bagaikan orang bisu. Rahman terus beralih dari situ sambil meninggalkan ayahnya begitu sahaja. Pak Hamid hanya terdiam sambil memandang kelibat anaknya hilang dari pandangan. Semasa memerhati anaknya pergi mata Pak Hamid tiba-tiba berkaca dan kemudian mengugurkan titisan-titsan air mata kekecewaan.

6 tahun kemudian….

Dedaun pintu yang usang ditolak dengan perlahan. Kelihatan perabot dalam rumah itu bertaburan dan berhabuk. Sudah seminggu ayahnya meninggal baru sekarang Rahman pulang ke kampung. Sekarang Rahman sudah pun dianugerahkan ijazah dan ditawarkan berkerja di sebuah syarikat sebagai pengurus. Walaubagaimanapun semua ini sudah tidak bermakna kerana kematian ayahnya tanpa sempat dia memohon maaf atas dosanya dulu.
Rahman memasuki bilik ayahnya sambil mengenang ayahnya. Semasa sedang meratap kesedihan Rahman ternampak sepucuk surat terletak rapi di atas meja solek. Rahman terus mencapainya dan membaca isi kandungannya.

“ Assalamualaikum Man, kamu sihat? Alhamdullih, jikalau kamu membaca surat ini, bermakna kamu dh pulang tapi mungkin ayah dah tiada di alam ini. Untuk pengetahuan Man, ayah sudah lama memaafkan apa yang telah Man buat kepada ayah. Ayah Tidak pernah mengambil hati kerana ayah tahu ini balasan kepada ayah atas kedegilan ayah terhadap nasihat ibu kamu. Ingat tak? Semasa kemalangan itu berlaku, kereta yang kita naiki tersangkut di dahan-dahan pokok selepas terhumban dalam gaung.

Untuk pengetahuan Man, tangan dan mata ayah cacat adalah semata-mata hendak selamatkan kamu. Ayah terpaksa memutuskan tangan ayah yang telah tersepit. Semasa ayah mengeluarkan kamu dari kereta , sudah jatuh di timpa tangga, kereta bergelongsor turun kebawah menyebabkan dahan-dahan saling bidas membidas. Satu dahan telah mengenai kepala ayah menyebabkan ayah jatuh dan pengsan.
Apabila sedar dari pengsan ayah mendapati, ayah berada di hospital. Doktor memaklumkan yang kamu selamat namun berkecai hati apabila mengetahui yang ibu tidak dapat diselamatkan. Kesedihan ayah bertambah apabila mengetahui yang ayah kehilangan penglihatan sebelah mata akibat hentakan dahan yang kuat dan juga sebelah tangan ayah .

Biarpun ayah  kehilangan kesemuanya, namun ayah tetap gembira kerana kamu masih lagi bersama dengan ayah. Ayah berjanji akan menjaga kamu seperti mana ayah berjanji dengan ibu kamu.

Buat kali terakhirnya, ayah sekali lagi memohon maaf atas kesilapan ayah dan kecacatan ayah yang menyebabkan kamu malu….Maafkan ayah Man. Moga kamu Berjaya di dunia dan akhirat.
Yang benar,

Dari ayah yang merindui anaknya “

Menitis airmata Rahman apabila membaca surat daripada ayahnya. Namun nasi sudah pun menjadi bubur dimana ayahnya tidak akan kembali lagi ke dunia ini. Rahman merasakan teramat berdosa dengan kelakuan dia terhadap ayahnya . Sejak itu dia telah pun berubah dan dia tidak akan melupai pengorbanan ayahnya yang tidak dapat dibalas dengan apa sekalipun. Hanya sedikit doa buat ayah mampu dikirim, moga-moga allah memberkati ayahnya.

Rabu, 29 Ogos 2012

APA YANG PATUT AKU JAWAB SEKIRANYA...????


Masa first skali aku buka facebook aku, aku betul terkejut dengan gambar ini terpampar besar. Mungkin sahabat turut membaca malapetaka yang telah dialami oleh perempuan inikan....
Dikatakan perempuan ini diragut dimana peragut menetak tangannya dengan parang sehingga hampir putus untuk mendapatkan beg. Masyallah kejamnya peragut ini " Moga peragut itu mendapat hidayah dari pada Allah"
Dimanakah sekarang sifat keperimanusian yang telah dikurniakan oleh allah kepada kita. Apabila aku tengok  seorang perempuan terseksa , fikiranku hanya akan terfikir

Ya Allah,
macam mana jikalau rasullah ada disini,
apa yang patut aku jawab jika ditanya oleh rasullah,
KENAPA TIDAK MENJAGA WANITA"

Wasiat terakhir rasullah kepada kaum lelaki adalah menjaga wanita, tapi sekarang dunia ini telah menjadikan wanita itu seperti mainan bukannya bidadari dunia. Apabila sebut saja perkataan wanita, kita sudah pun sedia maklum yang wanita itu lemah, tapi berapa ramai lelaki yang mengambil berat tentang ini.

Namun begitu, wahai wanita lihatlah dan sedarlah rasullah sangat sayangkan wanita sehinggakan sebelum wafat pun beliau masih sebut wanita, tapi berapa ramai wanita yang mengikut syariat yang beliau bawa dan berapa ramai wanita yang melaksanakan syariat yang patut dia patuhi????

wahai sahabat? pejamlah matamu sekejap, renungkahlah 
kita semua katakan yang kita cintakan rasullah,
tapi adakah kita laksanakan syariat yang dibawa oleh beliau,
Bayangkan jikalau Rasullah datang berjumpa dengan kita,
sekarang ini.....
adakah kita mempunyai jawapan untuk mejawab soalan,
yang akan ditujukan oleh Rasullah.....????


P/S : maaf orang yng menulis pun tidak sempurna jadi mohon maaf, jika ada salah tolong tegur....sama-samalah kita memperingati antara satu sama lain...moga-moga syiar allah sentiasa berkibar sehingga hari kiamat......INSYALLAH

Ahad, 26 Ogos 2012

ADAKAH AKU MALANG????

Baru-baru ni ak telah pergi berhari raya rumah kawan aku dengan motorsikal tiba-tiba  masa dlam perjalanan tayar aku pancit. Nak jadikan citer, hari yang selepas tu, aku naik motorsikal lain lagi , tiba-tiba pancit lagi. Adakah aku ini orang yang bernasib malang??? Mesti sahabat pernah merasainyakan.

Apa yang aku nak perkatakan disini, sebenarnya  istilah bernasib malang tidak patut wujud didunia ini...Adakah sahabt semua setuju dengan aku. Bagi aku semua manusia di dunia ini termasuk samada beriman atau tidak, kita semua hanya mendapat nasib yang baik....Kenapa aku cakap camtu sebab dalam al quran telah termaktub surah baqarah ayat 216. setiap yang baik tidak semesti baik untuk kita dan setiap yang buruk xsemestinya buruk untuk kita.Jadi, setiap nasib yang buruk berlaku kepada kita mesti ada iktibar dari nya....so BERSABARLAH, JANGAN KECEWA DENGAN APA YANG TELAH BERLAKU KEPDA KITA kerana semua tu baik untuk kita.

Namun, mesti sahabt pernah berada di posisi pendengar kepada orang yang melanda kecelakaan bukan???? Apabila kita berada diposisi itu, janga sesekali kita menghina di, memerli dia, dan lain-lain lagi sebab kata-kata yang kita lontarkan itu bagaikan BATU YANG TENGAH MEREKAH KEMUDIAN DIHENTAK DENGAN PENUKUL BESI....betapa kecewanya orang itu apabila kita berkata padanya seperti itu. Kita sepatutnya menolongnya atau memberikan semangat kepadanya barulah dia merasai kebangkitan yang perlu dia lakukan.

Sahabat semua tau tak, apabila perkataan yang tidak perli menusuk dalam hatinya akan menyebabkan seorang itu menjadi tidak tenteram dan mungkin boleh mempengaruhi keputusan yang sepatut dia lakukan. Remember that, apabila fikiran kusut masalah sebesar semut pun dirasai bagaikan sebuah gunung....jadi itu  akan menyebabkan sesorang itu boleh jauh dari tuhannya......

Untuk kesimpulannya, setiap yang berlaku samada baik atau buruk bukan bermakna allah tidak menyayangi kita tapi semua itu adalah takdir yang telah ditentukan allah supaya kita merasai erti kehidupan. Dan jika ada sahabt kita yang dilanda kecelakaan bantulah dia kerana setiap sesuatu yang jatuh memerlukan tangkat untuk bangun semula......dan ingat BATU YANG HANCUR MENJADI DEBU BERGUNA UNTUK HIDUPAN TETAPI JIKA HATI HANCUR BERKECAI, RUNTUHLAH SEGALA KEHIDUPANNYA ....


Khamis, 23 Ogos 2012

PENGAKHIRAN ZAMAN REMAJA

kedengaran takbir bergema sepanjang malam sempena menyambut kedatangan bulan syawal. Jam sudah pun menunjukkan pukul 3 pagi tapi mataku masih lagi tidak mahu dibuai mimpi. Entah kenapa malam ini aku merasakan satu kesedihan melanda diriku tapi aku tidak mengetahui tentang apakah kesedihan yang aku rasakan.

Ya allah,
aku mohon kemaafan atas dosaku,
yang selama ini aku telah lakukan,
Ya allah,
bulan ramadhan telah pun meninggalkan aku,
bulan yang sangat mulia telah pun berlalu pergi,
tetamu yang datang sudah pun pulang,
Ya allah,
janganlah kau tinggalkan aku bersendirian,
sesungguhnya aku tak mampu untk mengurusnya,
aku hanyalah hamba yang meminta simpati dari tuannya.

Aku cuba melelapkan mataku tetapi masih lagi tidak terdaya. Fikiranku asyik memikirkan adakah aku masih lagi dapat berjumpa dengan bulan ramadhan. Mungkin kebanyakan masyarakat mengatakan kita sepatutnya gembira apabila berakhirnya ramadhan kerana kita berjaya berpuasa selama sebulan. Tapi hatiku sudah pun berkata " aku pun sudah mencapai usia remaja dan tidak lama lagi aku akan menjadi dewasa". 

Terasakan cepat sungguh masa ini, aku merasakan baru kelmarin aku merasakan saat zaman kanak-kanak. Aku merasakan baru kelmarin, aku berlari-lari semasa orang tengah solat terawih, bermain bunga api tapi sekarang aku sudah pun remaja. Tak lama lagi aku akan berada dalam zaman dewasa, adakah aku sudah pun bersedia untuk itu???

Bersedia ataupun tidak, masa tidak akan menunggu kita kerana ia sentiasa berlalui dari saat ke saat yang lain. Benarlah pepatah arab " masa itu ibarat mata pedang, jika tidak kita melibasnya dulu ia pasti akan melibas kepada kita". "Zaman dewasa adalah zaman kita menuai hasil tanaman yang kita tanam semasa zaman kanak-kanak dan remaja " itulah kata-kata yang telah dilontarkan oleh seorang guruku. Aku cuba merenung maksud sebenar kata-kata itu, membuatkan hati aku berkata " Adah usaha aku selama ini akan berbuahkan hasil?? adakah pengajian dan pengalaman yang aku pelajari selama ini mampu memberikan satu kejayaan kepadaku semasa zaman dewasa.

Walau bagaimanapun aku tetap berserah kepada illahi kerana aku tahu tiada siapa dapat mengetahui masa depan mereka kecuali Allah. Aku percaya yang allah tidak akan meninggalkan hambanya yang sentiasa ingat padanya. Untuk menempuhi pertukaran zaman ini aku mesti kembali kepada allah agar allah memberikan satu kejayaan. Sejauhmana sekalipun aku telah terpesong dari jalan Nya, aku memesti pulang kepadanya kerana tiada Zat yang dapat menolong kita selain ALLAH. Sejahat mana aku, seberat mana dosa aku pun, ianya bagaikan buih dilautan yang akan pecah bila-bila masa disaat air mata keinsafan mengalir dihatiku.

Ya allah,
aku bersyukur atas usia yang kau berikan ini,
nikmat yang melimpah- ruah ini,
kehidupan yang aman damai,
Tapi,
aku memohon keampuan kerana aku gagal,
memanfaatnya sebaik-baik yang mungkin,
aku gagal melaksanakan amanat,
yang telah kau berikan kepadaku,
Ya allah,
janganlah kau menarik hidayah yang telah,
kau berikan kepadaku selama ini,
kerna aku tidak sanggup merasai kepanasan,
api neraka Mu.

*P/S : wahai sahabat kembalilah kepada tuhanmu sebelum terlambat. Macam mana nak kembali kepanda tuhanmu, just close ur eyes....n beristigfar selami hati kita apa yang telah kita lakukan hari ini...adakah sentiasa menyebut nama allah......JOMLAH KEMBALI KEPADANYA TAK RUGI KALU KITA SENTIASA INGATKAN ALLAH....insyallah kita akan rasakan ketenangan yang luar biasa JUST TRY IT YOU CAN FEEL IT.....

Sabtu, 18 Ogos 2012

ALLAH???

sempena menjelang hari raya ini, aku nak bincang dengan sahabat sikit pasal kepercayaan kita terhadap allah. Tadi aku baru terbaca satu post dalam facebook yang mengatakan ada seorang perempuan memarahi rakannya kerana sentiasa dengan allah. Sebelum tu, mari kita doakan moga2 dia mendapat hidayat dan moga2 kita tidak terjebak dengan ini juga....insyallah

Pertama sekali, percaya kepada allah. Mungkin ramai umat islam sekarang mengaku yang wujudnya allah tapi tidak tau macam nak buktikan.. Baiklah kalu mengikut kitab tauhid " alam ini adalh bukti kewujudan allah ". Tapi aku nak bagi contoh yang mudah je iaitu kita pernah tengok tak kat langit kadang2 terpampar nama allah itu satu bukti.So kenapa nama allah terpampar tidak jesus or mana2 nama tuhan agama lain...tapi mungki ada yang kata macam mana kalu gambar itu di edit, so cari lah kat badan anda allah ada meletakkan tandanya kepada kita, setiap manusia ada dan sentiasa ada.

Dulu masa aku kat maahad, ustaz aku tak galakan kami baca bible sebab takut terpengaruh tapi aku degil sebab bagi aku kenapa aku nak takut kalu agama islam itu benar. Then aku pun baca, kat situ aku baca rasa macam ada sesuatu yang diorang sembunyikan. semua kisah yang diceritakan adalah tergantung. Jadi apa yang dapt kita simpul ialah agama islam adalah benar kerana semua kisah yang diceritakan dalam alquran semua nya lengkap tapi tidak pada bible.

Jadi, kenapa dalam kehidupan kita perlukan allah?? sebabnya apabila kita hayati apa erti sebenar kehidupan , kita akan faham yang hidup tanpa allah bagaikan layang-layang yang putus talinya. So janganlah kita jauh dari padanya dan jika jauh kembalilah kepadanya.

Jomlah, aku minta 2 minit untuk sahabat semua tutup mata dan beristigfar kemudian ingat2lah apa yang telah kita lakukan samada kita leka dengan dunia atau kita sentiasa bersama NYA. Ingatlah tak ada sesiapa yang mampu mendengar rintihan kita selain allah kerana allah tak pernah tidur ataupun mati.. Allah sentiasa berada dengan kita tak kira, kita berada di bawah ataupun kita berada diatas. SO JUST CLOSE YOUR EYES FOR A MINUTE.

kesimpulannya, ingatlah sejauh mana kita pergi kita tak akan dpat lari dari allah, segelap mana tempat itu allah sentiasa nampak, sesunyi mana tempat itu allah sentiasa dengar.Jadi, kembalilah kepada allah sebelum kita dipanggil menghadapnya kerana penerbangan maut tidak akan delay walaupun sesaat dan tidak akan cepat walaupun sesaat. JUST 2 MINUTE TO RETURN TO ALLAH.....

Rabu, 15 Ogos 2012

REZEKI TAK AKAN DATANG BERGOLEK

Masa awal-awal puasa hari tu, aku pergi ke bank untuk settel pasal pinjaman ptptn. Masa kat bank, dalam perjalanan masuk bank lepas parking motor aku terserempak dengan seorang pak cik tua. Pakaian dia nampak agak lusuh sikit biasa laa orang tuakan.Apabila ak terserempak dengan pak cik tu aku pun senyumlah kat dia sebab nak hormat dia.

Tapi apa yang aku dapat pak cik tu lansung tak senyum kat aku...sedihnya...susah ke nak balas senyum?? ingat senyum nii dapat memulihkan hubungan kita antara seislam....jadi janganlah rasa pelik or malu nak senyum. Aku tak kesah pun pak cik tu nak senyum atau tak sebab aku nak citer yang selepas itu.

Dalam tidak sampai satu jam aku siap selesai semua tugas aku, so nak balik rumah. Masa aku keluarkan motor aku dari tempat parking aku ternampak seorang lelaki buta duduk kat tepi tiang kaki lima bangunan. Aku nampak lelaki tu kudung kaki dan mata buta tengah minta sedekah....baru aku perasan yang lelaki tu adalah pak cik yang aku terserempak tadi...

Tadi cukup semua sifat tapi sekarang dah cacat...ingatlah yang rezeki tak akan datang bergolek dan ilmu tak akan datang melayang. Susah macam mana pun nabi tak mengaku umat dia kalu kita minta sedekah. Mungkin ada kata minta sedekah tu satu ikhtiar, salah tu sebab ikhtiar yang dimaksudkan adalah dengan kudrat yang kita milki. Kalau kita buat macam pak cik tu itu dosa sebab kita dah menipu orang lain dan tidak bersyukur dengan nikmat yang allah bagi.

Contoh ikhtiarlah, minggu lepas, aku pergi ke pasar ramadan, saje nak tengok orang membeli juadah berbuka. Masa tengah ronda-ronda tu aku tertarik dua orang pasangan OKU tengah duduk kat tengah tengah pasar sambil nyanyi dikir( biase laa orang kelantan).. 

So apa yang aku nak cakap sini, ok laa bagi pasangan ni dia orang minta sedekah tapi dengan hiburkan orang ramai...bagi aku ok laa sebab pasangan tu patut dapat ganjaran sebab hiburkan orang sekeliling. 

Jadi untuk konklusnya, hidup ni kena usaha tanpa usaha perubahan tak akan berlaku...Ingat kita remaja, tak kira apa kekurangan yang kita miliki kita mesti usaha...Allah akan berikan rezeki kepada seluruh manusia tetapi rezeki yang melimpah ruah adalah untuk orang yang berusaha......JUST DO IT AND DON'T GIVE UP...

*internet dah semakin slow mungkin kurang sikit perkonsian sampai selepas raya. maaf atas kesulitan ini...dan aku ambil kesempatan ini untuk memohon maaf dan selamat hari raya kepada pengunjung blog aku...terima kasih atas support yang korang bagi insyallah, hanya untuk allah dan demi agama allah ak akan cuba istiqamah dngan penulisan blog...terima kasih dan tolong doakan aku...insyallah 

Isnin, 13 Ogos 2012

RAMADHANKU


Kemeriahan hari raya semakin di rasai dengan ketibaan sanak saudara ke kampung. Rombongan membeli-belah berpusu-pusu menuju ke shopping complex. Ada yang membeli baju raya, perkakas masakan hari raya, perabot raya dan lain-lain lagi. Namun begitu kalendar di hansetku dibelek beberapa kali. Entah kenapa tahun ini aku merasakan sesuatu di bulan ramadhan ini.
“huff…”dengusan aku setiap kali membelek kelandar. Aku tertanya kenapa aku seakan tidak merasai nikmat hari raya seperti dahulu lagi. Kali ini hati aku merasakan satu kesedihan apabila ramadhan sudah berada dipenghujung sekarang ini. Aku merasakan baru beberapa hari kita puasa dah nak habis.
Aku merenung jauh didalam bilikku sambil berfikir,
“kenapa aku merasakan kesedihan dalam ramadhan kali ini seakan-akan tidak mahu berhari raya”
“adakah ini penghujungku ya allah”
“adakah aku mampu bertemu dengan ramadhan lagi”
Mataku merasakan hendak menanggis tapi air mataku tidak mengalir. Aku teringatkan disaat aku berada dikolej tahun lepas pada bulan ramdhan. Bagi aku tahun lepas adalah ramadhan yang terbaik dalam memori aku.
Setelah  kelas tamat aku dan ramai lagi kawan aku bergegas ke masjid untuk menyediakan makanan bagi pelajar kolej untuk berbuka. Walaupun badan letih selepas kelas tapi hati gembira dapat bersama dengan sahabatku.
Entah kenapa iba-tiba teringatkan saat-saat indah itu. Satu kenangan yang tidak lupa dimana seorang yang aku kagumi selama ini iaitu ustaz Romli. Disaaat bulan ramadhanlah, dia mengajar aku erti kepimpinan, erti seorang ketua dan yang paling penting erti kekuatan ikatan persahabatan. Walaupun beliau sakit yang teramat sangat namun beliau masih lagi tersenyum kepada aku.
Itulah ramadhan yang banyak mengubah dan mengajar aku kearah keberanian dalam permasyarakatan. Aku merinduimu wahai ramadhan tapi aku tahu putaran jam tidak akan berhenti ataupun mengundur, jadi aku akan teruskan perjuanganku hingga keakhir hayatku.
“ Ya allah, aku memohon kepada mu, semperna dibulan yang mulia ini, kau ampunilah dosaku, ibubapaku, guruku dan sahabatku. Panjangkanlah umur kami moga-moga dapat berjumpa dengan bulan ramadhan lagi….insyallah”
Sebab itulah ramadhan mempunyai kenangan yang indah dengan aku. Aku berharapkan sebelum berakhirnya ramadhan kali ini dan yang akan datang, moga-moga kita dapat mengambil pengajaran darinya…..
Buat semua,
“ aku mengambil kesempatan ini, semperna bulan yang mulia ini aku memohon ribuan kemaafan andaikata aku melakukan kesilapan samada aku sedar atau pun tidak…tolong maafkan aku…dan juga halalkan semua makan minum aku kerana aku tidak tahu bilakah ajalku akan tiba samada seminit lagi, seminggu lagi atupun sebulan lagi…..aku mohon sangat….terima kasih kepada sahabat-sahabatku terutama dari Pusat islam terima kasih kerana banyak memberi aku tunjuk ajar sehingga aku berani untuk berhadapan dengan orang ramai…ia adalah satu kejayaan yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila….dan untuk yang terakhirnya doakan guru-guruku terutama ustaz romli moga-moga dia mendapat kesihatan yang baik….ingatlah wahai sahabat, yang berjuang tidak semesti memakai senjata, malahan dengan jari pun mampu menegakan agama allah, Cuma niat kita yang menentukan samada untuk berjihad atau tidak….Apabila ucapan kalimah syahadah dilafazkan maka wajiblah dia melaksanakan kewajipan sebagai islam. Tiada pengecualian samada sekolah agama atau biasa, banyak dosa atau sikit dn pelbagai lagi….. Ingat jangan sesekali membiarkan orang kafir memandang rendah umat islam...ANDA MAMPU MENGUBAHNYA…”

Sabtu, 11 Ogos 2012

RAHSIA NASI KERABU

Alhamdullilah sudah sekian lama ingin makan nasi kerabu akhirnya dpt jua merasainya....semasa aku tengah makan aku terfikir kenapa nasi kerabu amat diminati oleh orang ramai terutama orang kelantan. Untuk pengetahuan sahabat nasi kerabu best kerana dia campur semua dengan nasi,ulam,ayam bakar dan yang paling penting budu....

Tapi kali ini aku bukan hendak berkongsi cara nak buat nasi kerabu tetapi nak kongsi bagaimana satu jenis makanan boleh diadaptasikan dalam kehidupan..

  • seperti yang sahabt tahu, nasi kerabu adalah nasi yang dicampur dengan pelbagai bahan, so dalam kehidupan ber masyarakat kita dicipta oleh allah dengan pelbagai bangsa, bahasa, cara hidup dan banyak lagi. Namun, kenapa kita tengok rakyat islam zaman sekarang dipandang rendah oleh orang bukan islam....kenapa yeee?...sebab dia kita tak bersatu antara satu sama lain. jika kita tengok sekarang ini semakin ramai orang islam yang hidup berjiran tidak kenal jiran sebelah rumahnya....parah nii...so camne nak disegani...dan apabila berlaku kecelakaan kepada saudara seislam kita, kita hanya cakap kami tumpang bersedih....bersedih untuk apa, kita sepatutnya bantu dia dengan kudrat yang kita ada dan jika tak mampu baca laa....AL-FATIHAH....susah sanagt kee????.. so sahabat ingat lah umat islam itu bersaudara bak kata pepatah cubit peha kanan peha kiri terasa...
  • Selain itu, nasi kerabu ada banyak jenis iaitu nasi kerabu nasi putih dan nasi kerabu nasi yang warna biru... Mengikut kajian sains warna yang tidak sesuai untuk makanan adalah warna biru...tetapi kenapa nasi kerabu biru ramai orang suka......So apa yang kita dpat ambil dr sini adalah kita ni dijadikan oleh allah dengan air mani yang hina. Tiada manusia yang sempurna dalam hidup ini kecuali Nabi Muhammad  S.A.W dan setiap manusia mesti ada keistimewaan dan kelemahan. Tapi dlam kehidupan ni, kelemahan yang dimiliki dapat di tutup dengan kebaikan yang kita lakukan...ingatlah sesuatu yang buruk tak semestinya akan kekal buruk dan tak semestinya yang baik itu akan kekal itu akan kekal baik.....Jadi wahai sahabat, kadang-kadang kelemahan yang kita miliki boleh menjadi senjata untuk kita dalam merentasi arus kehidupan ini
Untuk kesimpulannya, apa yang berlaku dalam seharian kita ada hikmahnya....oleh itu allah memberi akal fikiran kepada kita agar berfikir dan ambil pengajaran darinya..... IF YOU WANT TO BE DIFFERENT, YOU MUST DECIDE IT...

Jumaat, 10 Ogos 2012

SAYANG, SUKA, MINAT DAN CINTA

mungkin sahabat pernah dengar perkataan sayang, suka, minat, dan cinta.Tapi kali ini aku ingin bertanya kepada sahabt apayang korang faham dengan perkataan ini (boleh comment kat bawah )

Bagi aku keempat-empat perkataan dia atas mempunyai maknanya tersendiri :

  1. sayang - ia adalah satu perasaan yang sangat hampir dngan perasaan cinta kerana dalam cinta ada sayang. Tapi apakah sebenarnya sayang, ialah perasaan yang diberikan kepada orang paling hampir dengan kita dan selalu meluang masa bersama dengan kita samada saat berduka atau suka...cth keluarga dan sahabt
  2. suka - ialah satu perasaan yang ditujukan kepada seseorang apabila kita tertarik dengan sifat-sifat yang dimiliki oleh seseorang itu...contoh kelakar, periang,dan lain-lain
  3. minat - perasaan yang hampir sama dengan perasaan suka tetapi perasaan minat timbul apabila kita mengakumi seseorang itu dengan kelebihan yang dia miliki...contoh bijak, aktif, dan lain-lain
  4. cinta - ia adalah perasan yang timbul apabila kita inginkan seseorang itu berada disamping kita dan semua yang kita lakukan mesti hendak bersama-sama dengannya......tetapi dalam cinta ada dua kategori iaitu perasaan ingin memiliki or perasaan cinta.
Sahabat semua mesti pelik kenapa aku katakan yang cinta tebahagi kepada dua iaitu perasaan ingin memiliki dengan perasaan cinta. OK perasaan ingin memiliki ini adalah satu perasaan dimana kita merasakan yang kalaulah kita dapat bersama dia kita akan bahagia. Kebiasaan perasaa ini hanya timbul kepada lelaki dan perempuan yang merancang untuk berkahwin. CINTA samalah dengan definis diatas tetapi dia hanya akan timbul apabila lelaki dan perempuan sudah pun berkahwin. So, janganlah mudah memberi perasaan cinta itu kepada orang yang belum tentu milik kita....kerana takut perasaan itu tidak dapat dikembalikan lagi.

So untuk kesimpulanya, gunakanlah nikmat perasaan itu sebaik yang mungkin dan jagalah perasaan orang lain kerana nanti allah akan membalas balik apa yang kamu lakukan....remember what you give, you get back...

KETAHUILAH WAHAI SAHABAT


1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

Khamis, 9 Ogos 2012

TIP 10 RAMADHAN TERAKHIR


Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

Selasa, 7 Ogos 2012

HATI INSAN YANG LEMAH 2

Wahai saudaraku,
aku memohon ribuan kemaaf kepada mu,
andai kata aku melakukan kesilapan,
tanpa aku sedari,

wahai saudaraku,
kenapa sedemikian kau lakukan kepadaku,
kenapa kau memarahi aku seteruk ini,
kenapa kau membenciku sedalam-dalamnya kebencian.

Wahai saudaraku,
aku tahu apa kesalahanku terhadapmu,
aku mengerti dosaku terhadapmu,
aku tahu dan mengerti kenapa kau bersifat sedemikian denganku.

Wahai saudaraku,
aku memohon ribuan kemaafan kepada mu,
kerna aku hanyalah manusia yang sering melakukan kesilapan,
kerna aku ini terlalu ikutkan keegoanku,
kerna aku melayani kerenah nafsuku.

Wahai saudaraku,
salahkah aku kerna ingin perbetulkan keadaan ini,
salahkah niat aku untuk memulihkan hubungan kita seperti dulu,
salahkah aku ingin menjadikan kita seakrab dulu.

Wahai saudaraku,
bukakanlah sedikit pintu hati qudusmu untuk menerimaku,
kasihanilah aku yang sedang merayu kesedihan,
simpatilah dengan aku,

Wahai saudaraku,
andai kata kau tidak dapat menerimaku,
aku redha dan terima seadanya,
kerana aku tahu semua ini berlaku angkaran keegoanku,
dan kerna kejahilanku dahulu.

Wahai saudaraku,
andai kata aku pergi menghadap NYA dulu sebelummu,
maafkanlah aku kerna aku tidak sanggup,
dan aku tidak rela,
menghadap illahi dengan kemurkaannya.

Ya allah,
ampunilah dosaku,ibubapku,guruku,sahabatku, 
dan muslimin dan muslimat,
Ya allah,
kau ampunilah dosa saudaraku ini,
kerana semua ini adalah kesilapanku,
aku memohon kepada mu 
Ya allah,
selamatkanlah saudaraku ini dari kecelakaan,
didunia malahan di akhirat,
andaikata dia lalai dengan dunianya kau berikanlah,
pentunjuk dan hidayah kepadanya.
AMIN......

KENAPA SEMUA INI BERLAKU??

 Aku baru menyaksikan beberapa video di youtube yang memaparkan kekejaman bukan perempuan dan juga bukan lelaki tetapi remaja zaman sekarang. Video itu banyak memaparkan bayi yang dibunuh , dibuang,dan dilempar bagaikan sampah. Pilu rasa hati aku melihat bayi yang dizalimi.

Aku hairan dan pelik kenapa manusia tergamak berbuat demikian. Dimanakah budi bahasa orang melayu yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita. Baiklah, untuk pengetahuan semua aku sedih kepada bayi itu kerana dia tidak memperolehi semua nikmat-nikmat yang aku dapat semasa aku bergelar bayi.

Wahai remaja 
bukalah mata hati kamu,
tidakkah kamu kesian dengan bayi itu, 
yang masih belum sempat membukanya,
belum sempat mengenali ibunya,
belum sempat ketwa keriangan,
belum sempat bertatih,
dan belum sempat,
Mengenal erti dunia.

Mengikut pandangan aku masalah ini timbul adalah disebabkan remaja itu sendiri yang terlalu ikutkan perasaan remaja. Kita sudah sedia maklum, di mana pada zaman remaja adalah zaman kita mencuba sesuatu tetapi ingat kita mempunyai agama yang menjaga batas-batas kebebasan kita.Tahu tak yang masalah pembuangan bayi ini meningkat kerana peningkatan yang telah berlaku terhadap gejala couple dan kes-kes rogol kian berluasa.

Baiklah, kenapa aku katakan yang gejala couple penyebab masalah pembuangan bayi kerana couple adalah bab-bab permulaan sesuatu penzinaan. Untuk bab ini ak tidak mahu berlebar panjang mana  sebab aku sudah pun memberi hujah aku di post yang sebelum ini. Kita kupas sedikit firman allah yang bermaksud 
'' Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). surah isra' ayat 32"
Mungkin ada yang akan memberi kenyataan " walaupun kami couple tapi kami tahu jaga maruah kami "...bro n sis that is realy stupid answer... seperti kita tahu apabila negatif bertemu dengan positif dia akan tertarik antara satu sama lain... so samalah dengan lelaki dan perempuan...ok

Untuk penyebab yang kedua adalah kes-kes rogol kian meningkat. Apabila bercakap tentang ini sudah pasti tangan dituding ke arah lelaki kerana mana ada lelaki kena rogolkan. Memang kali ini lelaki yang salah kerana menganiaya perempuan. Namun puncanya adalah bukan disebabkan lelaki tetapi kesilapan perempuan dalam menutup aurat. Tahu tak kenapa, zaman sekarang ni pakaian perempuan sudah semakin tidak cukup kain terbelah sini ,singkat sana, ketat sini dan lain-lain lah.

Wahai perempuan, di dalam al quran dan hadis ada menyatakan yang perempuan itu bidadari dunia. Apabila sebut bidadari mestilah cantik menawan dan tertarik. So sebab itulah lelaki menjadi tertarik. Dalam alquran juga ada menyatakan yang lelaki hendaklah menjaga pandangan mereka baru kemaluan mereka. That mean pandangan itu sangat bahaya. Mungkin ada perempuan kata jangan tengoklah, hello girls.... kat dunia ni kuantiti perempuan semakin ramai daripada perempuan, so takkan nak berjalan kena tutup mata then for your informatian pandangan mata adalah anak panah syaitan.

Maaflah kalau hujah aku diatas menyebabkan perempuan terasa. Aku hanya memohon kepada korang semua tolonglah kami lelaki yang hendak kembali ke jalan yang benar. Untuk pengetahuan, perempuan yang menutup aurat lebih ramai diminati oleh kaum lelaki dari perempuan yang tak tutup aurat. Aku pernah bertanya kepada golongan-golongan lelaki yang nakal tentang perbezaan antara perempuan muslimah dan perempuan seksi. Pendapat mereka adalah muslimah adalah untuk dijadikan isteri dan perempuan seksi untuk .........(maaf aku tidak boleh nak sambung ini terlalu sensetif)

So wahai perempuan tutuplah aurat kamu dan jangan risau walaupun orang cakap kita kolot or tak ikut fesyen. Ingat fesyen allah adalah yang terbaik dan tercantik di dunia ini. Jangan sesekali kata yang ini belum sampai masa kerana benda ini sudah lama termaktub dalam alquran. Wahai perempuan, untuk yang terakhir aku memohon kasihanilah bapa dan suami anda yang terpaksa memikul dosa yang kamu lakukan. Kami lelaki sudah tidak terdaya menampung dosa kami sendiri inikan pula ditambah dengan dosa anak dan isteri.
Ya allah,
ampunkalah dosa yang telah kami lakukan,
dosa ibubapa, guru dan sahabat kami,
Ya allah,
kuatkan iman kami,
untuk menempuhi fitnah dunia,
Ya allah,
lindungilah kami daripada hasutan syaitan,
yang mampu menyesatkan kami.

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menyelamatkan nyawa seorang insan yang bergelar bayi daripada terus dizalimi tanpa kasihan belas ok.. Ingat allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.. wahai remaja ingatlah anda pemimpin pada masa hadapan so think about.

p/s :aku memohon maaf kalau ada sesiapa yang terasa hati dengan aku. aku memohon maaf kerana apa yang aku perkatakan diatas tidak tepat atau salah , pohon maaf sangat2 dan sila comment kalau salah... maklumlah aku ni hanya mansia yang sering melakukan kesalahan... insyallah

WAHAI ANAK ADAM

Berfirman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu mengaku bahawa kamu hamba Allah tetapi kemuadiannya kamu menderhakai-Nya?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk berbuat baik hanya kepada mereka yang berbuat baik kepadamu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk bersilaturahim hanya kepada mereka yang bersilaturahim denganmu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk berbicara hanya  kepada mereka yang berbicara denganmu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk memberi makan hanya kepada mereka yang memberi makan kepadamu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk memuliakan hanya kepada mereka yang memuliakanmu?
Wahai orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak amalkan?
Wahai orang yang beriman, kenapa kamu menegah orang lain apa yang kamu sendiri melakukannya?
Wahai orang yang beriman, berapa banyak kamu menyuruh orang lain sedangkan kamu tidak mengamalkannya?
Wahai orang yang beriman, berapa banyak kamu mengumpulkan apa – apa yang kamu tidak makan?

Wahai orang yang beriman, berapa banyak taubat yang ditangguhkan dari sehari ke sehari, kemudian dari setahun ke setahun, kemudian untuk apa kamu menunggu? Adakah kamu telah selamat daripada mati? Adakah kamu telah terlepas daripada neraka dan telah terjaminkah keselamatan dengan mendapat syurga? Adakah antara kamu dan Tuhan terjamin rahmat?
Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mengadu sedangkan Aku ialah tempat mengadu bagimu. Hingga bilakah engkau mahu melupai-Ku sedangkan Aku tidak menerima itu daripada kamu?
Wahai anak Adam, hingga bilakah engkau mahu kufurkan kepada-Ku sedangkan Aku tidak menzalimimu? Hingga bilakah engkau mengingkari nikmat – nikmat-Ku, hingga bilakah engkau mahu meringan – ringankan kitab-Ku sedangkan Aku tidak menyuruh apa – apa yang engkau tidak mampu membuatnya?
Wahai anak Adam, hingga bilakah kamu membenci Aku? Sampai bilakah kamu mengingkari-Ku sedang tiada Tuhan bagimu selain Aku? Dan apabila engkau sakit, maka doktor manakah yang menyembuhkan kamu, kalau bukan Aku?
Wahai anak Adam, bagaimana mungkin kamu tersangat ingin kepada ibadah sedangkan kamu berserta dengan perut yang kenyang? Bagaimana engkau akan mencintai Allah sedangkan engkau mencintai harta? Bagaimanakah kamu tersangat ingin mendapatkan hati yang terang sedang kamu banyak tidur?
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu akan takut kepada Allah, kerana yang kamu takut ialah kefakiran? Bagaimanakah kamu ingin mendapatkan warak sedangkan kamu tamak terhadap dunia? Bagaimanakah kamu akan mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan kamu tidak mencintai orang miskin?
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu tamak dengan keredhaan, sedangkan kamu berserta kebakhilan? Bagaimanakah kamu tamak terhadap syurga sedangkan kamu berserta dengan hati yang mencintai dunia dan pujian? Bagaimanakah kamu ingin kebahagiaan abadi di akhirat sedangkan kamu serta ilmu yang sedikit?
Wahai manusia, dengan rezeki daripada-Ku jua engkau kuat melakukan maksiat kepada-Ku. Denga kehendak daripada-Ku engkau menginginkan sesuatu. Dengan kehendak daripada-Ku engkau mahukan sesuatu untuk dirimu. Dengan nikmat-Ku engkau berdiri, duduk dan beristirehat. Dengan pemeliharaan-Ku engkau berpetang – petang dan berpagi – pagi. Dengan nikmat-Ku engkau berbolak – balik. Dengan afiat daripada-Ku engkau bercantik – cantik tetapi kemudiannya kau melupai-Ku dan mengingati selain daripada-Ku. Maka kenapa kamu tidak menunaikan hak-Ku dan berterima kasih kepada-Ku?
Wahai anak Adam, adakah engkau melakukan maksiat kepada-Ku lalu mengingati kemurkaan-Ku? Adakah engkau berhenti daripada apa – apa yang Aku tegah ke atasmu? Adakah engkau menunaikan kewajipan kepada-Ku seperti yang Aku amanahkan kepadamu?
Wahai anak Adam, adakah engkau membantu orang miskin dengan hartamu? Adakah engkau melakukan kebaikan kepada siapa yang berbuat jahat kepadamu?
Wahai anak Adam, adakah engkau memaafkan siapa yang menzalimimu?
Wahai anak Adam, adakah engkau menghubungi siapa yang memutuskan hubungan denganmu?
Wahai anak Adam, adakah engkau berlaku adil kepada siapa yang khianatimu? Adakah engkau berbicara dengan siapa yang menjaujimu? Adakah engkau mengajar anakmu? Adakah engkau merelai jiranmu? Adakah engkau bertanya kepada ulama terhadap urusan agama dan duniamu?
Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menjaminkan rezekimu, mengapakah panjang keresahanmu?
Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?
Wahai anak Adam, bilamana Iblis ialah musuh bagi Allah, bagaimana kamu boleh lupa tentang itu?
Wahai anak Adam, bilamana balasan nanti ialah neraka, mengapakah kamu istirehat?
Wahai anak Adam, bilamana ganjaran Allah itu ialah syurga, mengapakah kamu melakukan maksiat?
Wahai anak Adam, bilamana setiap sesuatu itu adalah di bawah ketentuan-Ku, mengapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?
Wahai anak Adam, apabila engkau tergolong dalam golongan pemerintah yang memasuki neraka kerana kejahatannya, orang Arab disebabkan kemaksiatannya, para ulama disebabkan hasadnya, peniaga disebabkan khianatnya, ahli ibadah kerana riyaknya dan yang memasuki neraka kerana kejahilannya, orang kaya kerana sombongnya dan orang miskin kerana penipuannya, maka siapakah sebenarnya yang inginkan syurga?
Wahai anak Adam, harta itu milik-Ku, engkau ialah hamba-Ku dan tetamu itu utusan-Ku. Apakah kamu tidak takut kalau Aku mencabut nikmat – nikmat-Ku? Rezeki itu ialah rezeki-Ku manakala kesyukuran itu bagimu. Manfaatnya akan kembali kepadamu juga. Kenapa engkau tidak memuji-Ku atas apa yang Aku berikan kepadamu?
Wahai anak Adam, apabila engkau inginkan rezeki, Aku berikan rezeki tersebut kepada engkau. Maka nafkahkanlah jangan bakhil dengan rezeki terhadap hamba – hamba-Ku. Sesungguhnya Aku telah menjaminkan bagimu gantian dan Aku janjikan bagimu ganjaran, maka kenapa kamu masih sangsi terhadap kitab-Ku?
Wahai anak Adam, berapa banyak orang – orang kaya mengharapkan akan fakir pada hari dia dihisab? Berapa banyak orang gagah yang dihina oleh sebab kematiannya? Berapa banyak kemanisan menjadi pahit? Berapa banyak kegembiraan dengan kenikmatannya, disengsarakan baginya kematian? Berapa banyak kesukaran yang mewarisi kedukacitaan yang panjang?
Wahai anak Adam, sekiranya tidak ditentukan bagi engkau melainkan hanya kematian dan kedahsyatannya sahaja maka telah wajiblah bagi engkau tidak merasa tenang waktu siang dan malam. Bagaimanakah keadaannya apa yang sesudah kematian itu lebih dahsyat lagi?
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu menanggung satu – satu urusan yang tidak ditakdirkan bagimu dan tidak pula kamu mengetahuinya sepertilah engkau tidak mengambil ganjaran bagi amalan – amalan yang tidak engkau kerjakan?
Wahai anak Adam, sesiapa yang jalannya ialah kematian bagaimana boleh bergembira terhadap dunia? Sesiapa yang rumahnya ialah kubur, bagaimana boleh merasa senang dengan rumahnya di atas dunia?
[Sumber : U-TURN KE JALAN LURUS & Kitab Imam al-Ghazali, al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah]

Soalan dariku buat sahabat : 
Wahai anak adam, apakah bakti atau jihad yang telah kamu berikan untuk agama islam?

Ahad, 5 Ogos 2012

SAY NO FOR COUPLE

Kemana saja kita pergi di seluruh pelusuk Malaysia ni, masalah couple memang suadah menjadi macam trend remaja sekarang...samalah dengan masalah rokok... Apa itu couple, couple ni adalah ikatan kasih sayang lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah (ni definisi mengikut pendapat aku ). Apabila ditanya apakah hukum couple memang semua tahu yang couple tu haram tapi macam tulah hanya manis dimulut tidak di hati....
Baiklah, kebiasaanya apabila soalan "kenapa couple" kepada orang yang bercouple mesti ada yang cakap 
  1. entah diri aku rasa kosong kalu xde si dia
  2. kawan-kawan aku semua ade pasangan
  3. xde semangat nak belaja
  4. dn lain-lain lagi
Begitulah kebiasaan jawapan yang kita akan dengar....untuk No.1 seseorang akan terasa kosong apabila tak ada si dia. Memang dan tak boleh dinafikan oleh sesiapapun kerana perasaan kosong dalam diri akan timbul dalam jiwa remaja. Hal ini kerana zaman remaja adalah zaman kita mencuba segala2nya untuk dijadikan pengalaman untuk zaman dewasa nanti. Persoalannya kenapa perlu cari si dia sedangkan kita ada orang yang paling rapat dengan kita iaitu keluarga kita....mungkin ada yang berkata " keluarga aku tak boleh feel apa yang aku feel kecuali si dia " that is stupid statement......sebab selain keluarga kita ada sahabat karib yang boleh memahami kita ....percayalah yang sahabat karib anda lebih memahami anda daripada si dia.....kenapa aku cakap macam tu sebab apabila kita gaduh ngan si dia sapa kita cari?? sudah mestinya sahabat karib anda..so ini dah terbukti ok...

Untuk No.2 seseorang tu couple sebab kawan-kawan dia semua ada pasangan.....simple answer i give for you...jikalau kawan anda hendak terjun dalam tangki najis, adakah anda ikut ke? .....baik apa kaitan dengan couple dan tangki najis pulak memang tak ada kaitan tapi ini perumpamaan...maksud sebenarnya kalu kawan anda nak terjun dalam api neraka adakah anda ikut jugak? so think about it wisely.......Please take note about, seseorang itu pegang bukan mahram dia adalah haram, berdua-dua dengan bukan mahram adalah haram, melihat bukan mahram dengan nafsu adalah haram..so that why couple is haram...

Baiklah kita bincang pula bagi No.3 seseorang itu akan bersemangat apabila dapat belajar dengan si dia...why because apabila tengok si dia rasa ada semangat, si dia dapat ajar , dapat berjaya bersama then nampak sweet laa orang katekan.....semua jawapan dia atas semuanya alasan belaka, sebab ingatlah syaitan tak akan putus asa dalam menyesatkan kita...Disini aku nak kongsi sikit yang aku pernah ambil pendapat rakan-rakan aku, dimana diorang menyatakan apabila lelaki tu study dngan si dia , sudah pasti dia tidak akan tumpu 100% dalam study dia sebab dia akan fikir tentang si dia....contoh "aku nak cakap ape ye dengan dia" , "jap ag nk p makan mana ye" , dan lain-lain lagi.....

Selaintu juga, ak nak bagitau yang apabila seseorang itu couple ada beberapa keburukan couple yang akan mereka rasai :
  1. Apabila couple seseorang tu akan menyebabkan lupa untuk beribada kepada allah (lalai). Ini kerana asyik melayan si dia , contoh teman pergi makan, keluar jalan, menghilangkan kesepian si dia sehingga kita lupa dengan hak-hak kita sebagai hamba allah
  2. Apabila couple seseorang tu akan mengalami barah rindu dengan kata lain makan tak kenyang, mandi tak basah, dan tidur tak lena.......ini akan menyamai kita memberi kemudaratan kepada anggota badan kita...so apabila menyeksa diri hukumnya haram..so think about 
  3. Apabila couple seseorang tu bagaikan lembu dicucuk hidung, maksudnya apabila nak pergi kemana mesti bawak si dia, nak bercakap dengan org lain xboleh, duit kena korban sikit semua ini sebab takut si dia merajuk.....so couple not freedom okay.
  4. Apabila couple seseorang , jiwanya akan terganggu dalam menilai baik dan buruk sebagai contoh si dia meminta untuk pegang anda maka anda akn terganggu samada nak bagi atau tak dan kalu tak bagikan merajuk pula...you know about this, so you must decide.
  5. Untuk yang last tapi bukan maksud dah takde...ialah apabila couple keberkatan kahwin atau nikmat kahwin akan semakin hilang....
Walaubagaimanapun, mesti ada yang mengunakan statement aku dan si dia saling mengingati kepada allah or kami xpernah berpegangan dan kami berjumpa pun di tempat orang ramai dan ada bukan jumpa berdua tapi beramai-ramai.....mudah je jawapan dia, ingatlah hasutan syaitan ni sangat unik, dia boleh datang dari sesuatu yang kita rasakan baik....contohnya dalam solat kita sedang  jadi iman, then kita sedang fikir aku jadi iman ni sebab tak ada orang lain kat sini, then syaitan mari hasut kata yang kau adalah orang yang terbaik kat sini, then kau adalah orang yang berilmu dan beragama kat sini, then xde orang yang lebih baik dari kau kat sini......so tengok itulah rentak hasutan syaitan yang mana akhirnya menjadi riak...

So mesti ada yang berpendapat macam mana kita nak kenal si dia tu kalu tak couple, ingat dalam islam ada bertunang..so itulah couple dalam islam....selain itu juga dalam islam seseorang tu dibenarkan kahwih khitbah iaitu perkahwinan dimana paihak lelaki tidak memberi nafkah zahir dengan syarat dipersetujui kedua pihak...So kenapa pilih yang haram kalau disini ada yang halal...

Untuk kesimpulannya, couple nii tak berfaedah dan tidak akan memberikan maafat pun kepada kita...jadi aku disini mohon maaflah kalu semua statement diatas tidak dipersetuju kerana ini adalah pandangan aku je...then kalu salah boleh comment kat bawah biase le aku nii hanyalah manusia yang selalu melakukan kesalahan.....JADI INGATLAH WAHAI SAHABAT SAY NO FOR COUPLE....hanya anda dapat mengubahnya...

This messenge for girls, maaflah kalau ini terguris dihati, yakinkah anda dengan si dia dimana dia akan setia dengan anda apabila berjauhan....ingatlah anda adalah bidadari dunia kepada suami, jadi snggupkah anda bagi kenikamatan itu kepada seseorang yang belum tentu menjadi suami anda, so fikirlah baik-baik.....

For boy, ingat wasiat terakhir nabi kepada kita lindungi lah wanita...nabi ulang tiga kali perkataan wanita...so janganlah anda mengambil kesempatan terhadap mereka kerana mereka insan yang sangat lemah diluar tapi gagah didalam manakala lelaki gagah diluar tapi lemah didalam....please take note for this.....

SAHABAT

Sahabat,
Hulurkanlah tanganmu bila aku terjatuh,
Pimpinlah aku bila aku tersesat,
Hamparkanlah bahumu saat aku berduka,
Peluklah aku bila aku berjaya.


Sahabat,
Aku berharap kau selalu ada,
Saat aku memerlukanmu,
Saat suka dan duka menjenguk diriku,
Saat aku hilang tempat pergantungan,
Dan saat itu ku harap kau hulurkan tanganmu,
Bersama keikhlasan hatimu,
Tanda tulus ikatan persahabatan kita.


Sahabat,
Aku tidak mengharapkan kau menjadi insan yang sempurna,
Kerana aku juga tidak sempurna ,
Aku tidak berharap kau sebagai pelindungku,
Aku hanya berharap agar kau memberi sedikit semangatmu,
Untuk aku berdiri tegak,
Berani menempuh arus kehidupan yang semakin ganas gelombangnya.


Sahabat,
Gengamlah tanganku andai engkau tidak mampu berdiri dengan sendiri,
Peluklah aku tika kesepian menemaniku,
Tangan ini tak pernah kuat untuk memegangmu,
Tapi aku percaya keikhlasanku cukup teguh untuk menolongmu,
Aku memerlukanmu sepertimana kau memerlukan aku........

Sabtu, 4 Ogos 2012

KITA HANYA MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA

Kita hanya merancang tapi allah yang menetukan...memang semua orang pandai cakap tapi mereka tidak boleh merasainya....apabila kita tidak dapat apa yang kita hendak, kita pasti rasa macam stress dan rasa dah berputs harapan...Baiklah kali ni aku nak kongsi sedikit kisah benar yang berlaku kat aku sendiri dimana kisah ni bermula semasa aku berumur 13 tahun (form 1)
Selepas result UPSR aku bagi tahu kepada mak dan ayah aku yang aku mahu sambung ke sekolah asrama penuh macam abang sulung aku. Aku memang sentiasa fight dengan abang aku untuk jadi yang terbaik so sebab itulah aku betul2 berharap dapat ke sekolah asrama penuh. Tapi hati aku hancur berkecai apabila mak dan ayah aku hantar aku ke maahad di pasir mas....biase le tak gentle lagi so aku tak berani nak bagitau yang aku tak suka....
Kat maahad tu, selepas pendaftaran aku semakin sedih sampai aku terfikir boleh ke aku berjaya di sekolah ni? (ni real question in my mind)...Tau tak kenapa aku fikir camtu..sebabnya suasana kat sana memang dhaif sangat2 serba kekurangan contoh luas kawasan dia lebih kurang satu padang bola, tiada kolah untuk mandi...lupe nak bagitau yang kami di sini adalah generasi pertama seramai 60 orang so korang boleh bayangkan bagaimana kami mandi dengan 3 bilik mandi...
Selain tu, air kat sana masyallah kuning (air selut), then yang paling mencabar tidak ada mesin basuh so kepada perempuan tu jgn merunggut kalu tak ada mesin basuh sebab kami kat sini semua lelaki basuh pakai tangan je....Untuk form 1 aku tak berani nak bagitau kat mak dan ayah aku , aku just bagitau kawan2 aku je....
Form 2 ada laa sedikit penambahkan tapi aku tak nak citer pasal tu sebab form 2 nii dia sentimental sikit...kali ni aku dah gentle sikit so aku memberanikan diri bagitau kat mak dan ayah aku..mula2 bagitau ayah aku just senyap dan biase lee yang emosi sikit mak aku dia menangis...aku try bagitau kat mak aku tentang cita aku tak akan tercapai kalu aku duduk kat sini....tau tak cita2 aku nak jadi pakar bedah...
Oleh sebab itu mak aku suruh aku pergi jumpa dengan mudir(guru besar), semakin parah kalu aku kena jumpa dengan mudir dulu....
Tapi bersemangatkan cita-cita yang aku hendak capai aku pun pergilah jumpa....semasa jumpa dengan mudir  tak banyak yang dia cakap......so singkatkan citer ayah aku bagitau kat aku yang kalu aku tak habis hafaz al-quran aku tak boleh pindah.....masa tu aku baru dalam 6 juzu'.....Baiklah aku deal ngan ayah aku, dengan perjanjian tu dan semangat untuk cita2 aku, siang malam aku berhempas pulas..jap2 aku hafaz quran kerana allah cuma bersemangatkan perkara diatas...
Alhamdullilah, tanggal 9 ogos 2008 (9/8/2008) sehari selepas perasmian sukan olimpik di beijing, pukul 5.15 ptg aku berjaya menamatkan hafazan......hati memang rasa nak terbang sebab happy sangat dapat habis hafaz al-quran, insyallah ada masa aku citer lagi pasal dugaan menimpa apabila hafaz alquran....so malam tu aku terus call mak aku nak bagitau hal ni...so mak aku tanya aku nak pindah tak?.....tau tak apa jawapan aku...aku jawap takpelah sebab aku rasa sangat sayangkan tempat nii dan juga kawan-kawan aku....
Masa tu aku dah mula fikir yang aku nak buktikan yang pelajar agama tak semestinya akan jadi ustaz....
Walaupun aku tak pindah, cita2 aku tetap tak berubah masih lagi pakar bedah....so dugaan datang lagi. semasa form 5 nak ambil SPM...semasa penentuan subjek SPM aku meminta untuk ambil bio,fizik, dan kimia tapi pengurusan tak bagi sebab dia takut aku tak boleh score...korang nak tau yang masa form 5 kami baru nak belajar apa subjek dalam SPM....sangat singkat dalam tak sampai satu tahun nak cover form 5 dan form 4....memang extreme betul..
So lepas pengurusan cakap camtu sekali lagi aku rasa macam dah putus asa. Kali ni aku kecewa sangat2 tapi aku tak bagitau sikit pun kat mak dan ayah aku sebab tak nak susahkan mereka. lebih kurang seminggu juga aku berada dalam kekecewaan...mungkin kawan2 aku kat maahad tak nampak sebab aku ni jenis bukan suka tunjuk kalu aku sedih or kecewa melainkan orang itu terlalu rapat dengan aku. Entahlah masa tu dalam kepala aku, asyik pikir pasal takkan aku nak jadi ustaz? memang ustaz itu mulia tapi tiap orang ada matlamat dan cita2kan.... Seingat aku semua ini berubah apbila dengar ceramah dato fadhilah kamsah di radio era (ni seludup hanset)....dia cakap kenali diri anda itulah kunci orang yang berjaya....aku tak akan lupa ayat ni. So ak pun pikir balik dan try kenal diri kebolehan aku... allhamdullilah aku temui semuanya
Jadi alhamdulilah, aku pun teruskan kehidupan aku dengan cita-cita baru dan aku tau semua ini adalah yang terbaik untuk aku.....Selepas SPM aku dapat pergi ke matrik perlis dan insyallah aku akn sambung degree kat utm...
Jadi doakan kejayaan aku dengan cita-cita baru aku.....aku memang gembira dengan cita2 ini...cita2 aku adalah seorang usahawan macam Tony Fernandes...dan andai kata allah tidak mengizinkan aku terima sebab aku tau yang allah adalh sebaik-baik perancang...buat masa ini aku merasa bangga kenapa aku dihantar ke maahad dan kenapa aku tak dibenarka ambil subjek sains....ak rasa BANGGA sangat...

Buat sahabat semua moga kisah ni boleh diambil sedikit pengajaran darinya....dan juga jangan sahabat sekalian merunggut dengan apa yang telah ditentukan kepada anda...last sekali ingatlah KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG...


THANKS

THANKS