JOM JOIN

Sabtu, 4 Ogos 2012

KITA HANYA MERANCANG TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA

Kita hanya merancang tapi allah yang menetukan...memang semua orang pandai cakap tapi mereka tidak boleh merasainya....apabila kita tidak dapat apa yang kita hendak, kita pasti rasa macam stress dan rasa dah berputs harapan...Baiklah kali ni aku nak kongsi sedikit kisah benar yang berlaku kat aku sendiri dimana kisah ni bermula semasa aku berumur 13 tahun (form 1)
Selepas result UPSR aku bagi tahu kepada mak dan ayah aku yang aku mahu sambung ke sekolah asrama penuh macam abang sulung aku. Aku memang sentiasa fight dengan abang aku untuk jadi yang terbaik so sebab itulah aku betul2 berharap dapat ke sekolah asrama penuh. Tapi hati aku hancur berkecai apabila mak dan ayah aku hantar aku ke maahad di pasir mas....biase le tak gentle lagi so aku tak berani nak bagitau yang aku tak suka....
Kat maahad tu, selepas pendaftaran aku semakin sedih sampai aku terfikir boleh ke aku berjaya di sekolah ni? (ni real question in my mind)...Tau tak kenapa aku fikir camtu..sebabnya suasana kat sana memang dhaif sangat2 serba kekurangan contoh luas kawasan dia lebih kurang satu padang bola, tiada kolah untuk mandi...lupe nak bagitau yang kami di sini adalah generasi pertama seramai 60 orang so korang boleh bayangkan bagaimana kami mandi dengan 3 bilik mandi...
Selain tu, air kat sana masyallah kuning (air selut), then yang paling mencabar tidak ada mesin basuh so kepada perempuan tu jgn merunggut kalu tak ada mesin basuh sebab kami kat sini semua lelaki basuh pakai tangan je....Untuk form 1 aku tak berani nak bagitau kat mak dan ayah aku , aku just bagitau kawan2 aku je....
Form 2 ada laa sedikit penambahkan tapi aku tak nak citer pasal tu sebab form 2 nii dia sentimental sikit...kali ni aku dah gentle sikit so aku memberanikan diri bagitau kat mak dan ayah aku..mula2 bagitau ayah aku just senyap dan biase lee yang emosi sikit mak aku dia menangis...aku try bagitau kat mak aku tentang cita aku tak akan tercapai kalu aku duduk kat sini....tau tak cita2 aku nak jadi pakar bedah...
Oleh sebab itu mak aku suruh aku pergi jumpa dengan mudir(guru besar), semakin parah kalu aku kena jumpa dengan mudir dulu....
Tapi bersemangatkan cita-cita yang aku hendak capai aku pun pergilah jumpa....semasa jumpa dengan mudir  tak banyak yang dia cakap......so singkatkan citer ayah aku bagitau kat aku yang kalu aku tak habis hafaz al-quran aku tak boleh pindah.....masa tu aku baru dalam 6 juzu'.....Baiklah aku deal ngan ayah aku, dengan perjanjian tu dan semangat untuk cita2 aku, siang malam aku berhempas pulas..jap2 aku hafaz quran kerana allah cuma bersemangatkan perkara diatas...
Alhamdullilah, tanggal 9 ogos 2008 (9/8/2008) sehari selepas perasmian sukan olimpik di beijing, pukul 5.15 ptg aku berjaya menamatkan hafazan......hati memang rasa nak terbang sebab happy sangat dapat habis hafaz al-quran, insyallah ada masa aku citer lagi pasal dugaan menimpa apabila hafaz alquran....so malam tu aku terus call mak aku nak bagitau hal ni...so mak aku tanya aku nak pindah tak?.....tau tak apa jawapan aku...aku jawap takpelah sebab aku rasa sangat sayangkan tempat nii dan juga kawan-kawan aku....
Masa tu aku dah mula fikir yang aku nak buktikan yang pelajar agama tak semestinya akan jadi ustaz....
Walaupun aku tak pindah, cita2 aku tetap tak berubah masih lagi pakar bedah....so dugaan datang lagi. semasa form 5 nak ambil SPM...semasa penentuan subjek SPM aku meminta untuk ambil bio,fizik, dan kimia tapi pengurusan tak bagi sebab dia takut aku tak boleh score...korang nak tau yang masa form 5 kami baru nak belajar apa subjek dalam SPM....sangat singkat dalam tak sampai satu tahun nak cover form 5 dan form 4....memang extreme betul..
So lepas pengurusan cakap camtu sekali lagi aku rasa macam dah putus asa. Kali ni aku kecewa sangat2 tapi aku tak bagitau sikit pun kat mak dan ayah aku sebab tak nak susahkan mereka. lebih kurang seminggu juga aku berada dalam kekecewaan...mungkin kawan2 aku kat maahad tak nampak sebab aku ni jenis bukan suka tunjuk kalu aku sedih or kecewa melainkan orang itu terlalu rapat dengan aku. Entahlah masa tu dalam kepala aku, asyik pikir pasal takkan aku nak jadi ustaz? memang ustaz itu mulia tapi tiap orang ada matlamat dan cita2kan.... Seingat aku semua ini berubah apbila dengar ceramah dato fadhilah kamsah di radio era (ni seludup hanset)....dia cakap kenali diri anda itulah kunci orang yang berjaya....aku tak akan lupa ayat ni. So ak pun pikir balik dan try kenal diri kebolehan aku... allhamdullilah aku temui semuanya
Jadi alhamdulilah, aku pun teruskan kehidupan aku dengan cita-cita baru dan aku tau semua ini adalah yang terbaik untuk aku.....Selepas SPM aku dapat pergi ke matrik perlis dan insyallah aku akn sambung degree kat utm...
Jadi doakan kejayaan aku dengan cita-cita baru aku.....aku memang gembira dengan cita2 ini...cita2 aku adalah seorang usahawan macam Tony Fernandes...dan andai kata allah tidak mengizinkan aku terima sebab aku tau yang allah adalh sebaik-baik perancang...buat masa ini aku merasa bangga kenapa aku dihantar ke maahad dan kenapa aku tak dibenarka ambil subjek sains....ak rasa BANGGA sangat...

Buat sahabat semua moga kisah ni boleh diambil sedikit pengajaran darinya....dan juga jangan sahabat sekalian merunggut dengan apa yang telah ditentukan kepada anda...last sekali ingatlah KITA HANYA MAMPU MERANCANG TAPI ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PERANCANG...


3 ulasan:

  1. allah sebaik-baik perancang..:))insya allah,kita brusaha sebaik mgkin dn allah akn mmberi kpada kita keputusanNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. (mungkin kamu benci sesuatu itu tapi itulah yang terbaik bagi kamu)....surah baqarah ayat 216

      Padam

THANKS

THANKS