JOM JOIN

Sabtu, 9 Mac 2013

JIWA ANAK JATI KELANTAN

Assalamualaikum buat sahabat semua, terima kasih kerna masih setia membaca blog aku yang dhaif ini. Hari ini terasa berat hati untuk menulis satu perkongsian untuk sahabat semua kerna ianya bukan sesuatu yang aku tidak suka ungkit-mengungkit atau memanaskannya tapi aku tetap berkeras kerna aku perlu lakukannya demi sesuatu yang aku cintai.

Slogan "tukar kelantan" sedang panas di laman-laman sosial, blog-blog dan banyak lagi. Allahurabi, lidahku kelu, fikiranku tersentak bagaikan panahan halilintar apabila membaca slogan ini. Tidak salah untuk seseorang itu memberi pandangan mereka tapi fikirlah dahulu sebelum laungkannya, berhenti sejenak dan fikir adakah itu betul atau salah. Aku ini bukan ustaz dan aku ini bukannya ulama, tapi aku ini ISLAM.

Sedih rasa hati yang kecil ini apabila ada golongan yang inginkan semua ini, kerna bagiku, aku dilahirkan, aku dibesarkan, aku dijaga dan aku disangjung semasa pemerintahan kerajaan kelantan ini . Tiada apa-apa pun yang aku rasai kekurangan malahan aku merasakan, betapa beruntungnya aku ditakdirkan untuk menjadi ANAK JATI KELANTAN. Pernah juga, aku ditujukan satu soalan "kenapa kau fanatik sangat dengan kelantan"

Aku fanatik dengan kelantan bukan kerna aku dilahirkan disana, bukan kerana orang kelantan dikenali dengan orang yang ganas tapi kali ini ingin aku pecahkan rahsia yang sudah lama terpendam dalam hati ini. Aku sayangkan Kelantan adalah kerana suasana yang dimiliki dikelantan tidak sama dengan mana-mana negeri. Adakah sahabat semua ingin tahu kenapa???tidakah sahabt semua tertanya???

Semua ini adalah kerana Islam...sekali lagi aku ulang semua ini adalah kerana I...S..L..A..M. Walaupun aku ini jenis yang sukakan merantau jauh ke negeri orang tapi hati ini sentiasa ingatkan kelantan, ssetiap masa inginkan berada didalam suasana yang paling menyenangkan dan indah ini, dengan setiap pagi kedengaran alunan baca alquran yang mengegarkan suasana tanpa ada ganguan dari mana-mana bunyi lain.

Masyallah, tenangnya hatiku ini. Teringat jua apabila berada diperantauan tatkala tiba hari jumaat adalah hari yang amat meletihkan kerana terpaksa menghadiri kelas sebelum dan selepas solat jumaat tapi tidak di Kelantan, tatkala tibanya penghulu hari maka kelihatan bebondong-bondong masyarakat beristirehat di kota sambil mendengar peringatan atau ceramah yang disampaikan setiap pagi. Tenangnya kelantan kerana apabila hati gundah gulana, maka aku terus menyendiri di Masjid Muhammadi kerana disana kelihatan ramai masyarakat sedang khusyuk beribadat kepada ALLAh. 

Apabila tibanya bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mengembirakan kerana kelantan sanggup berbelanja besar menghabiskan wang ringgit hanya untuk mengadakan satu tempat untuk mengumpulkan seluruh rakyat sambil solat terawih yang diimani oleh sheikh yang dipanggil dari timur tengah dan malam-malam di meriahkan dengan bacaan alquran 30 juzu setiap malam oleh para huffaz yang dilahirkan oleh kerajaan kelantan.

Tak sanggup aku kehilangan semua ini hanya kerana untuk kepentingan politik, hanya kerana ketamakan kuasa, hanya kerana mahukan pengaruh sehinggakan mengadaikan agama sendiri. Siapalah aku untuk bersuara kerana aku ini hanya insan yang lemah tapi aku tidak akan berdiam diri jika ada orang yang mahu memporak perandakan negeri KELAHIRANKU.

Wahai sahabat, adakah hanya kerana kelantan tidak maju seperti Kuala Lumpur maka ia jadi satu sebab untuk tukar. TIDAK...TIDAK... untuk apa kita rakyat malaysia maju kehadapan tapi kita hilang agama kita, kita hilang jati diri kita, kita hilang harta warisan kita hanya kerna tamakan kemajuan. Niat aku bukan mahu mengutuk mana pihak tapi aku hanya mahukan disamping aku maju kehadapan, aku tidak bertukar menjadi orang korea, aku tidak berubah rupa menjadi orang eropah tapi apa yang aku inginkan adalah aku maju kehadapan bersama-sama dengan AGAMA dan BANGSA ku.

Biarlah kita buta mata tapi janganlah kita buta hati, wahai sahabat. Oleh kerana, mahukan kebebasan dan mahukan kemajuan kita menolak agama kita. Untuk apakah tulisan islam termaktub didlam kad pengenalan tapi kita menolak ajaran yang dibawa oleh islam. Jom sama-sama kita beristghfar, moga-moga andaikata pintu hati kita tertutup maka allah membukanya seluas-luasnya tanpa ada penghalang baginya.

Bagaimana untuk mengetahui kebenaran, bersendirilah wahai sahabat, jauhi semua tarikan dunia hanya untuk sementara dan kemudian menanggislah tanpa ada ego walaupun sedikit sambil berdoa :

Ya allah,
hari ini sebagai saksi,
malam ini sebagai saksi,
air mata ini sebagai bukti,
aku merayu kepadaMU,
tunjukanlah aku kebenaran,
bukakanlah pintu hatiku untuk,
menerima kebenaran itu,
moga-moga aku tidak,
dihumban kedalam neraka MU.

Allahurabi, apabila menyebut islam sudah semestinya ada segelintir yang mengataka post ini adalah hasutan politik PAS semata-mata. Maka disini aku mahu mengukuhkan statement bahawa post ini tiada hasutan mana-mana parti politik hanya kerana post yang terhasil apabila hati yang kecil ini tiba-tiba mahukan kebenaran. AKU BUKAN PAS TAPI AKU ISLAM

***AKU BUKAN PAS TAPI AKU ISLAM***


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS