JOM JOIN

Khamis, 14 November 2013

BILA AJAL DATANG MENJEMPUTKU

Tatkala sudah tiba masanya, apabila sudah capai penghujungnya maka tamatlah suatu kehidupan. Tidak pernah aku terfikir pada kematian hanya kerna usiaku masih muda dan masih belum matang lagi dalam erti kehidupan duniawi ini. Aku asyik mengejar dunia yang belum tentu berkesudahannya dan juga aku alpa dengan firman allah :  
                                                       وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ۬‌ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةً۬‌ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ
maksudnya : " Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (34) 

Sedang aku bermuhasabah diri, pandanganku terpaku dan tergaman melihat berkerumun jemaah sedang mengusung sebuah keranda kecil ke saf pertama. Inalillahin wa ina ilahirajiun, seorang lagi umat Muhammad malahan saudaraku seislam telah pergi menemui illahi sedangkan usianya masih muda dariku. Maka terbuktilah ajal itu bukan terletak pada umur. 

Hati ini berkata " subhanallah, sungguh beruntung si mati ini kerna telah dijemput oleh illah ketika mana dosanya masih lagi sedikit, Untungnya dia kerna disembahyangkan dan di doakan lebih dari 40 orang jemaah dan dimana ada diantara mereka sedang berpuasa. Allahurabi, untungnya dia, moga-moga ditempatkan di tempat orang-orng soleh, in sya allah.

Aku merenung sejenak memandang arah keranda yang diunsung keluar, " bilakah ajalku dan bagaimanakah ajalku nanti???". Diri ini sudah hampir 20 tahun menjelajah bumi allah, maka sudah pasti banyak sekali dosa-dosa dan maksiat yang telah aku lakukan. PAbila ajalku tiba adakah aku ketika itu sudah bersedia atau pun tidak??. Cukupkah amalan kebaikanku untuk aku bawa sebagai bekalan di Akhirat nanti??. Adakah ibadah aku selama ini diterima oleh allah ataupun dicampak kembali kepada ku.

Tiada sesiapa tahu akan tarikh dimana tamatnya perjalanan hidup mereka dalam kembara illahi ini. Tiada sesiapa tahu bagaimana dan dimanakah malaikat maut menunggu mereka untuk mencabut nyawa.astghafirullah, adakah hari ini adalah hari terakhirku dan esok sudah tidak wujud lagi buatku??. Apabila malaikat maut muncul maka bergetarlah jiwa, berdegup kencanglah jantung, lemahlah segala kekuatan selama ini hanya kerana AJAL SUDAH TIBA.

Andai aku berada keseorang di dalam liang lahab, adakah ibu dan ayah akan menemaniku, adakah isteri dan anak-anakku akan menemaniku, adakah sahabat sejatiku setia menemaniku keseorangan di dalam liang lahab. TIDAK!!!! hanya yang akan menemaniku hanyalah amalan aku semasa aku hidup didunia illahi samada kebaikan ataupun keburukan. Didalam alam barzakh, lepaskah aku dengan soalan-soalan mungkar dan nakir?? Pelbagai soalan yang selama ini terlah diajukan kepadaku dapat dijawab sehinggakan aku mendapatkan kemewahan tapi hanya 5 soalan yang bakal ditanya oleh munkar dan nakir belum tentu aku berjaya menjawabnya dengan tenang dan yakin.

Andai aku dibangkitkan dipadang mahsyar nanti, bagaimanakah keadaanku ketika itu adakah berada dalam naungan allah ataupun terkapai-kapai dalam peluhku sendiri. Risaunya hati ini tatkala berjumpa dengan Rasulullah untuk meminta syafaatnya tapi Baginda tidak mengenali diriku ini. Nauzubillah, dari baginda SAW tidak mengaku aku adalah umatnya. Dapatkah aku merasai segelas air telaga nabi nanti?? Ya allah, diri ini kurang berselawat untuk tapi mengimpikan untuk memelukmu ya Rasulullah saw.

Ketika di padang mahsyar, bagaimnakah dengan ibu dan ayahku ya Allah?? dimanakah mereka?? dapatkah aku memakaikan mereka satu mahkota dari syurga diatas kepala mereka?? ataupun aku ini yang menyebabkan mereka dihumban kedalam neraka azab Mu Ya allah?? nauzubillah. Ibu ayah aku sentiasakan doa kepada agar ibu dan ayah dapat bersama disyurga bersama-sama dengan para nabi-nabi in sya allah

Subhanallah, maha suci allah dunia ini kian hancur dan menghampiri waktu pengulungan langit oleh allah tapi diri ini masih lagi takut dan lalai dengan buaian duniawi ini dengan perhiasan dari illahi. Lagu-lagu yang melalaikan masih lagi meniti dibibirku dari kalam MU Ya allah. Konsert-konsert maksiat masih lagi menjadi suasana aku menghabiskan masa dari majlis-majlis ilmu dan budaya barat menjadi pakaian kehidupanku daripada cara kehidupan islam yang sebenar.

Ya allah,
ampunilah dosaku ini
berikalah aku nur hidayah dan taufiq MU,
dan janganlah kau tariknya kembali
apabila kau terlah kurniakan kepada ku

Ya Rahman, Ya rahim,
andai ajalku telah tiba,
maka ambillah ruhku ini dalam keadaan
husnul khatimah
janganlah engkau membuka aibku ini.

Ya allah, yang maha berkuasa,
engkau jadikanlah hari-hariku ini
penuh dengan keredhaan dan lindungi aaku
dari kealpaan dunia supaya nanti
aku merasai nikmat syurga MU
dan bersama dengan Kekasihmu
Nabi Muhammad SAW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS