JOM JOIN

Selasa, 25 Disember 2012

BAHANA EXAM!!!

Tut....butang end call ditekan oleh jariku. "exam dah dekat , jaga kesihatan jangan sampai deman" pesanan ibuku masih lagi bermain-main ditelingaku. Setiap kali sampai masa aku menghadapi peperiksaan pasti pesanan ini akan menjadi pesanan pertama yang akan diucapkan oleh ibuku. Aku merenung keluar jendela sambil menghirup udara malam yang segar selepas dibersih oleh hujan rahmat yang kian berpanjangan.

Memori lama kembali lagi, disaat beberapa minggu lagi SPM menghampiri, debaran kian memecah kerisauan setiap pelajar tingkatan 5 di seluruh pelusuk negara. Debaran ini juga telah menghantui diriku menyebabkan siang malam aku berhempas pulas dengan buku. Maklumlah masyarakat sekarang telah diracuni dengan fahaman "gagal SPM maka gagallah kehidupan" maka seluruh tenaga dan kekuatanku korbankan untuk SPM. 

Bermula dari selepas solat subuh hinggalah semua kawan-kawanku pulang ke bilik untuk tidur tapi aku masih lagi menahan mataku dari tidur bersama-sama dengan beberapa kawan baikku. Begitulah diari seharianku dalam beberapa minggu SPM menghampiri. Oleh kerna, terlalu asyik dengan buku siang malam, tiba-tiba suatu hari badanku terasa lemah dan tidak bermaya. Kepalaku sakit bagaikan ada sesuatu yang menghempap kepalaku.

Ayahku bergegas membawaku pulang kerumah selepas beberapa minit aku memaklumkan perihal kesihatanku. Aku dibawa ke hospital tempat ayahku bekerja pada keesokan hari apabila menyedari suhu badanku semkain meningkat. Subhanallah...selepas diperiksa ak telah dicucukkan beberapa botol air bagi mengurangkan kepanasan badanku. Ayahku mengatakan yang suhu badanku 40 darjah celcius ketika aku dibawa ke hospital.

Selepas beberapa jam, dicucuk dengan beberapa botol air, suhu badanku hanya turun sedikit saja menyebabkan ayah bertambh risau. Namun begitu, ayahku mengambil keputusan untuk membawaku pulang supaya aku dapat berehat dengan tenang dirumahku. Alhamdullilah beberapa hari selepas itu, badanku kembali pulih dan mampu kembali untuk membuat persiapan bagi menhadapi SPM.

Aku tersenyum keseorangan apabila teringatkan memori ini kerana itulah pengalaman pertamaku menghadapi peperiksaan besar. Oleh kerana terlalu takutkan kegagalan aku lupakan kesihatanku sehinggakan setiap kali exam apa yang paling merisaukan ibuku adalah kesihatanku. Mungkin betul, kerana sekarang ini bahana exam akhir sem sudah kian dirasai oleh diriku. Mungkin badanku tidak letih ataupun lesu tapi fikiranku sentiasa terasa penat. mungkin ini adalah disbbkanku sentiasa berfikir.

Wahai sahabat, disaat exam kian menghampiri jagalah kesihatan kita, jangan sampai badan ini tidak mengizinkan kita menjwap exam dengan tenang nanti. Ingatlah, disamping tanggungjawab kita untuk belajar dan berjaya kita masih lagi mempunyai tanggungjawab terhadap tubuh badan kita kerana ia pun mempunyai hak-haknya yang perlu kita berikan. 

Andaikata sahabat merasakan fikiran bercelaru atau tertekan maka berwuduklah dan solatlah dua raakat dan insyallah ketenangan akan muncul dalam fikiran sahabat. Wahai sahabat, untuk menghilangkan stress jangan sesekali merokok kerana ia akan menambahkan lagi kesakitan dalam diri sahabat.Jika masih lagi tiada ketenangan maka tidurlah....kerna salah satu punca fikiran bercelaru adalah disebbkan kekurang tidur. Jangan sesekali berpendapat yang tidur itu membazir masa kerana apabila kita tidur fikiran kita tenang dan tidak berfungsi untuk berfikir maka selepas kita bangun ia akan kembali segar dan cergas.

Untuk terakhirnya, selamat menduduki exam kepada sahabatku yang akan menghadapinya tidak lama lagi dan mohon ampun dan maaf jika ada salah silap yang dilakukan, sama-sama kita doakan moga-moga kita mampu menjawap exam dengan baik lagi tenang dan memperolehi result yang terbaik untuk kita. Apa yang baik itu datang dari allah, dan yang buruk itu secara batinnya dari allah tapi disandarkan kepadaku yang bergelar hamba.

Sabtu, 8 Disember 2012

NIKMAT DAN UJIAN

subhanallah...alhamdulillah...terima kasih allah...akhirnya dapat jua aku merebahkan badanku yang kepenatan ini... Seluruh tubuh kurasai bagaikan satu beban yang berat berada diatas belakangku namun semua ini terlerai seperti manik-manik kecil yang terputus dari talinya, apabila direbahkan di atas tilam yang lembut. Subhanallah....

Apabila perasaan ini bermain-main dihatiku dan bayangan-bayang apa yang telah ku lalui satu hari ini memancar terang difikiranku menyebabkan aku teringatkan suatu ayat dalam al quran seingat aku ada 3 kali dua kali ayat ini disebut dalam alquran( kalau silap sila perbetul). Salah satu daripadanya adalah


وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٨
maksudnya
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (18)" surah an nahl..


Ya allah,
ampunilah dosa hambamu ini,
yang lupa untuk bersyukur,
padamu,
Ya allah.

Aku cuba menghayati apakah maksud ayat ini diturunkan kepada manusia. Subhanallah, memang betul nikmat allah yang diberi kepada ku adalah  tiada hentinya tetapi hati ini, bibir ini berat untuk bersyukur kepada Nya.Aku teringatkan satu kata-kata seorang askar dimana dia menyebut " manusia ini tidak akan mengerti erti syukur sebelum mereka merasai kesusahan." Tiba-tiba apabila memikirkan tentang nikmat pasti aku sentiasa bayangkan seorang ustaz yang menanggis setiap kali diceramah akan tajuk nikmat. Ustaz itu adalah Ustaz Asri (MAZA) bekas mufti Perlis.

Apabila ditanya adakah kamu bersyukur dengan nikmat Allah... sudah pasti sahabat semua akan menyatakan kesyukuran.... tapi adakah itu benar??? adakah itu pasti??? Adakah itu keadaan hati sahabt ketika itu. Terus terang, yang sebenarnya itu hanyalah mainan hati kita.Kenapa kau berkata demikian adalah kerana cuba kita ingat-ingatkan kembali masa yang lepas berapa kali kita merunggut??? berapa kali kita menyalahi orang lain??? berapa kali kita memarahi allah??? masyaallah.....close ur eyes n remember it back. Manusia ini adalah sama jadi orang yang menulis juga kadang-kadang terlupa tapi insyaaallah sama-samalah kita menasihati antara satu sama lain.

Aku merenung kembali sudah seminggu allah memberikan aku peluang untuk meneruskan sisa-sisa hidupku yang tidak pasti bila ia akan menemui penghujungnya. Hanya dengan satu minggu allah mengujikan terhadap fizikal dan mentalku... Alhamdulillah.... berpegangkan kepada " i must learn it if i want to be No. 1" aku berjaya melepasi ujian-ujian tersebut. Mungkin badan ini fikiran ini terasa seperti sudah penat untuk berkhidmat kepada orang disekeliling tapi aku hancurkan perasan ini agar ia tidak berakar umbi di hatiku. Mungkin ada yang berpendapat, kenapa perlu aku hiraukan orang disekeliling kita sedangkan tanpa mereka aku mampu mendapat ijazah, tanpa mereka aku masih lagi mampu bekerja. 

Tapi bagiku, cukuplah bagiku merasai kesakitan itu tidak pada orang disekelilingku. Bayangkanlah wahai sahabat, mungkin kita tidak merasai atau terlepas dari sesuatu malapetaka sedangkan mereka disekeliling sahabat merana kerana kita yang mahu terlepas darinya... Ingatlah wahai sahabat, di hari kelak, allah akan memperbentangkan sikap pentingka diri sendiri kita ini kepada seleuruh umat manusia bermula di umat nabi adam hinggalah umat nabi muhammad yang terakhir.

Sebagai kesimpulannya, bersyukurlah wahai sahabta terhadap nikmat yang kita perolehi dan jangan sesekali kita pentingkan diri sendiri....

p/s : maaf atas kesulitan update blog untuk sama-sama kita memperingati antara satu sama lain kerna hari semakin hari bukan aku sudah letih untuk menulis blog tapi hari semakin hari assigment bertambah2..tanggungjawab yang perlu dilaksanakan semakin berat untuk dipikul oleh ku...maaf sahabat...doakan aku agar mendapat keputusan yang cemerlang (maklumlah tak lama lagi dah nk start exam)


THANKS

THANKS