JOM JOIN

Selasa, 25 Disember 2012

BAHANA EXAM!!!

Tut....butang end call ditekan oleh jariku. "exam dah dekat , jaga kesihatan jangan sampai deman" pesanan ibuku masih lagi bermain-main ditelingaku. Setiap kali sampai masa aku menghadapi peperiksaan pasti pesanan ini akan menjadi pesanan pertama yang akan diucapkan oleh ibuku. Aku merenung keluar jendela sambil menghirup udara malam yang segar selepas dibersih oleh hujan rahmat yang kian berpanjangan.

Memori lama kembali lagi, disaat beberapa minggu lagi SPM menghampiri, debaran kian memecah kerisauan setiap pelajar tingkatan 5 di seluruh pelusuk negara. Debaran ini juga telah menghantui diriku menyebabkan siang malam aku berhempas pulas dengan buku. Maklumlah masyarakat sekarang telah diracuni dengan fahaman "gagal SPM maka gagallah kehidupan" maka seluruh tenaga dan kekuatanku korbankan untuk SPM. 

Bermula dari selepas solat subuh hinggalah semua kawan-kawanku pulang ke bilik untuk tidur tapi aku masih lagi menahan mataku dari tidur bersama-sama dengan beberapa kawan baikku. Begitulah diari seharianku dalam beberapa minggu SPM menghampiri. Oleh kerna, terlalu asyik dengan buku siang malam, tiba-tiba suatu hari badanku terasa lemah dan tidak bermaya. Kepalaku sakit bagaikan ada sesuatu yang menghempap kepalaku.

Ayahku bergegas membawaku pulang kerumah selepas beberapa minit aku memaklumkan perihal kesihatanku. Aku dibawa ke hospital tempat ayahku bekerja pada keesokan hari apabila menyedari suhu badanku semkain meningkat. Subhanallah...selepas diperiksa ak telah dicucukkan beberapa botol air bagi mengurangkan kepanasan badanku. Ayahku mengatakan yang suhu badanku 40 darjah celcius ketika aku dibawa ke hospital.

Selepas beberapa jam, dicucuk dengan beberapa botol air, suhu badanku hanya turun sedikit saja menyebabkan ayah bertambh risau. Namun begitu, ayahku mengambil keputusan untuk membawaku pulang supaya aku dapat berehat dengan tenang dirumahku. Alhamdullilah beberapa hari selepas itu, badanku kembali pulih dan mampu kembali untuk membuat persiapan bagi menhadapi SPM.

Aku tersenyum keseorangan apabila teringatkan memori ini kerana itulah pengalaman pertamaku menghadapi peperiksaan besar. Oleh kerana terlalu takutkan kegagalan aku lupakan kesihatanku sehinggakan setiap kali exam apa yang paling merisaukan ibuku adalah kesihatanku. Mungkin betul, kerana sekarang ini bahana exam akhir sem sudah kian dirasai oleh diriku. Mungkin badanku tidak letih ataupun lesu tapi fikiranku sentiasa terasa penat. mungkin ini adalah disbbkanku sentiasa berfikir.

Wahai sahabat, disaat exam kian menghampiri jagalah kesihatan kita, jangan sampai badan ini tidak mengizinkan kita menjwap exam dengan tenang nanti. Ingatlah, disamping tanggungjawab kita untuk belajar dan berjaya kita masih lagi mempunyai tanggungjawab terhadap tubuh badan kita kerana ia pun mempunyai hak-haknya yang perlu kita berikan. 

Andaikata sahabat merasakan fikiran bercelaru atau tertekan maka berwuduklah dan solatlah dua raakat dan insyallah ketenangan akan muncul dalam fikiran sahabat. Wahai sahabat, untuk menghilangkan stress jangan sesekali merokok kerana ia akan menambahkan lagi kesakitan dalam diri sahabat.Jika masih lagi tiada ketenangan maka tidurlah....kerna salah satu punca fikiran bercelaru adalah disebbkan kekurang tidur. Jangan sesekali berpendapat yang tidur itu membazir masa kerana apabila kita tidur fikiran kita tenang dan tidak berfungsi untuk berfikir maka selepas kita bangun ia akan kembali segar dan cergas.

Untuk terakhirnya, selamat menduduki exam kepada sahabatku yang akan menghadapinya tidak lama lagi dan mohon ampun dan maaf jika ada salah silap yang dilakukan, sama-sama kita doakan moga-moga kita mampu menjawap exam dengan baik lagi tenang dan memperolehi result yang terbaik untuk kita. Apa yang baik itu datang dari allah, dan yang buruk itu secara batinnya dari allah tapi disandarkan kepadaku yang bergelar hamba.

1 ulasan:

THANKS

THANKS