JOM JOIN

Sabtu, 5 Januari 2013

RENUNGAN BUAT SEMUA

Malam kian menjumpai pertengahannya, badanku terasa letih dan penat tapi hati menghalang mataku daripada lena. Langit malam, gelap gelita tanpa kilauan bintang yang dulunya sentiasa bersama dengan langit hitam menghiasi suasana gelap dan suram tapi malam ini,mungkin allah menarik nikmat bintang kerna ingin memberikan manusia hujan rahmat.

Mata yang lesu ini, menatap kegelapan malam dengan sedikit kesedihan. Apabila rohku telah ditiupkan kedalam rahim ibuku, maka telah tercatat semua ketentuan kepada yang diberikan oleh allah. Rezeki dan ajal sudahpun ditentukan allah yang terbaik buat aku. Aku teringat satu potongan ayat yang sentiasa aku dengar dulu dan aku tidk akan lupa pada ayat ini:

وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (١٨

"dan jika kamu menghitung nikmat allah nescaya tiada terhitung akannya sesungguhnya allah itu mah pengampun dan maha pemurah"

Apabila hati ini lupa, apabila hati ini leka alhamdullillah ayat ini telah meruntuhkan benteng-benteng keangkuhan dan kealpaanku. "Ya allah, telah banyak kau berikan nikmat kepada bermula dari aku membuka mataku hinggalah mataku tertup kembali nikmatmu sentiasa berjalan bersambung tanpa henti. Tapi Ya Allah, aku leka, aku sering terlalai dengan nikmatmu Ya allah, jangan kau tarik nikmat yang kau berikan kepadaku ini Ya ALLAH"

Dalam keheningan malam, aku mengagahkan tanganku untuk membaca sedikit-sedikit perkongsian daripada sahabat...Subhanallah aku temui satu perkongsian tentang pengorbanan seorang ayah....Si fulan adalah seorang jurujual disebuah kedai laptop, dimana si fulan itu didatangi oleh seorang pak cik, datang mecari laptop. Selepas bertanyakan perihal laptop yang paling murah kerana pak cik itu henda membelinya untuk anaknya yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti. Namun begitu pak cik itu tidak terus membelinya tapi menangguhkan pembeliannya dulu. Selang beberapa hari pak cik itu datang bersama dengan anak perempuannya. Apabila ditunjukak laptop kepada anaknya, anaknya seperti tidak menyukainya dan merunggut untuk memiliki yang lebih mahal. 

Apabila penerangan dan pujukan dibuat maka anak itu setuju untuk memilih laptop itu dengan berat hatinya. Pak cik itu mengeluarkan duit untuk membayarnya dan kelihatan duit RM1, RM5,RM50 digunakan. Masya allah, perasaan sebak dan hiba meneyelubungi hati kecil ini. Betapa ramai manusia dapat memiliki kesenangan tapi masih ramai lagi manusia yang masih bergelumang dalam zon-zon kemiskinan. Kadang-kadang kita fikir kita susah tapi yang sebenarnya masih ada lagi orang yang lebih susah dari kita -(kata-kata Ustz Asri)

Hati ini tiba-tiba tertanya kenapa manusia ini, apabila dia dapat sesuatu daripada allah, lantas mereka lupa untuk bersyukur dan apabila allah tidak memberikan lantas mereka mengatakan "allah itu kejam dan tidak adil". Nauzubillah....Itulah sikap kebiasaan semua manusia tidak kiralah seseorang itu pelajar agama mahupun pelajar biasa. Apabila berbicarakan tentang syukur maka fikiran teringatkan satu potong ayat :
مَّا يَفۡعَلُ ٱللَّهُ بِعَذَابِڪُمۡ إِن شَكَرۡتُمۡ وَءَامَنتُمۡ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ شَاڪِرًا عَلِيمً۬ا (١٤٧
" Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

Aku meneliti tafsiran ayat, suhanallah allah ini tidak kejam inikan pula bertindak tidak adil kepada makhluknya. Tapi kenapa allah tidak memberikan apa yang aku mahu sedangkan aku memerlukannya??? tidak!!!tidak!!! allah bukan tidak mahu memberikan apa yang aku mahu tapi allah mahu memberikan aku yang lebih baik daripada itu.

Tapi allah hanya mahu melihat kesabaranku sebelum aku menerimanya. Dulu semasa aku kecil, aku selalu mengimpikan untuk menjadi seperti orang-orang yang telah berjaya yang terkenal, tapi sekarang peganganku berubah dimana kenapa aku perlu jadi seperti meraka sedangkan takdir allah bagi setiap manusia adalah berbeza dan tidak pernah sama antara satu sama lain. so aku perlu jadi diriku sendiri.


Astghafirullah, betapa lamanya aku berkecundang dalam lembah kealpaan, betapa lamanya hati ini berada dalam titik hitam, sungguhnya aku ini orang yang terlalai. Ya Allah, ampunilah aku atas kelalaianku ini, kau peringatkanlah diriku ini andai kata aku hanyut dalam dunia ini Ya ALLAH. 
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً۬ نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ يَوۡمَ لَا يُخۡزِى ٱللَّهُ ٱلنَّبِىَّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ‌ۖ نُورُهُمۡ يَسۡعَىٰ بَيۡنَ أَيۡدِيہِمۡ وَبِأَيۡمَـٰنِہِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٨
maksudnya: 

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (8)"


Samar-samar dalam ingatanku tentang sebuah hadis " apabila seorang hamba allah itu memohon keampunan selepas melakukan dosa maka allah berkata pada malaikat lihatlah itulah hambaku yang sedang memohon keampunan dan aku mengampuninya. Selepas itu hamba allah itu melakukan lagi, maksiat dan kemudian memohon keampunan lagi kepada allah maka allah berkata kepada malaikat lihatlah itulah hambaku yang sedang memohon keampunan dan aku mengampuninya. Selepas dari itu lagi, hamba allah itu melakukan maksiat lagi, dan kemudian memohon keampunan maka allah pun berkata LIHATLAH WAHAI MALAIKAT ITULAH HAMBAKU YANG SEDANG MEMOHON KEAMPUNAN DAN AKU MENGAMPUNINYA.

Sesungguhnya allah itu maha pemaaf, tapi kenapa hati ini masih terasa berat untuk memohon keampunan, lidah ini kelu dari menyebut kalimah istighfar, mulut ini berat untuk menutur ayat-ayat allah, badan ini berat untuk melakukan kebaikan kepada allah.Tidak perlu menunggu hari esok, tidak perlu menantikan hidayah itu datang kerna tiada perkara yang datang bergolek melainkan MAUT menanti dibelakang ku......


***JUST CLOSE OUR EYES BUT DON'T CLOSE OUR HEART***

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS