JOM JOIN

Sabtu, 29 September 2012

BERIKANLAH AKU KEKUATAN


“Kita bukan memulakan perjuangan malahan mengakhirinya tapi kita adalah mata rantai, mata rantai yang saling sambung-menyambung antara satu generasi dengan generasi yang lain”

Itulah kata-kata dari Hassan Al-Banna yang aku dengar semasa menyaksikan video bicara selebriti di Kelantan. Namun hati kian sepi dan kesedihan apabila perjuangan yang selama ini diuji dengan kegagalan. Semangatku yang  dahulunya  bagaikan api yang sedang membara kini kian hilang sedikit demi sedikit.

Aku mendongak ke langit, melihat sinar matahari kian pudar di kaki langit. Matahari akan hilang buat sementara dan akan muncul semula pada esok hari namun adakah semangatku ini akan bersinar kembali dihari yang akan datang seperti matahari. Mataku merasakan sedikit berair apabila terkenangkan suasana islamik yang pernah aku lalui dulu. Aku merinduinya dan aku mengharapkan ia dapat kembali semula.

Hari ini aku membatalkan semua usrah yang sepatutnya aku hadir bukan kerana aku sudah berputus asa tapi untuk menenangkan fikiranku. Sahabatku ada yang menujukan soalan kepadaku tentang sikapku beberapa hari ini kian berbeza dari dulu, dimana dahulunya selalu ceria dan senyum tapi sekarang sedikit senyap dan muram. Namun bagaimana aku perlu menjadi seperti dulu jikalau hatiku terasa kesedihan bagaikan seorang budak kecil yang baru bertatih untuk berjalan dan kemudiannya terpelanting jatuh dengan dahsyat.

Fikiranku tertanya kenapa ada segelintir umat islam yang mengaku islam tetapi menolak perjuangan islam. Dan ada yang mengatakan apabila berjuang untuk islam dikatakan pengaruh pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Aku ingin menyatakan yang aku berjuang untuk islam bukan kerana politik tapi aku rindukan satu suasana yang islamik. Bagiku kehidupan dalam suasana islam adalah satu kedamaian.

Aku pernah mengkaji kitab bible ataupun nama lainnya kitab injil, namun aku tidak ketemui ketenangan dalamnya apa yang ada hanyalah ayat-ayat yang direka oleh manusia. Tapi setiap kali aku merenung maksud alquran aku merasakan satu kedamaian sangat sukar digambarkan oleh akal kita.

Ya allah,
Aku merayu kepada mu,
Aku merintih kepada mu,
Aku memohon kpeda mu,
Berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan pejuangan ini,
Hilangkanlah kesedihan yang menyelubungi hati hambaMU ini,
Bantulah aku dalam menghadapi dugaan semasa berjuang,
Ya Allah,
Yang maha Berkuasa diseluruh alam ini.

Bulan purnama bersinar indah dalam menerangi kegelapan malam, membuatkan hati tiba-tiba terfikir, “kenapa aku perlu bersedih kerana bulan purnama  sentiasa memancarkan cahaya walaupun ia sentiasa dikeliling  dengan kegelapan dan kadangkala ia dilitupi oleh awan hitam.

Islam adalah agama yang benar maka kebenaran akan melenyapkan segala penipuan-penipuan yang berada di dunia ini. Berbekalkan kata-kata ini aku kembali bersemangat dan bangun semula dari kesedihan walaupun hari ini aku dianugerahi dengan kegagalan tapi satu hari nanti kemenangan akan dikurniakan oleh Allah jika aku tabah,redha dan istiqamah dalam perjuangan.

Aku pernah membaca buku La Tahzan dalam bait-bait yang menarik perhatian aku adalah :

Kenapa perlu bersedih sedangkan kita mempunyai roti,
Untuk dimakan,
Kenapa perlubersedih sedangkan kita mempunyai air,
Untuk menhilangkan dahaga,
Kenapa perlu bersedih sedangkan kita masih mempunyai,
ALLAH bersama kita

PENGALAMAN MANIS TIADA DILUPAI

Setiap manusia, setiap orang, setiap lelaki dan perempuan mesti mempunyai kisah silam ataupun sejarah yang mereka tidak akan lupakan. Bukan sahaja sejarah hitam yang selalu kita ingat malah sejarah manis yang telah kita lalui sentiasa dalam memori kita. Kali ini aku ingat berceritakan satu sejarah ketika mana aku mula mengenali diriku. Dalam post yang lepas ada aku ceritakan yang aku pernah dengar ceramah pagi Dato Fadhilah Kamsah yang menyatakan " orang yang berjaya mesti kenal dirinya"

Dengan kata-kata itulah aku mula melangkah menyambung pelajaranku di Kolej Matrikulasi Perlis (KMP). Apabila ditanya kepada semua alumni KMP adakah mereka mahu kembali ke KMP?? semestinya mereka akan berebut-rebut untuk kembali termasuklah aku sendiri. Setiap dari mereka ada kisahnya di KMP. KMP bagi aku adalah satu tempat dimana aku mengenali erti dakwah, persahabatan, pergaulan dan yang paling penting membuka minda aku tentang apa itu kepimpinan.

Tatkala seluruh keluargaku meninggalkan aku berseorang di negeri Perlis, dimana inilah kali pertama anak jati kelantan berada diluar negeri tercintanya. Saat itu aku tiada sesiapapun yang aku kenali, terasa asing sungguh diriku ini apabila kelihatan rakan-rakan yang lain bergelak ketawa dengan rakan yang sudah lama mereka kenal. Maka aku memberanikan diri untuk mencari sahabat dan alhamdullilah dengan jiwa yang berani aku mendapat ramai sahabat bukannya kawan. 

Pada mulanya aku cuba untuk menyembunyikan identiti tentang latar belakangku bukan kerana aku sombong atau berlagak tapi pada masa itu aku takut semua kawan yang berkawan dengan aku menganggap aku ini adalah seorang ustaz. Mungkin panggilan ustaz itu mulia tapi panggilan itu terlalu mulia untuk seorang insan yang banyak melakukan dosa. Walaupun sedaya upaya aku untuk sembunyikan rahsia diriku, tetapi akhirnya pecah jua apabila aku dikurniakan seorang sahabat yang sedang cuba untuk berubah kearah kebaikan....Di masa itulah, baru aku sedar yang walaupun aku sudah pun keluar dari bidang agama tapi dakwah tidak terletak pada orang yang belajar agama sahaja...maka saat itu, aku mula berjanji insyallah disamping aku menuntut ilmu, perjuangan dakwah akan aku teruskan walaupun sedikit....

Kepimpinan, sebelum aku memasuki alam matrikulasi, persepsi aku terhadap kepimpinan adalah tiada faedah asyik gaduh dan kutuk mengutuk. Tapi setelah aku berada dialam matrikulasi, ketika mana aku mengenali seorang lelaki yang mempunyai bakat dalam kepimpinan, baru aku memahami pentingnya jiwa kepimpinan untuk seorang lelaki.Pernah juga aku ditanya "kenapa aku tidak meminati kepimpinan??". Dengan itu fikiranku tertanya-tanya kenapa aku tidak yakin pada diriku sedangkan orang disekelilingku yakin dengan diriku. 

Ketika mana aku sedang mempelajri erti kepimpinan, aku diuji dengan tanggungjawab yang besar terhadap sebuah organisasi.Pada mulanya terasa gementar untk menanggungnya namun bersemangatkan sokongan yang diberikan oleh sahabat-sahabat dan kepercayaan mereka terhadapku untuk menanggungnya, aku mampu melakukannya....TERIMA KASIH SAHABAT yang berada dalam bahteraku......mungkin aku tidak dapat menjadi yang sempurna seperti seorang pemimpin yang sebenar, terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan semasa memimpin, jadi aku MEMOHON MAAF atas semuanya. Aku gembira di saat aku bersama dengan sahabat semua walaupun badan keletihan jiwa sedang kusut namun semuanya lesap bagaikan buih sabun apabila berada bersama.

Untuk pengakhirannya, insyallah pengalaman yang aku pelajari semasa di KMP akan aku amalkan untuk masa-masa yang akan datang.

 Buat sahabat " kenali diri anda dan jangan malu dengan siapa diri anda" kerana setiap manusia dicipta adalah untuk berkenal-kenalan dan saling lengkap-melengkapi.......Ingat setiap umat islam mempunyai share dalam menyebarkan dakwah dan ingat wahai lelaki sifat kepimpinan perlu ada dalam jiwa kita kerana setiap lelaki akan jadi ketua satu hari nanti...INSYALLAH......so close ur eye and think

***KMP ALWAYS IN MY SWEET MEMORIES***

Isnin, 24 September 2012

KEPIMPINAN DAN PEMILIHAN

Aku toleh kiri, aku toleh kanan dan kenudian aku pusing belakang, kelihatan bergantungan poster-poster calon-calon yang bakal bertanding tidak lama lagi. Memang calon-calon yang bertanding bersemangat, so teruskanlah semangat anda semua hingga ke akhir hayat bukan akhir pilihanraya sahaja.

Kali ini aku hanya ingin kongsi sikit ilmu tentang kepimpinan yang aku belajar selama ini. Apa itu pemimpin??? Seorang pemimpin boleh diibaratkan sebagai akar sebatang pokok jika rosak akarnya maka buah-buahan yang dihasilkan juga turut rosak. So disini aku bukan ingin menuding jari kepada sesiapa pun, aku just nk kongsi pandangan aku terhadap kepimpinan.

Kepada calon-calon yg akan bertanding or bakal jadi calon tahun akan datang, fikir-fikirkanlah just close ur eye n think "ADAKAH AKU MENJADI PEMIMPIN HANYA UNTUK MENDAPAT NAMA" OR "ADAKAH AKU MENJADI PEMIMPIN HANYA SUKA-SUKA"....fikirlah wahai pemimpin or bakal pemimpin kerana anda diibaratkan orang yang memikul sebuah gunung yang besar dan berat. Jawatan sebagai pemimpin ini bukanlah mainan semata-mata kerana iman syafie ada bertanya kepada anak muridnya "Apakah yang paling berat didunia" setelah semua anak muridnya tidak dapat menjawab, maka iman syafie menjawab "benda yang paling berat didunia adalah amanah"....So ingatlah kisah ini..

Aku pernah terdengar yang pemilihan pemimpin perlu lihat pada pengalamannya. Aku tidak berapa setuju dengan statement ini kerana  ilmu yang dimiliki perlu juga perlu dititik beratkan. Maksud ilmu yang aku katakan adalah fahaman mereka terhadap agama. Pengalaman mungkin dapat mengajar kita tapi agama mampu menyempurna kepimpinan itu. Jika seorang pemimpin itu mempunyai banyak pengalaman tentang kepimpinan tapi cetek dalam agama nescaya akan runtuhlah keperibadian pengikutnya mungkin bukan sekarang tapi pada masa akan datang.

Baiklah kita pindah posisi dari seorang pemimpin kepada seorang pengikut, mungkin ada yang berkata "buat apa pilihanraya , nanti asyik bergaduh saja baik aku buat kerja aku sudah". Mungkin betul katanya tapi ingat mengundi adalah salah satu tugas kita juga kerana dalam kehidupan kita perlukan seorang ketua sebagai wakil, then untuk pilih ketua mestilah kena buat undian. So fikir2lah wahai sahabat kerana satu undi anda mampu mengubah segala-galanya.

Walaubagaimanapun sebelum mengundi, ingatlah beberapa perkara ini sebab ini penting untuk masa depan kita :

  • Undilah orang yang betul-betul layak untuk memimpin 
  • Jangan sesekali ingat hanya dengan pengalaman sudah sempurna seorang pemimpin itu kerana keperibadiannya terhadap Allah dan agam islam perlu diambil kira.
  • Jangan mengundi kerana orang yang kita undi itu banyak menolong kita or sahabt kita
  • Jangan kita sesekali mengundi kerana terikut-ikut dengan kawan
  • Undilah seorang pemimpin yang MEMPERJUANGKAN ISLAM
Peringatan diatas adalah dari pandangan aku dan sekrang ini pula peringatan dari senior aku :

Bukan sahaja calon yang mesti memiliki ciri-ciri kepimpinan menurut islam malahan pengundi juga mesti memiliki ciri-ciri yang sama antaranya:

  1. Setiap pengundi mesti menyedari dan yakin bahawa undi mereka akan dipersaksikan di akhirat
  2. Pengundi adalah "saksi dikalangan manusia" maka mestilah ia memberikan persaksian atas nama Allah SWT
  3. Pengundi mestilah memberikan persaksian yang adil mengikut kaca mata islam
  4. Pengundi wajib membebaskan diri mereka daripada kongkongan hawa nafsu diwaktu mengundi supaya tidak berlaku zalim pada persaksiannya
  5. Wajib mengetahui dengan yakin tentang persaksiannya terhadap calon yang dipilih
  6. Wajib memberikan undi kepada calon yang akan memberikan persaksian yang baik diakhirat
  7. wajib menyakini barang siapa yang menyembunyikan persaksiannya samada dengan mengundi calon yang tidak layak atau tidak mengundi dalam keadaan ia tahu tentang keadaan atau akhlak calon yang bertanding, maka berdosalah hatinya.

So sebagai kesimpulannya, kepada bakal pemimpin jangan sesekali mahukan jawatan hanya sekadar ingin mendapat nama atau ingin menguasai sesuatu selain dari agama islam. Andai kata niat anda jauh dari jalan allah maka cepat-cepatlah kembali kepadanya sebelum terlambat dan BERJUANGLAH UNTUK AGAMA ISLAM...

Kepada pengundi, pilihlah seorang pemimpin yang layak kerana segalanya BERADA DIHUJUNG JARI ANDA. Andai kata anda tersilap pilih pemimpin, maka bukan sekadar kemusnahan yang kita alami tapi mungkin juga mendapat dosa....KUNCI DALAM PEMILIHAN ialah Pilihlah pemimpin yang memperjuangkan AGAMA ISLAM dan HAK-HAK KEMANUSIAAN

Khamis, 20 September 2012

I LOVE YOU

Disaat aku dan kau berjauhan, rinduku terhadap mu kian dirasai oleh hati yang lemah ini.Aku menatap gambarmu, moga-moga dapat menghilangkan sedikit kerinduan. Namun kerinduan terhadap mu kian menyelubungi hatiku. Dalam kerinduan itu menyebab aku kembali kepada sejarah permulaan pertemuanku denganmu.

Disaat mataku mula berkelipan buat pertama kali, aku melihat wajahmu yang tersenyum mesra walaupun kelihatan sedikit tidak bermaya. Aku tertanya "SIAPAKAH DIA PEREMPUAN YANG TERSENYUM KEPADAKU". Aku cuba untuk bertutur namum yang keluar hanyalah tangisan. Kau mengangkatku dan memelukku disaat kedengaran tangisanku sambil berkata "Ala, anak ibu lapar??". Saat itulah persoalanku terjawab dimana suara yang aku sentiasa dengar sebelum ini.

 Lebih indah lagi, disaat aku mula mengenali dunia, ketika mana aku mula belajar bertutur dan perkataan pertama yang aku tuturkan adalah "ibu". Saat itu , kau bagaikan merpati terbang bebas apabila kedengaran perkataan itu. Teringat juga, disaat aku mula bertatih untuk berjalan, ketika aku jatuh, kau terus mengangkatku dan tidak membenarkan aku menanggis. Sekarang baru aku mengerti yang kau menyuruhku sentiasa bangun apabila jatuh dalam mengharungi kehidupan dan jangan sesekali kecewa kerana kau sentiasa denganku.

Zaman kanak-kanakku adalah zaman dimana menguji kesabaran mu. Teringat aku disaat aku bergaduh dengan abang-abangku menyebabkan almari kesayangan mu pecah dan menyebabkan kaki ku terluka. Kau langsung tidak mengendahkan almari, malah kau bergegas membalut luka ku. Di sini, aku mengetahui yang tiada yang penting dalam hidupmu selain daripadaku.Biar apa pun kau kehilangan, kau tidak mengendahkannya kecuali aku.

Disaat pertama kali, kau ingin berpisah denganku kerana aku terpaksa berada di asrama. Aku mengetahui yang kau merasakan bagaikan terdapat satu beban yang berat apabila mahu meninggalkanku. Matamu kelihatan berkaca namun kau menahannya, aku cuba untuk tidak menatap wajahmu yang cantik itu kerana aku tidak mahu melihat air mata kesedihanmu berguguran dimuka bumi ini. 

Gambarmu ku tatap sekali lagi, menyebabkan hatiku terasa sebak. Disaat aku bercakap dengan mu, ingin sekali aku mengatakan "aku sayang mu, IBU". Namun kata-kata itu tidak dapat diluahkan. Kenapa???Why???....tapi aku tahu yang kau mengetahui yang anak mu amat menyayangi Mu.....Ingin sekali aku memelukmu sepertimana kau memelukku dahulu disaat aku ketakutan dan kesedihan. 

Jadilah orang yang berguna itulah matlamatmu buatku bukannya sekeping kertas yang amat bernilai di dunia. Di masa ini, bermulalah langkah pertama ku kearah kejayaan hanya untuk mu. Bagiku tiada perempuan yang yang paling aku sayang melainkan kau, duhai IBUKU.Oleh itu, aku hanya mengharapkan doa mu saja moga-moga aku mampu untuk berjaya dalam hidupku dan insyallah satu hari nanti akan aku perkenalkan kau kepada dunia ini yang " AKU AMAT MENYAYANGI MU, IBU"
.........

Isnin, 17 September 2012

SAMPAH OH...SAMPAH


Sempena perubahan templete baru, so insyallah azam baru untuk memperbanyakkan lg post yang berfaedah sebagai peringatan kepada penulis dan sahabat semua. Pernah tak sahabta semua pergi ke tempat seperti pantai, lata, jeram ataupun laut??? Apakah yang anda nampak dan akan saksikan???

Dulu semasa zaman aku masih kecil, keluarga aku prnah bawa aku ke sebuah jeram untuk untuk berkelah. Masa tu aku tengok suasana kat jeram itu agak menyenangkan lagi bersih tapi sekarang semua tempat-tempat seperti itu telah pun tercemar oleh sampah-sarap. Baru-baru ni aku telah pergi satu tempat yang mana pemandangannya hanya laut bukan pantai, memang cantik tapi amat menyedihkan apabila terlihat dipinggir-pinggir tebing kelihatan sampah sarap yang terapung-apung diair...

Wahai sahabat, apa akan jadi jika semua sumber air kita dah tercemar dek sampah-sarap??...apa akan jadi kalau kita tidak minum air??? Tau tak wahai sahabat, yang apabila sampah sarap dibuang kedalam air menyebabkan air itu mempunyai kimia yang mebahaya untuk badan kita. Untuk pengetahuan semua, negara malaysia juga tergolong dalam carta negara paling banyak menghasilkan sampah. Tidakkah kita malu dengan pencapaian itu or patut kita berbangga dengan itu...

Sekarang ini, kes-kes kematian akibat air kencing tikus (xtau nama sentifik dia) semakin meningkat kat negara kita. Siapa patut kita persalahkan tentang ini???Adakah salah kerajaan sebab menghapuskan popuriti tikus???adakah Majlis perbandaran perlu dipersalahkan??? Atau Tikus itu kerana kencing merata-rata??? 

Sebenarnya, hanya seorang saja yang bersalah iaitu diri kita sendiri. Kenapa ak cakap macam tu sebab apa perubahan yang hendak dilakukan mestilah bermula dengan diri sendiri samalah konsep saling memperbaiki akhlak dalam islam. Cuba kita renung kembali, seminit yang lepas, sejam yang lepas, sehari yang lepas,or berhari-hari yang lepas ada tak kita membuang sampah tidak ke dalam tong sampah..Tidak kiralah walaupun sebesar mana pun sampah itu kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Mungkin ada yang berpandangan "kalau aku seorang yang tidak buang sampah merata-rata, malaysia ni tetap akan kotor sebab ramai lagi orang malaysia yang suka buang sampah merata-rata"...jawapan aku kepada orang seperti ini, allah jadikan kita sebagai khalifah untuk mentadbir bumi bukan merosakkan bumi, then sekurangnya apabila disoal dihari kiamat nanti aku mempunyai jawapan untuk diluahkan....Ingatlah wahai sahabt, mungkin seorang tidak berhasil tetapi jikalau sahabt yang baca blog ni sama-sama mengjaga kebersihan terutama air insyallah kita dah mengubah orang di sekeliling kita.....

"MENASIHATI ORANG LAIN TIDAK SEMESTINYA DENGAN KATA-KATA TETAPI DENGAN KELAKUAN KITA "

Rabu, 12 September 2012

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

     Aku berjalan berseorangan disekitar sebuah masjid. Cuaca sangat panas tapi masih terasa sedikit angin yang sempoi-sempoi bahasa. Aku duduk sekejap ditepi kaki lima masjid untuk berehat sambil menunggu waktu azan. Aku melihat ramai manusia yang sibuk berjalan ulang-alik dihadapanku, entah kemana tujuan mereka.

    Hatiku tiba-tiba menjadi sayup apabila terlintas dalam fikiranku tentang penghafaz al-quran. Mungkin bagi orang ramai cukup istimewa apabila dapat menghafaz al-quran. Semua orang pasti akan bagitau " untunglah dapat selamatkan 10 ahli keluarga, hafaz alquran tu satu rahmat n dekat dengan allah"...itulah persepsi diorang terhadap seorang penghafaz alquran.

   Mungkin itu adalah berita gembira tapi tiada siapapun yang cuba ambil tahu apa berita kurang baik kepada Al-hafiz...Apabila tamat saja kau menghafaz, boleh diibaratkan seperti rukun islam kita bertambah iaitu kita perlu menjaga alquran jika tidak berdosa. Aku merasakan terasa macam hendak menanggis rasanya sebab betapa beratnya beban yang aku bawa, tapi aku tahu yang aku adalah insan yang dipilih oleh allah.

   Orang-orang yang belajar agama mungkin sudah lupa yang dalam satu hadis ada menyatakan "pada hari kebangkitan nanti akan timbul manusia yang wajahnya hanya kelihatan tulang dengan kulit saja" tau tak kenapa golongan tu jadi camtu, ia adalah disebabkan manusia tu mengunakan ilmu agamanya untuk kepentingan duniawi.
Ya allah,
ampunkanlah aku,
andai kata aku tergolong dr golongan ini,
aku memohon untuk kau keluarkanlah,
aku dari golong ini.
Ya allah,
janganlah kau tarik ilmu yang telah kau berikan,
kepadaku ini,
bukalah pintu taubatmu untuk aku,
pulang semula kejalan mu.
   
   Tiba-tiba khayalanku terganggu apabila kelihatan seorang perempuan yang berjalan tidak jauh dihadapanku. Perempuan itu memakai tudung labuh dan menutup semua auratnya. Masyallah sungguh indahnya, tapi aku teringatkan kata seorang sahabat baik aku yang berkata "perempuan yang tidak menutup aurat adalah fitnah kepada lelaki yang jahil tentang agama tetapi perempuan yang menutup aurat adalah fitnah kepada lelaki yang berilmu agama". Mungkin statetment ini amat tidak disetujui, tetapi apabila aku fikirkan balik ia memang betul.Apabila pandangan seorang lelaki dengan terhadap seorang perempuan dengan bernafsu adalah berdosa. Aku teringatkan kata-kata ustazku "apabila keluar dari maahad nanti, jaga-jagalah diri dari perempuan". Itulah kata yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila.

   Aku merasakan yang aku ini terlalu lemah untuk meneruskan kehidupan ini, aku ini bagaikan abu yang berada diatas tunggul kayu iaitu bila-bila masa boleh diterbangkan oleh angin. Mungkin jarang sekali sahabtku merasakan perasaan ini, tapi aku berterus terang yang perasaan ini amat menyakitkan lebih menyakitkan apabila berpisah dengan orang yang tercinta.Perasan ini bagaikan seorang tentera yang cedera parah, kehausan dan kesakitan sedang meminta kasihan belas dari seorang yang sihat dan memegang sebotol air berada berhampiran dengannya. Ianya sukar untuk digambarkan oleh sesiapapun pun kecuali sesiapa yang telah melaluinya. 

    Walaupun kesedihan menyelubungi hatiku ini, tapi aku mesti teguh dan bangun berdiri dengan kaki aku sendiri. Ibu dan ayahku mungkin tidak tahu akan perasaan anakmu ini tapi aku berharap mereka tidak akan tahu sampai bila-bila kerana sekarang ini kehidupan aku hanyalah untuk mereka tiada manusia yang paling penting dalam hidupku selain daripada mereka.Mereka telah banyak menghabiskan duit mereka untuk memastikan aku tamat menghafaz alquran, sebanyak berpuluh ribu mereka habiskan selama 5 tahun aku cuba untuk menghafaz alquran.TERIMA KASIH IBU DAN AYAH.....

   Apabila aku fikirkan balik, tentang berita tidak baik kepada penghafaz alquran, perasanku seakan tidak terluah kerana apabila diakhirat nanti aku sudah pasti akan ditanya tentang pengamalan alquran ini. Masyallah ini bagaikan sebuah gunung berada diatas belakangku. Macam mana aku hendak menjawab dihadapan illahi nanti, jikalau ada yang mahu menuntut hak mereka dari padaku. Aku memohon kemaafan jikalau ada kesalahan yang aku tidak tegur, bukan aku tidak mengendahkan sahabtku tetapi bagaimana mahu perbetulkan orang lain jika diri ini terlalu banyak melakukan dosa.

    Azan zuhur telah pun kedengaran dan kelihatan ramai manusia berpusu-pusu masuk ke dalam masjid. Tanpa berlengah lagi aku terus bangun dan pergi mengambil wuduk. Aku masih teringat lagi satu hadis nabi "berapa ramai orang yang membaca alquran, tapi alquran melaknat nya"...hadis ini akan sentiasa dlm ingatku moga-moga allah sentiasa bersama denganku untuk menjaga alquran. 

*p/s: kepada sahabt yang mahu hafal alquran, hafallah sebab rugilah hidup anda kerana anda seorang islam tetapi tidak menghafal lalquran walaupun sedikit.....semua umat islam adalah terpilih untuk menghafaz alquran cuma terletak pada hati sahabt semua samada mahu ataupun tidak...tepuk dada tanya iman...
    

Ahad, 9 September 2012

SAY NO FOR SMOKING


" UTM bebas asap rokok" itulah satu slogan kempen yang akan dijumpai di UTM sekarang ini...aku memang setuju dengan kempen ni.... Kempen ni bukan untuk diorang tapi haya untuk kita dan mendisiplinkan kita. Merokok adalah hak peribadi sahabt semua, so aku terlebih dahulu minta maaf jika perkongsian ini terguris dihati, kerana aku hanya mahu menyatakan pandangan aku terhadap rokok je...

Mungkin masyarakat sekarang sudah biasa dengan rokok sehinggakan rokok itu dijadika satu keperluan asas macam makanan. Kita sudah pun sedia maklumkan, yang rokok tu banyak keburukan dia, ia boleh merosakkah jantung kita....tp kali ini aku tak nak bincang perkara yang sudah pun sahabt semua ketahui sebab ia akan seperti "bagaikan mencurah di atas daun keladi"

Siapa pernah belajar sejarah, tingkatan 4 menyatakan yang kejatuhan empayar china adalah disebabkan ketagihan rakyatnya dengan candu. Sebelum itu pihak british cuba untuk menakluk china tapi tidak berjaya kerana maharajanya mengamalkan sistem pintu tertutup. Jadi pihak britst merosakkan rakyat china sebelum mengambil alih pentadbiran china....so samalah dengan sekrang ini, mungkin kita boleh kata yang negara luar tidak akan mengambil kesempatan terhadap negara kita tp sejauh mana kita boleh mencurahkan kepercayaan ini kerana negara luar mempunyai kuasa VTO, bila-bila masa mereka boleh memijak kita.

Kali nii aku nak kongsi sedikit cerita benar, terdapat seorang lelaki yang bernama Fulan bin Fulan telah pun melaksanakan perkahwinan dengan seorang permpuan. Si fulan ni sangat baik sehinggakan semua orang yang memerlukan pertolongan dia tolong dan beliau adalah orang yang sangat rajin berkerja, mesra dengan orang ramai.Tapi satu saja tabiat buruknya adalah merokok. 

Selepas bebrapa tahun berkahwin (aku xingt bila dah dia kahwin), beliau masih lagi belum mendapat zuriat, sedangkan adiknya yang baru satu tahu berkahwin sudah pun mempunyai seorang zuriat. Mungkin ada sahabt tidak tahu yang sebenarnya rokok boleh meyebabkan kita mandul. Situasi ni lebih menyedihkan aku, bila aku lihat isteriya sangat suka dan bergurau senda dengan anak kepada adik suaminya.

Ya Allah, kasihannya.....Jadi kepada lelaki yang merokok hentikanlah, jikalu anda tidak kisah dengan diri anda fikirkanlah tentang Si dia yang sedang menunggu anda. Mungkin merokok itu menampakkan macho laa bagi lelaki tapi semua itu hanyalah sangkaan anda sendiri je....kalau tak percaya trylah tanya orang disekeliling anda, apa yang diorang cakap.

Oh ya...lupa nak bagitau yang semasa dalam perjalanan pergi daftar masuk univesiti, aku terdengar satu statement dari sebuah siaran radio menyatakan " Dalam satu hari perbelajaan untuk rokok bg setiap individu di Malaysia mencecah 60 juta lebih (rasenye xingat mana tp yang confirm berpuluh juta).

Sedarlah wahai sahabat, Berpuluh juta itu sangat banyak dah laa dalam satu hari.....alangkah indahnya dunia kalau kita gunakan duit itu utuk tolong saudara-saudara kita yang sedang dilanda masalah....Aku pernah terdengar seorang sahabt aku yang menyatakan rokok ni dapat menghilangkan stress....mungkin bagi sahabat itu adalah betul tapi bagi aku cara untuk menghilangkan stress adalah RETURN TO UR GOD....tidak kiralah sejauh mana anda sudah terpesong UR GOD ALWAYS WITH U EVERYTIME AND EVERYWHERE

Untuk kesimpulanya, hentikanlah merokok. Just close your eyes and tanya hati anda "adakah aku perlukan rokok lebih dari allah"...ingatlah orang tersyang sebelum melakukan satu sedutan....setiap sedutan bagaikan ratusan air mata saudara kita yang memerlukan pertolongan...JUST THINK ABOUT...

**** SAYA PILIH TAK NAK MEROKOK****
***SAYA SAYANG DIRI SAYA***
**SAYA PILIH UTM**

THANKS

THANKS