JOM JOIN

Sabtu, 29 September 2012

BERIKANLAH AKU KEKUATAN


“Kita bukan memulakan perjuangan malahan mengakhirinya tapi kita adalah mata rantai, mata rantai yang saling sambung-menyambung antara satu generasi dengan generasi yang lain”

Itulah kata-kata dari Hassan Al-Banna yang aku dengar semasa menyaksikan video bicara selebriti di Kelantan. Namun hati kian sepi dan kesedihan apabila perjuangan yang selama ini diuji dengan kegagalan. Semangatku yang  dahulunya  bagaikan api yang sedang membara kini kian hilang sedikit demi sedikit.

Aku mendongak ke langit, melihat sinar matahari kian pudar di kaki langit. Matahari akan hilang buat sementara dan akan muncul semula pada esok hari namun adakah semangatku ini akan bersinar kembali dihari yang akan datang seperti matahari. Mataku merasakan sedikit berair apabila terkenangkan suasana islamik yang pernah aku lalui dulu. Aku merinduinya dan aku mengharapkan ia dapat kembali semula.

Hari ini aku membatalkan semua usrah yang sepatutnya aku hadir bukan kerana aku sudah berputus asa tapi untuk menenangkan fikiranku. Sahabatku ada yang menujukan soalan kepadaku tentang sikapku beberapa hari ini kian berbeza dari dulu, dimana dahulunya selalu ceria dan senyum tapi sekarang sedikit senyap dan muram. Namun bagaimana aku perlu menjadi seperti dulu jikalau hatiku terasa kesedihan bagaikan seorang budak kecil yang baru bertatih untuk berjalan dan kemudiannya terpelanting jatuh dengan dahsyat.

Fikiranku tertanya kenapa ada segelintir umat islam yang mengaku islam tetapi menolak perjuangan islam. Dan ada yang mengatakan apabila berjuang untuk islam dikatakan pengaruh pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Aku ingin menyatakan yang aku berjuang untuk islam bukan kerana politik tapi aku rindukan satu suasana yang islamik. Bagiku kehidupan dalam suasana islam adalah satu kedamaian.

Aku pernah mengkaji kitab bible ataupun nama lainnya kitab injil, namun aku tidak ketemui ketenangan dalamnya apa yang ada hanyalah ayat-ayat yang direka oleh manusia. Tapi setiap kali aku merenung maksud alquran aku merasakan satu kedamaian sangat sukar digambarkan oleh akal kita.

Ya allah,
Aku merayu kepada mu,
Aku merintih kepada mu,
Aku memohon kpeda mu,
Berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan pejuangan ini,
Hilangkanlah kesedihan yang menyelubungi hati hambaMU ini,
Bantulah aku dalam menghadapi dugaan semasa berjuang,
Ya Allah,
Yang maha Berkuasa diseluruh alam ini.

Bulan purnama bersinar indah dalam menerangi kegelapan malam, membuatkan hati tiba-tiba terfikir, “kenapa aku perlu bersedih kerana bulan purnama  sentiasa memancarkan cahaya walaupun ia sentiasa dikeliling  dengan kegelapan dan kadangkala ia dilitupi oleh awan hitam.

Islam adalah agama yang benar maka kebenaran akan melenyapkan segala penipuan-penipuan yang berada di dunia ini. Berbekalkan kata-kata ini aku kembali bersemangat dan bangun semula dari kesedihan walaupun hari ini aku dianugerahi dengan kegagalan tapi satu hari nanti kemenangan akan dikurniakan oleh Allah jika aku tabah,redha dan istiqamah dalam perjuangan.

Aku pernah membaca buku La Tahzan dalam bait-bait yang menarik perhatian aku adalah :

Kenapa perlu bersedih sedangkan kita mempunyai roti,
Untuk dimakan,
Kenapa perlubersedih sedangkan kita mempunyai air,
Untuk menhilangkan dahaga,
Kenapa perlu bersedih sedangkan kita masih mempunyai,
ALLAH bersama kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS