JOM JOIN

Rabu, 12 September 2012

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

     Aku berjalan berseorangan disekitar sebuah masjid. Cuaca sangat panas tapi masih terasa sedikit angin yang sempoi-sempoi bahasa. Aku duduk sekejap ditepi kaki lima masjid untuk berehat sambil menunggu waktu azan. Aku melihat ramai manusia yang sibuk berjalan ulang-alik dihadapanku, entah kemana tujuan mereka.

    Hatiku tiba-tiba menjadi sayup apabila terlintas dalam fikiranku tentang penghafaz al-quran. Mungkin bagi orang ramai cukup istimewa apabila dapat menghafaz al-quran. Semua orang pasti akan bagitau " untunglah dapat selamatkan 10 ahli keluarga, hafaz alquran tu satu rahmat n dekat dengan allah"...itulah persepsi diorang terhadap seorang penghafaz alquran.

   Mungkin itu adalah berita gembira tapi tiada siapapun yang cuba ambil tahu apa berita kurang baik kepada Al-hafiz...Apabila tamat saja kau menghafaz, boleh diibaratkan seperti rukun islam kita bertambah iaitu kita perlu menjaga alquran jika tidak berdosa. Aku merasakan terasa macam hendak menanggis rasanya sebab betapa beratnya beban yang aku bawa, tapi aku tahu yang aku adalah insan yang dipilih oleh allah.

   Orang-orang yang belajar agama mungkin sudah lupa yang dalam satu hadis ada menyatakan "pada hari kebangkitan nanti akan timbul manusia yang wajahnya hanya kelihatan tulang dengan kulit saja" tau tak kenapa golongan tu jadi camtu, ia adalah disebabkan manusia tu mengunakan ilmu agamanya untuk kepentingan duniawi.
Ya allah,
ampunkanlah aku,
andai kata aku tergolong dr golongan ini,
aku memohon untuk kau keluarkanlah,
aku dari golong ini.
Ya allah,
janganlah kau tarik ilmu yang telah kau berikan,
kepadaku ini,
bukalah pintu taubatmu untuk aku,
pulang semula kejalan mu.
   
   Tiba-tiba khayalanku terganggu apabila kelihatan seorang perempuan yang berjalan tidak jauh dihadapanku. Perempuan itu memakai tudung labuh dan menutup semua auratnya. Masyallah sungguh indahnya, tapi aku teringatkan kata seorang sahabat baik aku yang berkata "perempuan yang tidak menutup aurat adalah fitnah kepada lelaki yang jahil tentang agama tetapi perempuan yang menutup aurat adalah fitnah kepada lelaki yang berilmu agama". Mungkin statetment ini amat tidak disetujui, tetapi apabila aku fikirkan balik ia memang betul.Apabila pandangan seorang lelaki dengan terhadap seorang perempuan dengan bernafsu adalah berdosa. Aku teringatkan kata-kata ustazku "apabila keluar dari maahad nanti, jaga-jagalah diri dari perempuan". Itulah kata yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila.

   Aku merasakan yang aku ini terlalu lemah untuk meneruskan kehidupan ini, aku ini bagaikan abu yang berada diatas tunggul kayu iaitu bila-bila masa boleh diterbangkan oleh angin. Mungkin jarang sekali sahabtku merasakan perasaan ini, tapi aku berterus terang yang perasaan ini amat menyakitkan lebih menyakitkan apabila berpisah dengan orang yang tercinta.Perasan ini bagaikan seorang tentera yang cedera parah, kehausan dan kesakitan sedang meminta kasihan belas dari seorang yang sihat dan memegang sebotol air berada berhampiran dengannya. Ianya sukar untuk digambarkan oleh sesiapapun pun kecuali sesiapa yang telah melaluinya. 

    Walaupun kesedihan menyelubungi hatiku ini, tapi aku mesti teguh dan bangun berdiri dengan kaki aku sendiri. Ibu dan ayahku mungkin tidak tahu akan perasaan anakmu ini tapi aku berharap mereka tidak akan tahu sampai bila-bila kerana sekarang ini kehidupan aku hanyalah untuk mereka tiada manusia yang paling penting dalam hidupku selain daripada mereka.Mereka telah banyak menghabiskan duit mereka untuk memastikan aku tamat menghafaz alquran, sebanyak berpuluh ribu mereka habiskan selama 5 tahun aku cuba untuk menghafaz alquran.TERIMA KASIH IBU DAN AYAH.....

   Apabila aku fikirkan balik, tentang berita tidak baik kepada penghafaz alquran, perasanku seakan tidak terluah kerana apabila diakhirat nanti aku sudah pasti akan ditanya tentang pengamalan alquran ini. Masyallah ini bagaikan sebuah gunung berada diatas belakangku. Macam mana aku hendak menjawab dihadapan illahi nanti, jikalau ada yang mahu menuntut hak mereka dari padaku. Aku memohon kemaafan jikalau ada kesalahan yang aku tidak tegur, bukan aku tidak mengendahkan sahabtku tetapi bagaimana mahu perbetulkan orang lain jika diri ini terlalu banyak melakukan dosa.

    Azan zuhur telah pun kedengaran dan kelihatan ramai manusia berpusu-pusu masuk ke dalam masjid. Tanpa berlengah lagi aku terus bangun dan pergi mengambil wuduk. Aku masih teringat lagi satu hadis nabi "berapa ramai orang yang membaca alquran, tapi alquran melaknat nya"...hadis ini akan sentiasa dlm ingatku moga-moga allah sentiasa bersama denganku untuk menjaga alquran. 

*p/s: kepada sahabt yang mahu hafal alquran, hafallah sebab rugilah hidup anda kerana anda seorang islam tetapi tidak menghafal lalquran walaupun sedikit.....semua umat islam adalah terpilih untuk menghafaz alquran cuma terletak pada hati sahabt semua samada mahu ataupun tidak...tepuk dada tanya iman...
    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS