JOM JOIN

Sabtu, 29 September 2012

PENGALAMAN MANIS TIADA DILUPAI

Setiap manusia, setiap orang, setiap lelaki dan perempuan mesti mempunyai kisah silam ataupun sejarah yang mereka tidak akan lupakan. Bukan sahaja sejarah hitam yang selalu kita ingat malah sejarah manis yang telah kita lalui sentiasa dalam memori kita. Kali ini aku ingat berceritakan satu sejarah ketika mana aku mula mengenali diriku. Dalam post yang lepas ada aku ceritakan yang aku pernah dengar ceramah pagi Dato Fadhilah Kamsah yang menyatakan " orang yang berjaya mesti kenal dirinya"

Dengan kata-kata itulah aku mula melangkah menyambung pelajaranku di Kolej Matrikulasi Perlis (KMP). Apabila ditanya kepada semua alumni KMP adakah mereka mahu kembali ke KMP?? semestinya mereka akan berebut-rebut untuk kembali termasuklah aku sendiri. Setiap dari mereka ada kisahnya di KMP. KMP bagi aku adalah satu tempat dimana aku mengenali erti dakwah, persahabatan, pergaulan dan yang paling penting membuka minda aku tentang apa itu kepimpinan.

Tatkala seluruh keluargaku meninggalkan aku berseorang di negeri Perlis, dimana inilah kali pertama anak jati kelantan berada diluar negeri tercintanya. Saat itu aku tiada sesiapapun yang aku kenali, terasa asing sungguh diriku ini apabila kelihatan rakan-rakan yang lain bergelak ketawa dengan rakan yang sudah lama mereka kenal. Maka aku memberanikan diri untuk mencari sahabat dan alhamdullilah dengan jiwa yang berani aku mendapat ramai sahabat bukannya kawan. 

Pada mulanya aku cuba untuk menyembunyikan identiti tentang latar belakangku bukan kerana aku sombong atau berlagak tapi pada masa itu aku takut semua kawan yang berkawan dengan aku menganggap aku ini adalah seorang ustaz. Mungkin panggilan ustaz itu mulia tapi panggilan itu terlalu mulia untuk seorang insan yang banyak melakukan dosa. Walaupun sedaya upaya aku untuk sembunyikan rahsia diriku, tetapi akhirnya pecah jua apabila aku dikurniakan seorang sahabat yang sedang cuba untuk berubah kearah kebaikan....Di masa itulah, baru aku sedar yang walaupun aku sudah pun keluar dari bidang agama tapi dakwah tidak terletak pada orang yang belajar agama sahaja...maka saat itu, aku mula berjanji insyallah disamping aku menuntut ilmu, perjuangan dakwah akan aku teruskan walaupun sedikit....

Kepimpinan, sebelum aku memasuki alam matrikulasi, persepsi aku terhadap kepimpinan adalah tiada faedah asyik gaduh dan kutuk mengutuk. Tapi setelah aku berada dialam matrikulasi, ketika mana aku mengenali seorang lelaki yang mempunyai bakat dalam kepimpinan, baru aku memahami pentingnya jiwa kepimpinan untuk seorang lelaki.Pernah juga aku ditanya "kenapa aku tidak meminati kepimpinan??". Dengan itu fikiranku tertanya-tanya kenapa aku tidak yakin pada diriku sedangkan orang disekelilingku yakin dengan diriku. 

Ketika mana aku sedang mempelajri erti kepimpinan, aku diuji dengan tanggungjawab yang besar terhadap sebuah organisasi.Pada mulanya terasa gementar untk menanggungnya namun bersemangatkan sokongan yang diberikan oleh sahabat-sahabat dan kepercayaan mereka terhadapku untuk menanggungnya, aku mampu melakukannya....TERIMA KASIH SAHABAT yang berada dalam bahteraku......mungkin aku tidak dapat menjadi yang sempurna seperti seorang pemimpin yang sebenar, terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan semasa memimpin, jadi aku MEMOHON MAAF atas semuanya. Aku gembira di saat aku bersama dengan sahabat semua walaupun badan keletihan jiwa sedang kusut namun semuanya lesap bagaikan buih sabun apabila berada bersama.

Untuk pengakhirannya, insyallah pengalaman yang aku pelajari semasa di KMP akan aku amalkan untuk masa-masa yang akan datang.

 Buat sahabat " kenali diri anda dan jangan malu dengan siapa diri anda" kerana setiap manusia dicipta adalah untuk berkenal-kenalan dan saling lengkap-melengkapi.......Ingat setiap umat islam mempunyai share dalam menyebarkan dakwah dan ingat wahai lelaki sifat kepimpinan perlu ada dalam jiwa kita kerana setiap lelaki akan jadi ketua satu hari nanti...INSYALLAH......so close ur eye and think

***KMP ALWAYS IN MY SWEET MEMORIES***

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS