JOM JOIN

Khamis, 30 Mei 2013

TERIMA KASIH USTAZ

Hujan lebat membasahi bumi johor lagi tetapi kali ini dia turun bersama dengan ribut yang menerbangkan daun-daun yang gugur di atas tanah. Kertas-kertas nota di atas meja belajarku terbang berselerak di atas lantai kerana dituip angin yang kencang itu. Tanpa membuang masa aku terus menutup tingkap yang terbuka sebelum air hujan membasahi bilik tidurku. Habis berselerak bilikku dengan kertas-krtas nota mklumlah tinggal beberapa hari lagi peperiksaan akhir sudah semakin hampir.

Satu persatu aku mengutip nota tersebut untuk memastikan ia berada dalam keadaan asal agar memudahkan aku untuk mengulangkaji. Helaian terakhir dipegang dan diamati, kelihatan nota itu basah. Ia mengingatkan aku  ketika aku berada dibangku sekolah. Sekolah teramat dhaif telah mengajarku pelbagai pengajaran dalam kehidupan. Dimana satu tempat jika aku tidak memijaknya aku tidak akan berada di bumi johor ini.

Aku berlari sekuat hati dibawah hujan yang lebat dari asrama menuju ke kelas. Maklumlah sekolahku tidak tersedia tempat penghubung yang berbumbung untuk ke kelas. Apabila sampai sahaja,kelihatan beberapa sahabatku turut berada disan, aku bergegas menutup tingkap-tingkap neko supaya dapat menghalang air hujan membasahi meja dan buku buku kami. Kitab-kitab milikku dikumpul dan diletakan ditepi penjuru disebalik almari besar yang menghalang air hujan membasahi kelas. Air hujan masih lagi membasahi lantai kerana ada beberapa tingkap sahaja yang dapat menahan dari kemasukan air hujan

Tersenyum keseorangan aku mengingatkan kisah silam ini. Walaupun dulu aku belajar tanpa perpustakaan, tanpa makmal, tanpa komputer tapi hari ini aku mampu bersama dengan yang lain. Memori ini tidak akan lekang dari sejarahku. Namun begitu aku mampu berdiri disini bukan kerana pengalamanku di masa silam tapi ada seseorang yang mencorakkan pengalamanku supaya aku mampu berdiri. Tanpa guru tiadalah sekolah, Tanpa ustaz siapalah aku sekarang ini.

Setiap orang mempunyai sejarah, dan hanya dia sahaja yang tahu tentang sejarah dirinya. Cukup sukar untuk aku gambarkan bagaimana pahit dan manis untuk menjadi seorang pelajar Maahd Tahfiz. Tiada siapa yang dapat rasainya melainkan dia sendiri merasai. Kalau tidak kerana seorang ustaz mungkin aku sudah tidak mengenal apa itu sebuah alquran yang sebenar. Aku tidak akan mampu untuk mengalunkannya walaupun suara ini tidak seperti iman qari.

Jari-jariku menyentuh belakang badanku, mungkin parut itu sudah lama hilang tapi ia masih dirasai dalam pengalamanku, Dimana rotan yang panjang telah hinggap dibelakangku hanya kerana aku tidak dapat membaca alquran dengan baik. Kalau dulu aku merasakan ustaz yang mendidik aku adalah kejam kerana setiap kesalahan pasti rotanlah jawapannya tapi sekarang ucapan terima kasih kerana merotanku. Baru sekarang aku sedar akan bisanya sebatang rotan

Oleh kerana aku masih mencari diriku, dan apa yang aku nampak adalah diriku mampu berjaya diluar dari sekolahku, dan aku telah ditunjukkan bahwa diri aku masih belum bersedia untuk berada disana maka bersabarlah. " sanggupkah kamu meninggalkan apa yang kamu miliki sekarang ini hanya kerana tempat yang belum tentu dapat kamu boleh tinggal disana" itulah kata-kata yang meruntuhkan semangatku yang membuak-buak untuk keluar dari tempat itu tapi terdirilah satu semangat baru yang lebih baik dari itu.

Hujan sudah semakin renyai, aku membuka tingkap dan menghirup udara yang sejuk dan segar. Masyallah amat menyegarkan. Indahnya suasana ketika itu tapi indahnya lagi memoriku dengan seorang ustaz. Walaupun sudah lama hari guru pergi meninggalkan aku, tapi aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala-galanya kepada para ustaz dan guru yang pernah mengajarku moga dirahmati sentiasa. Doakan aku supaya mampu berjaya di dunia malahan di akhiratku...insyallah

Walaupun aku tidak bersama dalam bidang alquran lagi tapi tolong doakanku, untuk makluman mu ustaz ini semua bukan petanda aku lari dari semua ini tapi mungkin ini adalah takdirku . Doa mu wahai ustaz amatlah di pinta moga aku mampu mengegarkan dunia dan mencipta sejarah dan sejarah itu akan dimulai dengan mu.


Ahad, 12 Mei 2013

UNTUKMU SAHABATKU


Aku datang tanpa teman,
diri ini berasa kosong dan sepi,
kerinduan kepada teman lama menghantuiku
Tika itu kau datang kepadaku
membawa senyuman dan harapan,
Walaupun ini pertama kali kita berjumpa,
tapi engkau menganggap aku seperti
sudah sekian lama kita bersua,

Ketika jiwa ini sudah mula mengenalimu
ruang kosong dihatiku telah dipenuhi
membuatkan aku mengerti apa itu
PERSAHABATAN  yang sebenar,
Kesakitan atau Kepenatan yang kita lalui bersama
bertukar menjadi kegembiraan kita bersama
dan akan menjadi memori yang indah buatku

Disaat aku tidak berupaya meneruskan kehidupan,
kau datang memapahku bersama dengan semangat,
walaupun engkau juga adalah  sepertiku,
maka aku gagahkan jua,
hanya kerana semangatmu yang tidak,
mengenal penat lelah

Apabila hubungan yang selama ini terjalin
bagaikan seorang abang dan kakak dengan adiknya,
allah datang menguji tali ikatan kita,
bukan kerana ingin memisahkan kita
tapi untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan lagi
persaudaraan kita,
bak kata pepatah " cubit paha kanan, paha kiri terasa
begitulah hubungan engkau dan aku,

Apabila melihat engkau kesakitan berseorangan
tetapi aku di sini tidak dapat bersama denganmu
aku merasakan bagaikan seorang sahabat yang kejam
sebak dada ini melihat kesakitanmu
maafkan aku kerna
TIDAK BERSAMAMU
moga-moga ikatan kita masih lagi
ikatan PERSAHABATAN.....

insya allah

Sabtu, 4 Mei 2013

PUISI BERSABARLAH WAHAI HATI

                                                                                                                                                              Bersabarlah wahai hati
 kerna sesungguhnya jodoh itu adalah ketentuan illahi
Percayalah wahai hati
Dia akan muncul satu hari nanti dalam kehidupan ini

Ketahuilah wahai hati
lelaki yang BAIK untuk perempuan yang BAIK
Sedarlah wahai hati 
dia pasti menunggumu kerana dia adalah milik mu
Gembiralah wahai hati
kerna nama nya telah tercatat di luh mahfuz

Yakinlah wahai hati,
pada JANJI-JANJI ALLAH....

Ya Allah
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya
kepada mu
agar bertambah kekuatanku untuk
mencintaiMU

Ya Muhaimin
jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorg hatinya yang bertaut
pada MU
agar tidak aku jatuh dalam 
jurang cinta nafsu

Ya Rabbana
jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya
agar tidak aku berpaling 
daripada hati MU

Ya Rabbul Izzati
jika aku rindu
rindukanlah aku pada
seseorg
yang merindui syahid djalanmu

Ya Allah
jika aku menikmati cinta
kekasihmu
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan keindahannya
bermunajat disepertiga malam
terakhirMU

Ya Allah
jika aku jatuh hati pada kekasih MU
jangan biar aku bertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru
manusia kepada MU

Ya Allah
jika kau halalkan aku merindui kekasihmu
jangan biarkan aku melampaui batas 
sehingga melupakan aku pada cinta
hakiki dan rindu abadi hanya kepada MU



THANKS

THANKS