JOM JOIN

Isnin, 4 Mac 2013

LAYAKKAH AKU UNTUK SYURGAMU???





A034

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan."

tatkala tiba masanya tiada seorg pun dapat melambatkan atau mempercepatkanya tidak kira walaupun sedalam mana kita sembunyi, setinggi mana darjat kita pun, malaikat maut tiada mengenalnya dan tiada keraguan dlam dirinya untuk mencabut nyawa seorang insan itu. 

Dengan hati yang gusar dan fikiran yang bercelaru aku terus meninggalkan kesemuanya kerna aku tahu dan yakin "dari allah dia datang maka hanya allah saja yang tahu penyelesaian". Apabila kaki  menjejaki lantai masjid, kesejukan lantai meresap dalamnya membuatkan kakiku sedikit menjengket. Aku berhenti sebentar, sambil terfikir "hari ini aku dapat menjejakan kakiku di atas masjid ini tapi adakah esok aku mampu menjejaknya kembali" Kepala paip dibuka sedikit demi sedikit sehingga aku merasakan "hari ini aku mampu merasai kedinginan air wuduk yang mengalir ditubuhku tapi hari esok adakah aku mampu merasainya lagi"

"Allahurabi, andaikata hari ini hari terakhirku untuk merasai nikmatmu, aku terima seadanya kerna kau adalah Penciptaku."Ya allah, ampunkanlah aku kerana aku lalai dengan fitnah-fitnah dunia ini. Ketika aku dilahirkan kedunia ini aku bersih bagaikan kain putih tapi selama aku menghayati kehidupan ini aku sudah berlumuran dengan maksiat, seluruh tubuhku dipenuhi dengan dosa-dosa samada kecil dan juga besar". 

Titisan air mata mengalir dipipiku tapi adakah itu dapat menebus segala dosa-dosaku ini. Terlalu banyak, terlalu besar dosa yang telah aku lakukan ini sehinggakan airmata ini tiada mencukupi. Allah ini maha mengetahui dan maha melihat, setiap perbuatan yang aku lakukan adalah dalam pengetahuannya. Aku tahu akan kekuasaan allah ini, tapi "kenapa aku masih tidak takut mahupun malu pada mu, Ya Allah" "adakah kau sudah menutup pintu hatiku ya Allah? Ya allah, bukakanlah hatiku kembali, berikanlah hidayah dan taufik mu kepadaku kembali, lembutkanlah hatiku ini ya Allah."

Tanpa hidayah dan taufik allah, aku bagaikan layang-layang yang putus talinya dan menunggu masa untuk jatuh ke tanah menandakan tamatnya riwayatku."Ya Allah aku tidak mahu seperti layang-layang tersebut, aku sanggup korbankan apa sahaja, harta benda, kekuatan, dan semuanya yang aku ada semata untuk hidayah dan taufik mu, Ya Allah".

Kalimah yang satu disebut berkali-kali dibibirku, kerna aku cukup takut dan risau "adakah aku mampu untuk menunturnya disaat sakaratulmaut???adakah orang yang mahu mengajarku disaat tibanya ajalku???adakah aku mampu menutur kalimah ini sebelum aku memasuki pintu syurga Mu". Aku tahu lidah ini kotor dan busuk kerna penuh dengan maksiat, tapi aku mahu membersihinya. Cukup sudah apa yang berlaku sbelum ini apa yang telah aku tuturkan sebelum ini, aku memohon ampun kerna mungkin esok, mungkin sekejap lagi ataupun mungkin sesat nnti malaikat maut muncul didepanku, aku memohon ampun atas segala-galanya.

"Dalam kehidupan kita ini bagaikan sebuah lari yang membawa muatan kemudian berlanggar, jika lori itu membawa najis maka yang terkeluar adalah kekotoran tapi jika lori itu membawa susu maka yang terkeluar adalah susu" kata-kata ini bermain-main dikepala ku ketika aku merebahkan diri atas karpet masjid untuk berehat sekejap. Allahurabi, kata-kata ini dilontarkan kepada ku oleh seorang hamba allah yang aku tidak berapa mengenalinya tapi tiba-tiba muncul didepan bilikku untuk memberi sedikit peringatan kepadaku. Masyallah, sedang aku keresahan ketika itu, maka allah memberikan ketenangannya melalui hamba allah itu...moga-moga beliau dimurahkan rezeki dan dirahmati di dunia dan diakhirat Insyaallah.


A040

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan."

"ampunilah aku, aku tahu manusia seperti aku ini tidak pernah lari sikap ini, maka lindungilah aku dan juga jauhilah aku dari sifat yang keji ini kerna aku tidak sanggup untuk berada dineraka mu, Ya Allah". Sudah hampir setengah jam, aku berbaring tapi masih lagi tidak dapat melelapkan mataku walaupun sekejap. Hati ini teringatkan " andaikata aku mati pada malam ini, dimanakah aku akan ditempatkan adakah bersama dengan rasulullah ataupun........." Apabila berjauhan dengan keluarga, aku gembira, apabila bersendirian dari sahabat-sahabatku, aku tenang tapi apabila aku kelupaan dengan Allah, hidup ini bagaikan tiada maknanya lagi.

Mataku sedikit  berkaca apabila mengenangkan kejahatan yang selama ini aku lakukan. Allah, baru 20 tahun aku hidup sudah banyak maksiat yang telah aku lakukan, jadi adakah ianya akan bertambah dan bertambah dan bertambah sehinggalah saat itu tiba ataupun ia akan berkurang, itupun aku pun tidak ketahuan aku hanya berserah sahaja moga-moga taubatku ini adalah taubat nasuha iaitu taubat yang diterima Allah, insyaallah.

Sebelum aku melelapkan mata, teringat aku sepotong ayat alquran :

A008

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS