JOM JOIN

Ahad, 7 September 2014

PERCINTAAN!!!!

Bukan mudah utk kita lafazkan perkataan cinta jika kita masih belum merasai cinta kepada ALLAH. Namun hari ini,  cinta itu bagaikan seperti sampah dimana shj adanya cinta. Tersenyum ak apabila melihat pasangan-pasangan bermadah dengan kata-kata cinta, "percintaan kami utk mencari cinta illahi" "cinta kami sampai ke syurga" "Hubungan ini adalah utk redha allah"

Ayat-ayat madah ini mmg cukup power tapi aku tertanya mengapa kita mengharapkan CINTA MAKHLUK UTK MENCAPAI CINTA ILLAHI sedangkan allah yg mencipta kita malahan allah juga mencipta CINTA itu maka semestinya cinta yg pertama mestilah kpd allah.

Mmg sudah lumrah manusia utk merasai cinta kerana itulah salah satu tujuan kita wujud di dunia ini namun persoalannya bagaimana cinta yg sebenarnya...adakah seperti sekarang ini, keluar dating sepanjang hari, berbalas msg setiap waktu atau menghabiskan topup utk bersembang kosong melalui telefon???

Pening2......adakah tiada wujudnya cinta tanpa itu semua??? Bagi aku kukuhnya sebuah PERCINTAAN itu bkn kepada bnyknya AKTIVITI BERSAMA tapi kukuhnya sebuah percintaan adalah terletak pada KEPERCAYAAN DAN KESABARAN.

Masyarakat sekarang ini cukup familiar dgn perkataan " COUPLE ". Ini semua adalah mainan yahudi, mainan israel laknatullah utk melekakan umat islam terutama golongan remaja. Lihatlah dunia ini, sehinggakan golongan2 pejuang islam pun ada terjebak dalam racun yahudi....allahuakhabar...

Cinta sebenarnya INDAH tapi apabila jatuh kepada tangan2 yg tidak sepatutnya menjadikan cinta itu kotor. Sedih ak apabila melihat pasangan2 menyatakan cinta sedangkan hubungan mereka masih lagi belum pasti. Ramai sanggup korbankan Keberkatan Perkahwinan itu utk keseronokan masa sekarang....allah..allah

Islam itu adalah cara hidup maka dalam islam telah pun tergaris bagaimana utk bercinta dalam islam.

Wahai wanita,
Lihatlah seorg lelaki itu sanggup tinggalkan cara bercinta dalam islam, maka mana mungkin dia akan membawa kamu ke syurga
Lihatlah seorg lelaki itu sanggup tinggalkan cinta allah, maka mana mungkin dia akan setia dgn cinta kamu

Wahai lelaki,
Lihatlah seorg wanita itu sanggup berikan cintanya pada mu sedangkan dia belum halal utkmu, maka mana mungkin dia tidak akn berikan cinta itu kpd org lain juga
Lihatlah seorg wanita itu sanggup tinggalkan cara hidup islammaka sanggupkah kamu menanggung segala dosanya....

CINTA ITU ADALAH KEPERCAYAAN DAN KESABARAN

Cinta bukan hanya utk perkahwinan tapi utk KEBANGKITAN UMAT ISLAM

Ahad, 11 Mei 2014

DIMANAKAH KITA KETIKA IANYA GUGUR??

Dimanakan pemuda dan pemudi islam sekarag ini? 
Dimanakah sebuah keluarga islam sekarang ini??
Dimanakah sekarang ini masyarakat islam???
Dimanakah negara islam sekarang ini???
Dimanakah pemimpin islam sekarang ini???
DIMANAKAH SEKARANG INI UMAT ISLAM???

Wajah-wajah kecil menanggis meminta pertolongan meranapkan jiwa dan ragaku. Tubuh mereka disiat begitu kejam jiwa mereka dihancurkan dengan peperangan. Allahuakhbar, mengapa mereka??? aku tidak sanggup untuk teruskan membaca berita-berita tentang saudara seagama ku di negara-negara yang sedang bergolak. Aku mahu memeluk mereka dan mengesat airmata mereka namun apa kan daya aku berada jauh dengan mu. Apa yang hanya aku mampu panjatkan doa untuk mereka. 

Wahai adik beradikku disana, 
bersabarlah
yakinlah allah bersamamu
wahai adik beradikku disana,
teguhkan semangatmu
kerana jihad berada dihadapanmu,
wahai adik beradikku disana,
teruskan perjuanganmu
kerna abang akan sampai kesana 
TIDAK LAMA LAGI
IN SYA ALLAH

Itulah matlamat ku sekarang. Mungkin ada segelintir menghancurkan aku dgn kata-kata aku hanya mahukan kekayaan, aku hanya menggunakan agama utk dapatkan dunia. Tidak mengapa sedikit pun aku tidak menyimpan dendam kerana aku tahu mereka belum mengerti apa yang aku ketahui sekarang ini.

Aku hanya melangkah lebih dari masyarakat biasa hanya kerana aku tidak sabar, aku tidak mampu melihat kezaliman lagi. Mungkin aku tidak mampu utk mengangkat senjata lagi seperti ALQASSAM tapi aku ingin terpilih dalam orang-orang yang membantu perjuangan islam bukan menghancurkan islam. 

Airmata saudaraku disana keluar membuatkan aku semakin panas. Ingin aku kata kepada Penjajah berapa yang engkau mahu, berapa million skali pun aku akn bayar asalkan engkau jgn menjadi penyebab airmata mereka gugur dibumi ini. Aku tidak sanggup utk menjawab DIMANAKAH AKU KETIKA GUGURNYA AIR MATA ITU dihadapan mahkamah allah nanti

Wahai sahabatku, jangan hanya simpati pada suadrpara kita disana dgn hanya share gambar2 di laman sosial tp tunjukkan juga dlm tindakan kita. 


Rabu, 26 Mac 2014

HANYA KERANA RINDU

Jauh pandanganku melihat air yang tenang sedang mengalir ke tempat rendah. Kelihatan itik-itik keputihan sedang leka diatas air mungkin sedang mandi atau pun mencari sedikit rezeki yang telah ditetapkan oleh pencipta. Langit petang terbetang luas dengan kepulan awan yang indah, pancaran matahari memancar tenang besertakan dengan tiupan angin yg mendayu-dayu seaakn membawa zikir-zikir pada illahi. Wajahku kelihatan tenang menghayati keindahan alam yang dikurniakan tapi sebaliknya hati sedang terluka kesedihan.

Hari berbilang hari, hatiku semakin takut dan gementar untuk menerjah ke hari esok. Hatiku seakan gundah gulana tatkala mata tercelik pada pagi hari membayangkan apa lagi yang akan aku hadapi sebentar lagi. “Ya Allah, teguhkan hatiku ini dan berikanlah apa yang terbaik untuk ku“. Sahabatku ada memberi nasihat bahawa setiap masalah itu datang dari allah maka jangan berduka dengan nya. TApi hati ini, meronta-ronta meberitahu bahwa bukan itu yang aku risaukan bukan itu penyebab aku menjadi gundah gulana kerana bagiku setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Kebelakangan ini aku cuba dan cuba selesaikan masalah yang aku hadapi dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar namun selepas penyelesaian hatiku masih lagi rungsing dan tercari apa sebenarnya semua ini.  Maka dengan itu aku mengambil keputusan untuk pergi jauh membawa diri kedunia asing untuk aku mencari apa yang aku cari selama ini, hatiku terasa teramat kosong, walaupun aku solat , membaca alquran namun masih ada sesuatu yang menjadikan hati ini rindu sehinggakan sakit membawa kedalam mimpi.

Sekian lama aku berada di dunia asing, wajahku terselah senyum ketawa bersama rakan-rakan yang lain namun hatiku masih lagi menanggis kesedihan di malam hari. Tanggisan ini tidak berair mata kerana aku masih belum mengetahui kemanakan kerinduan hatiku yang sebenar. Mataku sedikit berkaca, apabila mengingatkan aku disaat aku berada disana namun aku masih lagi terkapai-kapai mencari kerinduan dihati ini. Aku menadah tanganku sambil menghadap tasik dan alam ini dan berdoa “ Ya allah, hanya engkau yang tahu apa yang aku alami ini, hatiku sakit kerinduan namun aku tidak arif tentang. Ya allah, tolonglah aku, jangan tinggalkan aku dalam keadaan ini, peluklah hatiku ini yang sedang sakit kerinduan.”

Bersaksikan alam ini, aku menanggis tanpa aku ketemui jalan penyelesaian ini, rinduku semakin membuak-buak sehinggakan hidupku kini seperti robot bukan seperti aku yang dulu. Cengkerik menghiasi malam yang gelap, namun hatiku masih sunyi dan sepi tanpa suatu jawapan.  “ Ya, Andai diri ini rindu pada Mu, kau peluklah hatiku erat-eratnya, jangan sesekali engkau lepaskan hatiku ini. Andai diri ini rindu pada ibu dan ayahku, engkau sampaikanlah rindu ini sehingga sampai ke hati ibu dan ayahku dan engkau peluklah hati ibu dan ayahku moga mereka merindui hati anaknya ini.Dan andai aku merindui seorang wanita , engkau jagalah hatiku dari hasut dan ajakan syaitan dari lembah maksiat supaya aku sentiasa berada dalam rahmat kerinduan Mu , Ya Allah”.

Malam kian tiba pertengahannya, aku mula persiapkan diri untuk bertemu illahi. Siapa tahu tentang ajal melainkan allah. Walaupun aku gementar untuk menemui hari esok namun aku masih lagi mengharapkannya supaya suatu hari nanti aku menemui apa yang aku cari dan rindui selama ini. Rindu itu sakit sebentar namun nikmat yang berpanjangan selepas nya. Maka rinduku ini aku berikan kepada semua nya terutama rinduku untuk ALLAH, rinduku untuk IBU dan AYAH, rinduku untuk SAHABATKU dan rinduku untuk SEMUANYA. Moga dengan rindu akan jadi pengikat dari kesedihan hati .

THANKS

THANKS