JOM JOIN

Ahad, 11 Mei 2014

DIMANAKAH KITA KETIKA IANYA GUGUR??

Dimanakan pemuda dan pemudi islam sekarag ini? 
Dimanakah sebuah keluarga islam sekarang ini??
Dimanakah sekarang ini masyarakat islam???
Dimanakah negara islam sekarang ini???
Dimanakah pemimpin islam sekarang ini???
DIMANAKAH SEKARANG INI UMAT ISLAM???

Wajah-wajah kecil menanggis meminta pertolongan meranapkan jiwa dan ragaku. Tubuh mereka disiat begitu kejam jiwa mereka dihancurkan dengan peperangan. Allahuakhbar, mengapa mereka??? aku tidak sanggup untuk teruskan membaca berita-berita tentang saudara seagama ku di negara-negara yang sedang bergolak. Aku mahu memeluk mereka dan mengesat airmata mereka namun apa kan daya aku berada jauh dengan mu. Apa yang hanya aku mampu panjatkan doa untuk mereka. 

Wahai adik beradikku disana, 
bersabarlah
yakinlah allah bersamamu
wahai adik beradikku disana,
teguhkan semangatmu
kerana jihad berada dihadapanmu,
wahai adik beradikku disana,
teruskan perjuanganmu
kerna abang akan sampai kesana 
TIDAK LAMA LAGI
IN SYA ALLAH

Itulah matlamat ku sekarang. Mungkin ada segelintir menghancurkan aku dgn kata-kata aku hanya mahukan kekayaan, aku hanya menggunakan agama utk dapatkan dunia. Tidak mengapa sedikit pun aku tidak menyimpan dendam kerana aku tahu mereka belum mengerti apa yang aku ketahui sekarang ini.

Aku hanya melangkah lebih dari masyarakat biasa hanya kerana aku tidak sabar, aku tidak mampu melihat kezaliman lagi. Mungkin aku tidak mampu utk mengangkat senjata lagi seperti ALQASSAM tapi aku ingin terpilih dalam orang-orang yang membantu perjuangan islam bukan menghancurkan islam. 

Airmata saudaraku disana keluar membuatkan aku semakin panas. Ingin aku kata kepada Penjajah berapa yang engkau mahu, berapa million skali pun aku akn bayar asalkan engkau jgn menjadi penyebab airmata mereka gugur dibumi ini. Aku tidak sanggup utk menjawab DIMANAKAH AKU KETIKA GUGURNYA AIR MATA ITU dihadapan mahkamah allah nanti

Wahai sahabatku, jangan hanya simpati pada suadrpara kita disana dgn hanya share gambar2 di laman sosial tp tunjukkan juga dlm tindakan kita. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS