JOM JOIN

Isnin, 25 Mac 2013

HANYA KERANA KENIKMATAN DUNIA

Pedang yang selalu dihunus sebagai kemegahanku dilempar ke tepi, perisai yang selama ini melitupi badanku dibuang begitu saja dan pengingkat kepala sebagai lambang pejuang agama allah direntap ke bawah hanyalah kerana mencari nikmatnya kehidupan, hanya kerana mahukan kebebasan, hanya kerana rebah dipangkuan nafsuku.

"nasi sudah menjadi bubur" bermain main difikiranku. allahurabi andaikata kau izinkan masa berulang kembali, sudah pasti aku akan perbetulkan semuanya, dan aku tidak akan silap membuat keputusan. "ya, allah  maafku, ampunkan aku atas kesilapan yang laluku, aku tahu sahabt-sahabtku yang dahulunya bersama berada dibarisan hadapan untuk berjuang bersama tapi kini sudah jauh meninggalkan aku dibelakang, aku tidak salah mereka, ya ALLAH kerana aku tahu itu semua adalah kesilapanku sendiri".

"Sahabt tunggu, tunggu aku, jagn tinggalkan aku berseorangan". sedihnya hati, pabila teringatkan satu memori yang aku rasa mahu dipadamkan dari ingatanku namun ia hanya sia-sia. Oleh kerana terlalu mengikuti kata-kata hati, aku terlupa yang apabila hati kita hitam maka kita akan terdorong untuk melakukan kemaksiatan. Astargfirullah, video tentang seorang daie yang kecundang telah menambahkan lagi kelukaan yang dialamiku.

Aku mahu kembali jalan yang lurus semula tetapi malunya aku terhadap allah dengan apa yang telah aku lakukan. Adakah aku dapat berjuang kembali dibarisan hadapan ataupun aku hanya menjadi pejuang dibarisan belakang???"maafkan aku, malunya aku kepada mu Ya ALLAH". Semua ini adalah satu pengajaran bagiku agar tidak terlalu mengikutkan kata hati yang kecil ini. Tangisan besertakan air mata penyesalan telah membasahi pipiku yang mungkin tiada gunanya lagi.

A104






"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."

Jika dahulunya ayat ini sentiasa diulang-ulang dan diingatkan oleh naqib usrahku tapi sekarang tidak lagi. Sekarang aku berada diluar, ditempat asing dimana belum pernah aku jejaki, malahan aku ditinggalkan berjauhan dari sahabat seperjuanganku sehinggakan aku gugur buat seketika dikaki maksiat. Allahurabi,setiap detik, setiap minit, setiap jam aku menanti saat dimana aku dapat membetulkan segala-galanya namun ianya tiada ketemui. 

Mungkin aku adalah salah seorang daei yang telah kecundang, yang telah rebah dengan hasutan syaitan, tapi malam ini aku berdoa kepada " Ya Allah, aku tahu aku sudah gagal memperjuangkan agamamu, aku telah memotong tali hubunganMU dengan ku lalu aku telah terjatuh didalam perangkap syaitan, MAAFKAN AKU, hulurkanlah talimu kembali kepadaku kerana aku mahu menebus atas kesilapanku ini"


Setelah menunaikan solat asar, aku terus bangun dan menyendiri di satu sudut diruang masjid. Aku memegang erat alquran sambil menanggis, sesungguhnya alquran ini suci dan murni tapi aku telah mengotorinya, jika dahulunya aku berhujah denganmu tapi sekarang aku membohonginya. Tiba-tiba kedengaran bacaan hadis oleh iman asar sebagai tazkirah asar.



Diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudriy r.a:
Pada zaman Rasulullah s.a.w orang munafik selalu tidak menyertai peperangan, malah mereka bergembira dengan sikap mereka tidak bersama Rasulullah s.a.w. Apabila Nabi s.a.w kembali, mereka mengemukakan berbagai alasan kepada baginda sambil bersumpah dan mengharapkan pujian terhadap apa yang mereka tidak lakukan. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat : Jangan sekali-kali engkau menyangka wahai Muhammad bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang telah mereka lakukan itu dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, maka jangan kamu sangka mereka akan terselamat dari seksa [Hadith Sahih Riwayat Muslim]


 astarghfirullah walaupun sudah beberapa minit tazkirah itu tamat tapi bacaan hadis itu masih berdesing-desing dikepalaku. Aku membaca beberapa potong ayat alquran tapi bacaan hadis itu masih dalam fikiranku, aku memandang wajah-wajah jemaah-jemaah lain, masih lagi aku merasakan mereka membaca hadis tersebut kepadaku. Tidak,tidak!!! aku tak gila.....Malam mula menjelma, fikiranku masih lagi dihantui dengan hadis itu. Badanku tiba-tiba terasa lemah dan tidak bermaya, makan dan minum sedikit pun tidah aku dekati seakan-akan aku telah hilang selera makan.

Hujan renyai-renyai membasahi bumi, kesejukan membaluti kenikmatan malam, namun aku masih tidak dapat melelapkan mata." Orang biasa akan diuji dengan perempuan dan harta tapi untuk orang berilmu akan diuji dengan ilmunya itu" itulah kata-kata ustaz yang mengajar aku hadis. Sekarang baru aku tahu kenapa aku perlu berhati-hati dalam mengunakan ilmu yang dimiliki. Orang munafik adalah manusia yang tahu akan kebenaran tapi dia menyembunyikan kebenaran tersebut lari dari perjuangan kebenaran.


Aku bukan seorang munafik kerana aku adalah pejuang agama allah, walau apapun telah berlaku sebelum ini, tidak akan kulupai dan akan ku jadikan pedoman agar aku tidak kecundang lagi. Pedang yang baru diasah kembali, perisai yang tebal ku miliki untuk aku tempis segala hasutan syaitan, pengikat kepala yang bertulis kalimah syahadah aku ketatkan ikatanya supaya tidak longar lagi dan sekarang aku bersedia untuk kembali berada dibarisan hadapan kembali bagi meneruskan PERJUANGAN RASULLULLAH...

Sabtu, 9 Mac 2013

JIWA ANAK JATI KELANTAN

Assalamualaikum buat sahabat semua, terima kasih kerna masih setia membaca blog aku yang dhaif ini. Hari ini terasa berat hati untuk menulis satu perkongsian untuk sahabat semua kerna ianya bukan sesuatu yang aku tidak suka ungkit-mengungkit atau memanaskannya tapi aku tetap berkeras kerna aku perlu lakukannya demi sesuatu yang aku cintai.

Slogan "tukar kelantan" sedang panas di laman-laman sosial, blog-blog dan banyak lagi. Allahurabi, lidahku kelu, fikiranku tersentak bagaikan panahan halilintar apabila membaca slogan ini. Tidak salah untuk seseorang itu memberi pandangan mereka tapi fikirlah dahulu sebelum laungkannya, berhenti sejenak dan fikir adakah itu betul atau salah. Aku ini bukan ustaz dan aku ini bukannya ulama, tapi aku ini ISLAM.

Sedih rasa hati yang kecil ini apabila ada golongan yang inginkan semua ini, kerna bagiku, aku dilahirkan, aku dibesarkan, aku dijaga dan aku disangjung semasa pemerintahan kerajaan kelantan ini . Tiada apa-apa pun yang aku rasai kekurangan malahan aku merasakan, betapa beruntungnya aku ditakdirkan untuk menjadi ANAK JATI KELANTAN. Pernah juga, aku ditujukan satu soalan "kenapa kau fanatik sangat dengan kelantan"

Aku fanatik dengan kelantan bukan kerna aku dilahirkan disana, bukan kerana orang kelantan dikenali dengan orang yang ganas tapi kali ini ingin aku pecahkan rahsia yang sudah lama terpendam dalam hati ini. Aku sayangkan Kelantan adalah kerana suasana yang dimiliki dikelantan tidak sama dengan mana-mana negeri. Adakah sahabat semua ingin tahu kenapa???tidakah sahabt semua tertanya???

Semua ini adalah kerana Islam...sekali lagi aku ulang semua ini adalah kerana I...S..L..A..M. Walaupun aku ini jenis yang sukakan merantau jauh ke negeri orang tapi hati ini sentiasa ingatkan kelantan, ssetiap masa inginkan berada didalam suasana yang paling menyenangkan dan indah ini, dengan setiap pagi kedengaran alunan baca alquran yang mengegarkan suasana tanpa ada ganguan dari mana-mana bunyi lain.

Masyallah, tenangnya hatiku ini. Teringat jua apabila berada diperantauan tatkala tiba hari jumaat adalah hari yang amat meletihkan kerana terpaksa menghadiri kelas sebelum dan selepas solat jumaat tapi tidak di Kelantan, tatkala tibanya penghulu hari maka kelihatan bebondong-bondong masyarakat beristirehat di kota sambil mendengar peringatan atau ceramah yang disampaikan setiap pagi. Tenangnya kelantan kerana apabila hati gundah gulana, maka aku terus menyendiri di Masjid Muhammadi kerana disana kelihatan ramai masyarakat sedang khusyuk beribadat kepada ALLAh. 

Apabila tibanya bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mengembirakan kerana kelantan sanggup berbelanja besar menghabiskan wang ringgit hanya untuk mengadakan satu tempat untuk mengumpulkan seluruh rakyat sambil solat terawih yang diimani oleh sheikh yang dipanggil dari timur tengah dan malam-malam di meriahkan dengan bacaan alquran 30 juzu setiap malam oleh para huffaz yang dilahirkan oleh kerajaan kelantan.

Tak sanggup aku kehilangan semua ini hanya kerana untuk kepentingan politik, hanya kerana ketamakan kuasa, hanya kerana mahukan pengaruh sehinggakan mengadaikan agama sendiri. Siapalah aku untuk bersuara kerana aku ini hanya insan yang lemah tapi aku tidak akan berdiam diri jika ada orang yang mahu memporak perandakan negeri KELAHIRANKU.

Wahai sahabat, adakah hanya kerana kelantan tidak maju seperti Kuala Lumpur maka ia jadi satu sebab untuk tukar. TIDAK...TIDAK... untuk apa kita rakyat malaysia maju kehadapan tapi kita hilang agama kita, kita hilang jati diri kita, kita hilang harta warisan kita hanya kerna tamakan kemajuan. Niat aku bukan mahu mengutuk mana pihak tapi aku hanya mahukan disamping aku maju kehadapan, aku tidak bertukar menjadi orang korea, aku tidak berubah rupa menjadi orang eropah tapi apa yang aku inginkan adalah aku maju kehadapan bersama-sama dengan AGAMA dan BANGSA ku.

Biarlah kita buta mata tapi janganlah kita buta hati, wahai sahabat. Oleh kerana, mahukan kebebasan dan mahukan kemajuan kita menolak agama kita. Untuk apakah tulisan islam termaktub didlam kad pengenalan tapi kita menolak ajaran yang dibawa oleh islam. Jom sama-sama kita beristghfar, moga-moga andaikata pintu hati kita tertutup maka allah membukanya seluas-luasnya tanpa ada penghalang baginya.

Bagaimana untuk mengetahui kebenaran, bersendirilah wahai sahabat, jauhi semua tarikan dunia hanya untuk sementara dan kemudian menanggislah tanpa ada ego walaupun sedikit sambil berdoa :

Ya allah,
hari ini sebagai saksi,
malam ini sebagai saksi,
air mata ini sebagai bukti,
aku merayu kepadaMU,
tunjukanlah aku kebenaran,
bukakanlah pintu hatiku untuk,
menerima kebenaran itu,
moga-moga aku tidak,
dihumban kedalam neraka MU.

Allahurabi, apabila menyebut islam sudah semestinya ada segelintir yang mengataka post ini adalah hasutan politik PAS semata-mata. Maka disini aku mahu mengukuhkan statement bahawa post ini tiada hasutan mana-mana parti politik hanya kerana post yang terhasil apabila hati yang kecil ini tiba-tiba mahukan kebenaran. AKU BUKAN PAS TAPI AKU ISLAM

***AKU BUKAN PAS TAPI AKU ISLAM***


Isnin, 4 Mac 2013

LAYAKKAH AKU UNTUK SYURGAMU???





A034

"Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan."

tatkala tiba masanya tiada seorg pun dapat melambatkan atau mempercepatkanya tidak kira walaupun sedalam mana kita sembunyi, setinggi mana darjat kita pun, malaikat maut tiada mengenalnya dan tiada keraguan dlam dirinya untuk mencabut nyawa seorang insan itu. 

Dengan hati yang gusar dan fikiran yang bercelaru aku terus meninggalkan kesemuanya kerna aku tahu dan yakin "dari allah dia datang maka hanya allah saja yang tahu penyelesaian". Apabila kaki  menjejaki lantai masjid, kesejukan lantai meresap dalamnya membuatkan kakiku sedikit menjengket. Aku berhenti sebentar, sambil terfikir "hari ini aku dapat menjejakan kakiku di atas masjid ini tapi adakah esok aku mampu menjejaknya kembali" Kepala paip dibuka sedikit demi sedikit sehingga aku merasakan "hari ini aku mampu merasai kedinginan air wuduk yang mengalir ditubuhku tapi hari esok adakah aku mampu merasainya lagi"

"Allahurabi, andaikata hari ini hari terakhirku untuk merasai nikmatmu, aku terima seadanya kerna kau adalah Penciptaku."Ya allah, ampunkanlah aku kerana aku lalai dengan fitnah-fitnah dunia ini. Ketika aku dilahirkan kedunia ini aku bersih bagaikan kain putih tapi selama aku menghayati kehidupan ini aku sudah berlumuran dengan maksiat, seluruh tubuhku dipenuhi dengan dosa-dosa samada kecil dan juga besar". 

Titisan air mata mengalir dipipiku tapi adakah itu dapat menebus segala dosa-dosaku ini. Terlalu banyak, terlalu besar dosa yang telah aku lakukan ini sehinggakan airmata ini tiada mencukupi. Allah ini maha mengetahui dan maha melihat, setiap perbuatan yang aku lakukan adalah dalam pengetahuannya. Aku tahu akan kekuasaan allah ini, tapi "kenapa aku masih tidak takut mahupun malu pada mu, Ya Allah" "adakah kau sudah menutup pintu hatiku ya Allah? Ya allah, bukakanlah hatiku kembali, berikanlah hidayah dan taufik mu kepadaku kembali, lembutkanlah hatiku ini ya Allah."

Tanpa hidayah dan taufik allah, aku bagaikan layang-layang yang putus talinya dan menunggu masa untuk jatuh ke tanah menandakan tamatnya riwayatku."Ya Allah aku tidak mahu seperti layang-layang tersebut, aku sanggup korbankan apa sahaja, harta benda, kekuatan, dan semuanya yang aku ada semata untuk hidayah dan taufik mu, Ya Allah".

Kalimah yang satu disebut berkali-kali dibibirku, kerna aku cukup takut dan risau "adakah aku mampu untuk menunturnya disaat sakaratulmaut???adakah orang yang mahu mengajarku disaat tibanya ajalku???adakah aku mampu menutur kalimah ini sebelum aku memasuki pintu syurga Mu". Aku tahu lidah ini kotor dan busuk kerna penuh dengan maksiat, tapi aku mahu membersihinya. Cukup sudah apa yang berlaku sbelum ini apa yang telah aku tuturkan sebelum ini, aku memohon ampun kerna mungkin esok, mungkin sekejap lagi ataupun mungkin sesat nnti malaikat maut muncul didepanku, aku memohon ampun atas segala-galanya.

"Dalam kehidupan kita ini bagaikan sebuah lari yang membawa muatan kemudian berlanggar, jika lori itu membawa najis maka yang terkeluar adalah kekotoran tapi jika lori itu membawa susu maka yang terkeluar adalah susu" kata-kata ini bermain-main dikepala ku ketika aku merebahkan diri atas karpet masjid untuk berehat sekejap. Allahurabi, kata-kata ini dilontarkan kepada ku oleh seorang hamba allah yang aku tidak berapa mengenalinya tapi tiba-tiba muncul didepan bilikku untuk memberi sedikit peringatan kepadaku. Masyallah, sedang aku keresahan ketika itu, maka allah memberikan ketenangannya melalui hamba allah itu...moga-moga beliau dimurahkan rezeki dan dirahmati di dunia dan diakhirat Insyaallah.


A040

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan."

"ampunilah aku, aku tahu manusia seperti aku ini tidak pernah lari sikap ini, maka lindungilah aku dan juga jauhilah aku dari sifat yang keji ini kerna aku tidak sanggup untuk berada dineraka mu, Ya Allah". Sudah hampir setengah jam, aku berbaring tapi masih lagi tidak dapat melelapkan mataku walaupun sekejap. Hati ini teringatkan " andaikata aku mati pada malam ini, dimanakah aku akan ditempatkan adakah bersama dengan rasulullah ataupun........." Apabila berjauhan dengan keluarga, aku gembira, apabila bersendirian dari sahabat-sahabatku, aku tenang tapi apabila aku kelupaan dengan Allah, hidup ini bagaikan tiada maknanya lagi.

Mataku sedikit  berkaca apabila mengenangkan kejahatan yang selama ini aku lakukan. Allah, baru 20 tahun aku hidup sudah banyak maksiat yang telah aku lakukan, jadi adakah ianya akan bertambah dan bertambah dan bertambah sehinggalah saat itu tiba ataupun ia akan berkurang, itupun aku pun tidak ketahuan aku hanya berserah sahaja moga-moga taubatku ini adalah taubat nasuha iaitu taubat yang diterima Allah, insyaallah.

Sebelum aku melelapkan mata, teringat aku sepotong ayat alquran :

A008

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

THANKS

THANKS