JOM JOIN

Rabu, 26 Mac 2014

HANYA KERANA RINDU

Jauh pandanganku melihat air yang tenang sedang mengalir ke tempat rendah. Kelihatan itik-itik keputihan sedang leka diatas air mungkin sedang mandi atau pun mencari sedikit rezeki yang telah ditetapkan oleh pencipta. Langit petang terbetang luas dengan kepulan awan yang indah, pancaran matahari memancar tenang besertakan dengan tiupan angin yg mendayu-dayu seaakn membawa zikir-zikir pada illahi. Wajahku kelihatan tenang menghayati keindahan alam yang dikurniakan tapi sebaliknya hati sedang terluka kesedihan.

Hari berbilang hari, hatiku semakin takut dan gementar untuk menerjah ke hari esok. Hatiku seakan gundah gulana tatkala mata tercelik pada pagi hari membayangkan apa lagi yang akan aku hadapi sebentar lagi. “Ya Allah, teguhkan hatiku ini dan berikanlah apa yang terbaik untuk ku“. Sahabatku ada memberi nasihat bahawa setiap masalah itu datang dari allah maka jangan berduka dengan nya. TApi hati ini, meronta-ronta meberitahu bahwa bukan itu yang aku risaukan bukan itu penyebab aku menjadi gundah gulana kerana bagiku setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Kebelakangan ini aku cuba dan cuba selesaikan masalah yang aku hadapi dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar namun selepas penyelesaian hatiku masih lagi rungsing dan tercari apa sebenarnya semua ini.  Maka dengan itu aku mengambil keputusan untuk pergi jauh membawa diri kedunia asing untuk aku mencari apa yang aku cari selama ini, hatiku terasa teramat kosong, walaupun aku solat , membaca alquran namun masih ada sesuatu yang menjadikan hati ini rindu sehinggakan sakit membawa kedalam mimpi.

Sekian lama aku berada di dunia asing, wajahku terselah senyum ketawa bersama rakan-rakan yang lain namun hatiku masih lagi menanggis kesedihan di malam hari. Tanggisan ini tidak berair mata kerana aku masih belum mengetahui kemanakan kerinduan hatiku yang sebenar. Mataku sedikit berkaca, apabila mengingatkan aku disaat aku berada disana namun aku masih lagi terkapai-kapai mencari kerinduan dihati ini. Aku menadah tanganku sambil menghadap tasik dan alam ini dan berdoa “ Ya allah, hanya engkau yang tahu apa yang aku alami ini, hatiku sakit kerinduan namun aku tidak arif tentang. Ya allah, tolonglah aku, jangan tinggalkan aku dalam keadaan ini, peluklah hatiku ini yang sedang sakit kerinduan.”

Bersaksikan alam ini, aku menanggis tanpa aku ketemui jalan penyelesaian ini, rinduku semakin membuak-buak sehinggakan hidupku kini seperti robot bukan seperti aku yang dulu. Cengkerik menghiasi malam yang gelap, namun hatiku masih sunyi dan sepi tanpa suatu jawapan.  “ Ya, Andai diri ini rindu pada Mu, kau peluklah hatiku erat-eratnya, jangan sesekali engkau lepaskan hatiku ini. Andai diri ini rindu pada ibu dan ayahku, engkau sampaikanlah rindu ini sehingga sampai ke hati ibu dan ayahku dan engkau peluklah hati ibu dan ayahku moga mereka merindui hati anaknya ini.Dan andai aku merindui seorang wanita , engkau jagalah hatiku dari hasut dan ajakan syaitan dari lembah maksiat supaya aku sentiasa berada dalam rahmat kerinduan Mu , Ya Allah”.

Malam kian tiba pertengahannya, aku mula persiapkan diri untuk bertemu illahi. Siapa tahu tentang ajal melainkan allah. Walaupun aku gementar untuk menemui hari esok namun aku masih lagi mengharapkannya supaya suatu hari nanti aku menemui apa yang aku cari dan rindui selama ini. Rindu itu sakit sebentar namun nikmat yang berpanjangan selepas nya. Maka rinduku ini aku berikan kepada semua nya terutama rinduku untuk ALLAH, rinduku untuk IBU dan AYAH, rinduku untuk SAHABATKU dan rinduku untuk SEMUANYA. Moga dengan rindu akan jadi pengikat dari kesedihan hati .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS