JOM JOIN

Sabtu, 22 Mac 2014

BICARA HATI

Hati siapalah yang tahu melainkan Allah dan diri ini. Sakitnya hati ini bukannya dapat diluahkan dalam bentuk kata-kata semudah bicara petang. Selama ini aku disibukan dengan pelbagai perkara, tentang pelajaran, tentang hobi dan yang paling penting adalah tentang UMMAH sehinggakan diri ini tiada siapa yang tahu tentang adakah hati ini gembira dengan segalanya. Senyuman pasti terukir dibibirku walaupun hati ini dalam keadaan sakit.

Sudah beberapa hari, aku pergi membawa diri jauh dari segalanya bukan untuk melarikan diri tapi adalah untuk mencari sedikit ketenangan dan juga mencari kekuatan untuk aku sentiasa berdiri walaupun berada dalam kesakitan. Melihat sesuatu yang baru , memerhati budaya asing membuatkan mula memikirkan tentang sesuatu yang selama ini aku tidak mengambil kisah tentangnya. Aku sentiasa cuba untuk larikan diri dari perkara ini ataupun persoalan ini namum sampai bila aku mahu melakukannya kerana ianya adalah ketentuan illahi sama seperti AJAL kematian.

Pengertian cinta bagiku bukan mudah seperti mana remaja-remaja yang lain. Entah kenapa sukar bagiku untuk medefinisikan cinta dalam kehidupan ini walaupun pelbagai buku-buku ataupun ustaz menjadi rujukanku. Sehingga sekarang aku masih belum menemui apa makna cinta itu sebenar. Mungkin cinta itu sayang ataupun kasih keduanya aku tidak mengetahuinya. Walaupun aku tidak mengetahunya namun aku percayakan cinta allah kerana allah menentukan segalanya dengan cinta dan kasih sayang pada ku.

Mungkin ianya sudah wujud dihatiku tapi belum tiba masanya untuk aku mengenali dan mengerti cinta namun aku percaya bahawa ianya sudah tertulis kepadaku. Apa yang diperlukan adalah kesabaran hati walaupun ianya sakit bagiku. Diri ini kadang-kadang tidak layak untuk menerima pengertian cinta kerana aku ini adalah tidak sempurna malahan kadang-kadang terlalu teruk untuk itu.

Sudah menjadi lumrah kehidupan, apabila berbicara tentang cinta pasti membayangi keindahan dan kesempurnaan seperti yang diwawarkan atau dialunkan dalam cerita dan lagu-lagu cinta. Itulah membuatkan hatiku sentiasa gelisah merasakan diri ini terlalu jijik dan kotor untuk memiliki pengertian cinta itu. Apabila berfikir tentang ini satu ayat alquran yang tidak akan dilupakan adalah " perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat ". Apa yang sudah 1400 tahun dahulu digariskan tentang cinta maka dimanakah aku sekarang ini adakah baik atau buruk.

Bukan mudah untuk untuk luahkan sesuatu yang belum pernah aku alami dan belum pernah aku ketahui apakah itu yng sebenarnya. Bersabarlah hati, teguhlah wahai hati kerana akan tiba saat dan masanya kamu akan ketahui dan perolihinya dengan izin PENCIPTA. Senyumlah dan bergembiralah walaupun ianya sakit kerana allah sentiasa dengan dekat denganku, allah sentiasa mendengar rintihan hatiku yang lemah ini setiap masa dan dimana sahaja tanpa ada sedikit hijab pun. 

1 ulasan:

THANKS

THANKS