JOM JOIN

Selasa, 7 Ogos 2012

KENAPA SEMUA INI BERLAKU??

 Aku baru menyaksikan beberapa video di youtube yang memaparkan kekejaman bukan perempuan dan juga bukan lelaki tetapi remaja zaman sekarang. Video itu banyak memaparkan bayi yang dibunuh , dibuang,dan dilempar bagaikan sampah. Pilu rasa hati aku melihat bayi yang dizalimi.

Aku hairan dan pelik kenapa manusia tergamak berbuat demikian. Dimanakah budi bahasa orang melayu yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita. Baiklah, untuk pengetahuan semua aku sedih kepada bayi itu kerana dia tidak memperolehi semua nikmat-nikmat yang aku dapat semasa aku bergelar bayi.

Wahai remaja 
bukalah mata hati kamu,
tidakkah kamu kesian dengan bayi itu, 
yang masih belum sempat membukanya,
belum sempat mengenali ibunya,
belum sempat ketwa keriangan,
belum sempat bertatih,
dan belum sempat,
Mengenal erti dunia.

Mengikut pandangan aku masalah ini timbul adalah disebabkan remaja itu sendiri yang terlalu ikutkan perasaan remaja. Kita sudah sedia maklum, di mana pada zaman remaja adalah zaman kita mencuba sesuatu tetapi ingat kita mempunyai agama yang menjaga batas-batas kebebasan kita.Tahu tak yang masalah pembuangan bayi ini meningkat kerana peningkatan yang telah berlaku terhadap gejala couple dan kes-kes rogol kian berluasa.

Baiklah, kenapa aku katakan yang gejala couple penyebab masalah pembuangan bayi kerana couple adalah bab-bab permulaan sesuatu penzinaan. Untuk bab ini ak tidak mahu berlebar panjang mana  sebab aku sudah pun memberi hujah aku di post yang sebelum ini. Kita kupas sedikit firman allah yang bermaksud 
'' Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). surah isra' ayat 32"
Mungkin ada yang akan memberi kenyataan " walaupun kami couple tapi kami tahu jaga maruah kami "...bro n sis that is realy stupid answer... seperti kita tahu apabila negatif bertemu dengan positif dia akan tertarik antara satu sama lain... so samalah dengan lelaki dan perempuan...ok

Untuk penyebab yang kedua adalah kes-kes rogol kian meningkat. Apabila bercakap tentang ini sudah pasti tangan dituding ke arah lelaki kerana mana ada lelaki kena rogolkan. Memang kali ini lelaki yang salah kerana menganiaya perempuan. Namun puncanya adalah bukan disebabkan lelaki tetapi kesilapan perempuan dalam menutup aurat. Tahu tak kenapa, zaman sekarang ni pakaian perempuan sudah semakin tidak cukup kain terbelah sini ,singkat sana, ketat sini dan lain-lain lah.

Wahai perempuan, di dalam al quran dan hadis ada menyatakan yang perempuan itu bidadari dunia. Apabila sebut bidadari mestilah cantik menawan dan tertarik. So sebab itulah lelaki menjadi tertarik. Dalam alquran juga ada menyatakan yang lelaki hendaklah menjaga pandangan mereka baru kemaluan mereka. That mean pandangan itu sangat bahaya. Mungkin ada perempuan kata jangan tengoklah, hello girls.... kat dunia ni kuantiti perempuan semakin ramai daripada perempuan, so takkan nak berjalan kena tutup mata then for your informatian pandangan mata adalah anak panah syaitan.

Maaflah kalau hujah aku diatas menyebabkan perempuan terasa. Aku hanya memohon kepada korang semua tolonglah kami lelaki yang hendak kembali ke jalan yang benar. Untuk pengetahuan, perempuan yang menutup aurat lebih ramai diminati oleh kaum lelaki dari perempuan yang tak tutup aurat. Aku pernah bertanya kepada golongan-golongan lelaki yang nakal tentang perbezaan antara perempuan muslimah dan perempuan seksi. Pendapat mereka adalah muslimah adalah untuk dijadikan isteri dan perempuan seksi untuk .........(maaf aku tidak boleh nak sambung ini terlalu sensetif)

So wahai perempuan tutuplah aurat kamu dan jangan risau walaupun orang cakap kita kolot or tak ikut fesyen. Ingat fesyen allah adalah yang terbaik dan tercantik di dunia ini. Jangan sesekali kata yang ini belum sampai masa kerana benda ini sudah lama termaktub dalam alquran. Wahai perempuan, untuk yang terakhir aku memohon kasihanilah bapa dan suami anda yang terpaksa memikul dosa yang kamu lakukan. Kami lelaki sudah tidak terdaya menampung dosa kami sendiri inikan pula ditambah dengan dosa anak dan isteri.
Ya allah,
ampunkalah dosa yang telah kami lakukan,
dosa ibubapa, guru dan sahabat kami,
Ya allah,
kuatkan iman kami,
untuk menempuhi fitnah dunia,
Ya allah,
lindungilah kami daripada hasutan syaitan,
yang mampu menyesatkan kami.

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menyelamatkan nyawa seorang insan yang bergelar bayi daripada terus dizalimi tanpa kasihan belas ok.. Ingat allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.. wahai remaja ingatlah anda pemimpin pada masa hadapan so think about.

p/s :aku memohon maaf kalau ada sesiapa yang terasa hati dengan aku. aku memohon maaf kerana apa yang aku perkatakan diatas tidak tepat atau salah , pohon maaf sangat2 dan sila comment kalau salah... maklumlah aku ni hanya mansia yang sering melakukan kesalahan... insyallah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS