JOM JOIN

Khamis, 23 Ogos 2012

PENGAKHIRAN ZAMAN REMAJA

kedengaran takbir bergema sepanjang malam sempena menyambut kedatangan bulan syawal. Jam sudah pun menunjukkan pukul 3 pagi tapi mataku masih lagi tidak mahu dibuai mimpi. Entah kenapa malam ini aku merasakan satu kesedihan melanda diriku tapi aku tidak mengetahui tentang apakah kesedihan yang aku rasakan.

Ya allah,
aku mohon kemaafan atas dosaku,
yang selama ini aku telah lakukan,
Ya allah,
bulan ramadhan telah pun meninggalkan aku,
bulan yang sangat mulia telah pun berlalu pergi,
tetamu yang datang sudah pun pulang,
Ya allah,
janganlah kau tinggalkan aku bersendirian,
sesungguhnya aku tak mampu untk mengurusnya,
aku hanyalah hamba yang meminta simpati dari tuannya.

Aku cuba melelapkan mataku tetapi masih lagi tidak terdaya. Fikiranku asyik memikirkan adakah aku masih lagi dapat berjumpa dengan bulan ramadhan. Mungkin kebanyakan masyarakat mengatakan kita sepatutnya gembira apabila berakhirnya ramadhan kerana kita berjaya berpuasa selama sebulan. Tapi hatiku sudah pun berkata " aku pun sudah mencapai usia remaja dan tidak lama lagi aku akan menjadi dewasa". 

Terasakan cepat sungguh masa ini, aku merasakan baru kelmarin aku merasakan saat zaman kanak-kanak. Aku merasakan baru kelmarin, aku berlari-lari semasa orang tengah solat terawih, bermain bunga api tapi sekarang aku sudah pun remaja. Tak lama lagi aku akan berada dalam zaman dewasa, adakah aku sudah pun bersedia untuk itu???

Bersedia ataupun tidak, masa tidak akan menunggu kita kerana ia sentiasa berlalui dari saat ke saat yang lain. Benarlah pepatah arab " masa itu ibarat mata pedang, jika tidak kita melibasnya dulu ia pasti akan melibas kepada kita". "Zaman dewasa adalah zaman kita menuai hasil tanaman yang kita tanam semasa zaman kanak-kanak dan remaja " itulah kata-kata yang telah dilontarkan oleh seorang guruku. Aku cuba merenung maksud sebenar kata-kata itu, membuatkan hati aku berkata " Adah usaha aku selama ini akan berbuahkan hasil?? adakah pengajian dan pengalaman yang aku pelajari selama ini mampu memberikan satu kejayaan kepadaku semasa zaman dewasa.

Walau bagaimanapun aku tetap berserah kepada illahi kerana aku tahu tiada siapa dapat mengetahui masa depan mereka kecuali Allah. Aku percaya yang allah tidak akan meninggalkan hambanya yang sentiasa ingat padanya. Untuk menempuhi pertukaran zaman ini aku mesti kembali kepada allah agar allah memberikan satu kejayaan. Sejauhmana sekalipun aku telah terpesong dari jalan Nya, aku memesti pulang kepadanya kerana tiada Zat yang dapat menolong kita selain ALLAH. Sejahat mana aku, seberat mana dosa aku pun, ianya bagaikan buih dilautan yang akan pecah bila-bila masa disaat air mata keinsafan mengalir dihatiku.

Ya allah,
aku bersyukur atas usia yang kau berikan ini,
nikmat yang melimpah- ruah ini,
kehidupan yang aman damai,
Tapi,
aku memohon keampuan kerana aku gagal,
memanfaatnya sebaik-baik yang mungkin,
aku gagal melaksanakan amanat,
yang telah kau berikan kepadaku,
Ya allah,
janganlah kau menarik hidayah yang telah,
kau berikan kepadaku selama ini,
kerna aku tidak sanggup merasai kepanasan,
api neraka Mu.

*P/S : wahai sahabat kembalilah kepada tuhanmu sebelum terlambat. Macam mana nak kembali kepanda tuhanmu, just close ur eyes....n beristigfar selami hati kita apa yang telah kita lakukan hari ini...adakah sentiasa menyebut nama allah......JOMLAH KEMBALI KEPADANYA TAK RUGI KALU KITA SENTIASA INGATKAN ALLAH....insyallah kita akan rasakan ketenangan yang luar biasa JUST TRY IT YOU CAN FEEL IT.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS