JOM JOIN

Isnin, 13 Ogos 2012

RAMADHANKU


Kemeriahan hari raya semakin di rasai dengan ketibaan sanak saudara ke kampung. Rombongan membeli-belah berpusu-pusu menuju ke shopping complex. Ada yang membeli baju raya, perkakas masakan hari raya, perabot raya dan lain-lain lagi. Namun begitu kalendar di hansetku dibelek beberapa kali. Entah kenapa tahun ini aku merasakan sesuatu di bulan ramadhan ini.
“huff…”dengusan aku setiap kali membelek kelandar. Aku tertanya kenapa aku seakan tidak merasai nikmat hari raya seperti dahulu lagi. Kali ini hati aku merasakan satu kesedihan apabila ramadhan sudah berada dipenghujung sekarang ini. Aku merasakan baru beberapa hari kita puasa dah nak habis.
Aku merenung jauh didalam bilikku sambil berfikir,
“kenapa aku merasakan kesedihan dalam ramadhan kali ini seakan-akan tidak mahu berhari raya”
“adakah ini penghujungku ya allah”
“adakah aku mampu bertemu dengan ramadhan lagi”
Mataku merasakan hendak menanggis tapi air mataku tidak mengalir. Aku teringatkan disaat aku berada dikolej tahun lepas pada bulan ramdhan. Bagi aku tahun lepas adalah ramadhan yang terbaik dalam memori aku.
Setelah  kelas tamat aku dan ramai lagi kawan aku bergegas ke masjid untuk menyediakan makanan bagi pelajar kolej untuk berbuka. Walaupun badan letih selepas kelas tapi hati gembira dapat bersama dengan sahabatku.
Entah kenapa iba-tiba teringatkan saat-saat indah itu. Satu kenangan yang tidak lupa dimana seorang yang aku kagumi selama ini iaitu ustaz Romli. Disaaat bulan ramadhanlah, dia mengajar aku erti kepimpinan, erti seorang ketua dan yang paling penting erti kekuatan ikatan persahabatan. Walaupun beliau sakit yang teramat sangat namun beliau masih lagi tersenyum kepada aku.
Itulah ramadhan yang banyak mengubah dan mengajar aku kearah keberanian dalam permasyarakatan. Aku merinduimu wahai ramadhan tapi aku tahu putaran jam tidak akan berhenti ataupun mengundur, jadi aku akan teruskan perjuanganku hingga keakhir hayatku.
“ Ya allah, aku memohon kepada mu, semperna dibulan yang mulia ini, kau ampunilah dosaku, ibubapaku, guruku dan sahabatku. Panjangkanlah umur kami moga-moga dapat berjumpa dengan bulan ramadhan lagi….insyallah”
Sebab itulah ramadhan mempunyai kenangan yang indah dengan aku. Aku berharapkan sebelum berakhirnya ramadhan kali ini dan yang akan datang, moga-moga kita dapat mengambil pengajaran darinya…..
Buat semua,
“ aku mengambil kesempatan ini, semperna bulan yang mulia ini aku memohon ribuan kemaafan andaikata aku melakukan kesilapan samada aku sedar atau pun tidak…tolong maafkan aku…dan juga halalkan semua makan minum aku kerana aku tidak tahu bilakah ajalku akan tiba samada seminit lagi, seminggu lagi atupun sebulan lagi…..aku mohon sangat….terima kasih kepada sahabat-sahabatku terutama dari Pusat islam terima kasih kerana banyak memberi aku tunjuk ajar sehingga aku berani untuk berhadapan dengan orang ramai…ia adalah satu kejayaan yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila….dan untuk yang terakhirnya doakan guru-guruku terutama ustaz romli moga-moga dia mendapat kesihatan yang baik….ingatlah wahai sahabat, yang berjuang tidak semesti memakai senjata, malahan dengan jari pun mampu menegakan agama allah, Cuma niat kita yang menentukan samada untuk berjihad atau tidak….Apabila ucapan kalimah syahadah dilafazkan maka wajiblah dia melaksanakan kewajipan sebagai islam. Tiada pengecualian samada sekolah agama atau biasa, banyak dosa atau sikit dn pelbagai lagi….. Ingat jangan sesekali membiarkan orang kafir memandang rendah umat islam...ANDA MAMPU MENGUBAHNYA…”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS