JOM JOIN

Jumaat, 3 Ogos 2012

SAHABAT SEJATI



    Hari ini bukan seperti kebiasan hari yang lain dimana, hari ini adalah permulaan aku bergelar seorang mahasiswa di sebuah universiti. Di dalam kereta ayahku ketika perjalanan hari pendaftaran pelajar baru, kenangan-kenangan indah di zaman bangku persekolahan terselak kembali. Aku teringatkan sahabatku yang dulunya selalu bersama-samaku disaat pahit dan getir tidak kira masa atau tempat. Benakku tertanya “adakah aku akan dapat sahabat seperti mereka?”
      Kadang-kadang aku tersenyum keseorang disebabkan teringatkan kisah-kisah kenakalanku bersama sahabat-sahabatku  semasa di zaman persekolahan. Memori indah ini banyak tercatit semasa aku bersahabat baik dengan Am.
       Selepas peperiksaan bulanan tamat, aku biasanya pergi berbual-bual untuk menghilangkan stress. Pada masa itulah kami menjadi rapat apabila mengetahui yang aku dan Am menyokong pasukan bola sepak yang sama iaitu Liverpool. Kami selalu bertukar-tukar berita tentang Liverpool apabila mengetahui berita semasa. Kami berdua memang fanatic gile-giler walaupun pada masa itu adalah kemerosotan prestasi oleh pasukan pujaan kami.
       Oleh kerana gilakan bola, pada setiap petang tepat jam 5.30 petang kami akan berada di sebuah tempat dimana bukan padang bola tapi halaman masjid untuk bermain bola. Pada masa itu, akan kedengaran riak jeritan dan ketawa oleh kami semasa bermain  bola sepak. Deman bola tidak berhenti sampai sebelah petang sahaja tapi melarat ke sebelah malam dan kadang-kadang hingga ke subuh.
       Masih segar dalam memoriku disaat kami menyelinap dicelah-celah semak-samun dan merentasi tembok berpagar semata-mata untuk menonton perlawanan siaran lansung bola sepak. Kadang-kadang malam tidak menyebelahi kami, apabila serbuan telah dibuat oleh para warden dengan menyerbu tempat kami menonton siaran lansung. Kami lari bertebaran bagaikan pusat GRO diserbu pihak berkuasa. Dalam keadan tersebut sudah tidak mengerti gaung atau onak duri dan apa bahaya yang terdapat dihadapan tidak diendahkan lagi  agar bahaya dibelakang dapat dirintangi.
     Aku menyentuh belakang kepalaku sambil tersenyum kerana pernah satu masa aku dan Am keluar menonton perlawanan antara Liverpool dan Manchester united. Sedang asyik kami tengah ghairah dengan Liverpool hampir pasti memenangi perlawanan tersebut, kedengaran tapak-tapak orang berlari bertempiaran. Aku menoleh ke arah Am untuk mengajaknya lari, namun apabila aku menoleh ke arahnya rupa-rupanya dia sudah pun meninggalkan aku.
     Tanpa melengahkan lagi, aku menyertai suasana kelam kabut itu, dengan pecutan yang maksimun tanpa memikirkan apapun. Namun sepandai-pandai tupai melompat, kadangkala jatuh ketanah jua. Aku dan beberapa sahabat yang lain telah dikepung. Salah seorang wardenku berkata “ mana mau lari haah”. “ Paanggg..” kedengaran penangan wardenku telah hinggap dibelakang kepalaku. Sebelum pulang ke asrama , kami terpaksa menerima berbakul-bakul ceramah motivasi dari warden.
      Pada masa itu aku asyik berdoa dalam hati :
Ya Allah, selamatkanlah aku dari hukuman,
Ya Allah, lembutkanlah hati wardenku ini,
Ya Allah, selamatkanlah sahabatku Am dari wardenku ini.
     Ingatkan setelah masuk ke asrama kembali, kami sudah dilepaskan rupa-rupanya tidak kami dihukum berdiri sepanjang malam. Semasa hukuman dijalankan, kedengaran enjin motosikal wardenku yang lain menuju ke sini, kelihatan seseorang yang digendong. Rupa-rupanya sahabatku Am, dia kelihatan berlumuran darah dikaki disebabkan terjatuh di atas jalan. Kami akan ketawa terbahak-bahak apabila mengimbas kembali saat-saat itu..
     Memoriku terputus apabila ayahku memberhentikan kenderaan di pintu masuk  untuk mengambil sesuatu yang sedang diagihkan oleh beberapa orang perempuan ditepi pintu. 5 tahun kami merentasi alir persahabat adalah sungguh singkat. Sekarang ini, kami perlu membawa haluan masing-masing untuk mencapai cita-cita kami. Walaupun berjauhan aku tahu yang persahabat antara kami terutuh kuat dengan tali Allah.
     Pada saat ini, aku tidak boleh berada dalam takuk yang lama dan aku perlu berani untuk meneruskan pengalaman baru di hadapan nanti. Pengalaman yang lalu tidak boleh dilupai kerana iakan mengajar kita untuk menghadapi masa hadapan. Teringatkan aku seorang ustaz pernah berkata kepadaku “ salah satu doa yang dimakbulkan oleh allah ialah doa sahabat kepada sahabatnya yang lain tanpa dia ketahui”
“ Ya allah, aku memohon kepada mu, agar kau ampunkanlah segala dosaku , ibubapaku, guru-guruku dan sahabat-sahabatku. Aku memohon agar kau berikanlah kejayaan kepada mereka supaya mereka dapat menegakkan keadilan diatas muka bumi ini. Andai kata, sahabat-sahabatku terlanjur , aku ampunkanlah mereka kerana mereka hanyalah hamba lalai. Ya Allah, kau lindungilah mereka dari azab di dunia dan akhirat nanti, YA ALLAH…AMIN YA RABAL ALAMIN”  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS