JOM JOIN

Rabu, 29 Ogos 2012

APA YANG PATUT AKU JAWAB SEKIRANYA...????


Masa first skali aku buka facebook aku, aku betul terkejut dengan gambar ini terpampar besar. Mungkin sahabat turut membaca malapetaka yang telah dialami oleh perempuan inikan....
Dikatakan perempuan ini diragut dimana peragut menetak tangannya dengan parang sehingga hampir putus untuk mendapatkan beg. Masyallah kejamnya peragut ini " Moga peragut itu mendapat hidayah dari pada Allah"
Dimanakah sekarang sifat keperimanusian yang telah dikurniakan oleh allah kepada kita. Apabila aku tengok  seorang perempuan terseksa , fikiranku hanya akan terfikir

Ya Allah,
macam mana jikalau rasullah ada disini,
apa yang patut aku jawab jika ditanya oleh rasullah,
KENAPA TIDAK MENJAGA WANITA"

Wasiat terakhir rasullah kepada kaum lelaki adalah menjaga wanita, tapi sekarang dunia ini telah menjadikan wanita itu seperti mainan bukannya bidadari dunia. Apabila sebut saja perkataan wanita, kita sudah pun sedia maklum yang wanita itu lemah, tapi berapa ramai lelaki yang mengambil berat tentang ini.

Namun begitu, wahai wanita lihatlah dan sedarlah rasullah sangat sayangkan wanita sehinggakan sebelum wafat pun beliau masih sebut wanita, tapi berapa ramai wanita yang mengikut syariat yang beliau bawa dan berapa ramai wanita yang melaksanakan syariat yang patut dia patuhi????

wahai sahabat? pejamlah matamu sekejap, renungkahlah 
kita semua katakan yang kita cintakan rasullah,
tapi adakah kita laksanakan syariat yang dibawa oleh beliau,
Bayangkan jikalau Rasullah datang berjumpa dengan kita,
sekarang ini.....
adakah kita mempunyai jawapan untuk mejawab soalan,
yang akan ditujukan oleh Rasullah.....????


P/S : maaf orang yng menulis pun tidak sempurna jadi mohon maaf, jika ada salah tolong tegur....sama-samalah kita memperingati antara satu sama lain...moga-moga syiar allah sentiasa berkibar sehingga hari kiamat......INSYALLAH

3 ulasan:

  1. Salam, tulisan dan peringatan yang baik untuk semua. Teruskan dakwah adik. Semoga tuhan memberkatinya. Tak semestinya kita kena perfect baru boleh berdakwah, kerana manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. Seronok baca post post di sini. Wassalam.

    BalasPadam
  2. wanita adlah insan yg lemah,sama2 kita mlindungi mreka,krana dari merekalah lahir insan2 yg mngeggar dunia.:)

    BalasPadam

THANKS

THANKS