JOM JOIN

Selasa, 7 Ogos 2012

HATI INSAN YANG LEMAH 2

Wahai saudaraku,
aku memohon ribuan kemaaf kepada mu,
andai kata aku melakukan kesilapan,
tanpa aku sedari,

wahai saudaraku,
kenapa sedemikian kau lakukan kepadaku,
kenapa kau memarahi aku seteruk ini,
kenapa kau membenciku sedalam-dalamnya kebencian.

Wahai saudaraku,
aku tahu apa kesalahanku terhadapmu,
aku mengerti dosaku terhadapmu,
aku tahu dan mengerti kenapa kau bersifat sedemikian denganku.

Wahai saudaraku,
aku memohon ribuan kemaafan kepada mu,
kerna aku hanyalah manusia yang sering melakukan kesilapan,
kerna aku ini terlalu ikutkan keegoanku,
kerna aku melayani kerenah nafsuku.

Wahai saudaraku,
salahkah aku kerna ingin perbetulkan keadaan ini,
salahkah niat aku untuk memulihkan hubungan kita seperti dulu,
salahkah aku ingin menjadikan kita seakrab dulu.

Wahai saudaraku,
bukakanlah sedikit pintu hati qudusmu untuk menerimaku,
kasihanilah aku yang sedang merayu kesedihan,
simpatilah dengan aku,

Wahai saudaraku,
andai kata kau tidak dapat menerimaku,
aku redha dan terima seadanya,
kerana aku tahu semua ini berlaku angkaran keegoanku,
dan kerna kejahilanku dahulu.

Wahai saudaraku,
andai kata aku pergi menghadap NYA dulu sebelummu,
maafkanlah aku kerna aku tidak sanggup,
dan aku tidak rela,
menghadap illahi dengan kemurkaannya.

Ya allah,
ampunilah dosaku,ibubapku,guruku,sahabatku, 
dan muslimin dan muslimat,
Ya allah,
kau ampunilah dosa saudaraku ini,
kerana semua ini adalah kesilapanku,
aku memohon kepada mu 
Ya allah,
selamatkanlah saudaraku ini dari kecelakaan,
didunia malahan di akhirat,
andaikata dia lalai dengan dunianya kau berikanlah,
pentunjuk dan hidayah kepadanya.
AMIN......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS