JOM JOIN

Jumaat, 3 Ogos 2012

BERSAHABAT HINGGA KE SYURGA



Jika kita lihat sekarang ini, masalah gejala sosial sedang parah melanda remaja-remaja seperti kita....So dimanakah silap yang berlaku menyebabkan masalah ini kian meruncing. Adakah salah ibubapa, masyarakat atau remaja itu sendiri.....Bagi saya ketiga-tiganya bersalah kerana tidak melakukan tanggungjawab yang sepatutnya...
Tapi kali ini saya ingin mengupaskan tentang kesalahan remaja itu sendiri dalam memilih sahabat atau kawan. Walaupun dalam kehidupan kita berperlu berkenal-kenalan dan saling bantu-membantu, kita juga perlu memilih rakan yang dapat membimbing kita ke arah kebenaran. Jadi apakah cara kita hendak memilih rakan yang sebenar:


  • CARILAH SAHABAT YABG BERILMU - maksudnya bukan orang yang kurang ilmu kita tidak boleh berkawan tapi maksudnya carilah orang yang suka belajar ilmu-ilmu tentang kebaikan 






  • CARILAH SAHABAT YANG BENCIKAN KEZALIMAN - iaitu orang yang sukakan kedamaian, orang tidak suka bergaduh atau cari gaduh. (selain tu kebiasaan orang ini muka legend tapi hati ada taman)






  • CARILAH SAHABAT YANG TIDAK SUKA MENGADU DOMBA - iaitu orang yang tidak suka memecah belahkan orang lain atu menyebarkan aib-aib orang lain






  • CARILAH SAHABAT YANG BERSIFAT MALU - maksud orang yang pemalu ialah orang yang tidak suka melakukan maksiat atau kejahatan






  • CARILAH SAHABAT YANG BERPEGANG PADA JANJI - ini adalah sifat yang sukar dimiliki oleh melayu kita.....jadi berpeganglah pada janji ingat tidak berpegang pada janji dalah ciri-ciri munafik




Setakat ini hanya 5 ciri sahaja yang dapat saya kongsikan....moga sahabat mengambilnya sebagai garis panduan....supaya kita akan bersahabat sehingga di syurga...INGATLAH KEHIDUPAN KITA ANTARA SAUDARA SEISLAM ADALAH BAGAIKAN RANTAIAN TASBIH iaitu jika salah satu putus atau rosak maka kesanya akan dirasai semua....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS