JOM JOIN

Ahad, 26 Ogos 2012

ADAKAH AKU MALANG????

Baru-baru ni ak telah pergi berhari raya rumah kawan aku dengan motorsikal tiba-tiba  masa dlam perjalanan tayar aku pancit. Nak jadikan citer, hari yang selepas tu, aku naik motorsikal lain lagi , tiba-tiba pancit lagi. Adakah aku ini orang yang bernasib malang??? Mesti sahabat pernah merasainyakan.

Apa yang aku nak perkatakan disini, sebenarnya  istilah bernasib malang tidak patut wujud didunia ini...Adakah sahabt semua setuju dengan aku. Bagi aku semua manusia di dunia ini termasuk samada beriman atau tidak, kita semua hanya mendapat nasib yang baik....Kenapa aku cakap camtu sebab dalam al quran telah termaktub surah baqarah ayat 216. setiap yang baik tidak semesti baik untuk kita dan setiap yang buruk xsemestinya buruk untuk kita.Jadi, setiap nasib yang buruk berlaku kepada kita mesti ada iktibar dari nya....so BERSABARLAH, JANGAN KECEWA DENGAN APA YANG TELAH BERLAKU KEPDA KITA kerana semua tu baik untuk kita.

Namun, mesti sahabt pernah berada di posisi pendengar kepada orang yang melanda kecelakaan bukan???? Apabila kita berada diposisi itu, janga sesekali kita menghina di, memerli dia, dan lain-lain lagi sebab kata-kata yang kita lontarkan itu bagaikan BATU YANG TENGAH MEREKAH KEMUDIAN DIHENTAK DENGAN PENUKUL BESI....betapa kecewanya orang itu apabila kita berkata padanya seperti itu. Kita sepatutnya menolongnya atau memberikan semangat kepadanya barulah dia merasai kebangkitan yang perlu dia lakukan.

Sahabat semua tau tak, apabila perkataan yang tidak perli menusuk dalam hatinya akan menyebabkan seorang itu menjadi tidak tenteram dan mungkin boleh mempengaruhi keputusan yang sepatut dia lakukan. Remember that, apabila fikiran kusut masalah sebesar semut pun dirasai bagaikan sebuah gunung....jadi itu  akan menyebabkan sesorang itu boleh jauh dari tuhannya......

Untuk kesimpulannya, setiap yang berlaku samada baik atau buruk bukan bermakna allah tidak menyayangi kita tapi semua itu adalah takdir yang telah ditentukan allah supaya kita merasai erti kehidupan. Dan jika ada sahabt kita yang dilanda kecelakaan bantulah dia kerana setiap sesuatu yang jatuh memerlukan tangkat untuk bangun semula......dan ingat BATU YANG HANCUR MENJADI DEBU BERGUNA UNTUK HIDUPAN TETAPI JIKA HATI HANCUR BERKECAI, RUNTUHLAH SEGALA KEHIDUPANNYA ....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS