JOM JOIN

Rabu, 1 Ogos 2012

HATI INSAN YANG LEMAH


     Hari ini aku duduk termenung diatas sebuah bangku yang berhadapan dengan pantai. Aku lihat masyallah indah sungguh ciptaan Allah ini dengan pantai dan laut terbentang luas sambil dihiasi dengan tiupan angin yang sempoi-sempoi bahasa dan desiran ombak menghentam persisiran pantai.

     Sedang asyik aku melayang jiwaku ini, tiba-tiba aku terpandang satu pasangan yang begitu romantik sedang berjalan-jalan dipersisiran pantai sambil berpegangan tangan dan ketawa mesra. Disaat itu fikiran aku terus melayang kembali memori aku semasa aku masih bergelar seorang pelajar. 

     Di saat perutku kelaparan, selepas selesai solat asar dimana kebiasaan aku selepas tamat kelas untuk hari itu aku terus pergi masjid untuk berehat dan solat. Lebih kurang dalam pukul 5.30 petang, setelah habis solat asar aku terus menuju ke cafe untuk mendapatkan sedikit makanan. Dalam perjalanan itu aku terserempak dengan beberapa pasangan couple tengah berjogging bersama-sama, entah kenapa tiba-tiba hatiku tertanya " tengok mesrakan kalu ada kekasihkan, kau ada ke?" Aku terdiam keseorangan sambil membeli makanan, lantas aku terus pulang ke bilik aku.

     Hari ini, menjadikan hari yang teramat ganjil bagi aku kerana kebiasaan, pada waktu ini aku sudah pun berada di padang bola tapi hari ini aku merasakan yang aku perlu luangkan masa aku dengan perasaan aku. Aku duduk termenung ditepi beranda sambil bermadah dalam hati yang keci ini 
'' Ya, allah
Kenapa perasaan ini tiba-tiba muncul pada masa ini,
Apakah ini godaan syaitan,
Ya Allah,
Tolonglah hambamu yang lemah ini,
Kerana hidup aku hanyalah untuk cita-citaku,
Ya Allah,
Aku memohon kepada mu kuatkan imanku,
Dari tergoda dengan hasutan syaitan laknatullah,
Ya Allah,
Aku tahu yang cinta sejati aku akan muncul,
Jika aku mencintaimu Ya Allah,
Ya Allah,
Oleh itu sambungkan cinta kepada mu ini,
Dengan cinta sejati.

     Pengimbasan memoriku terganggu apabila terdengar azan asar berkumandang di masjid berhampiran dengan pantai yang aku duduk. Tanpa melengahkan masa aku terus pergi menyahut panggilan itu kerana tiada panggilan sepenting panggilan ilahi.

     Setelah selesai solat, aku kembali semula ke pantai tapi kali ini kelihatan ramai orang berpusu-pusu ke tepi pantai ada kanak-kanak riang bermain sambil diperhati ibubapa mereka dan juga ada yang berjalan-jalan sambil menikmati tiupan angin yang kian deras.
    “Jika seseorang itu timbul perasaan suka kepada seseorang itu, maka dia adalah normal” itulah kata-kata yang dilontarkan oleh Ust. Dr. Jamnul Azhar dalm video ceramahnya telah menganggu fikiranku. Aku mula mengibas kembali kenangan lama, dimana disaat aku pergi ke perpustakaan untuk mengisi masa lapang, di mana disana kelihatan ramai pasangan yang sedang belajar bersama-sama. “so sweet” mungkin laa..

     Sedang asyik aku mentelaah pelajaranku, tiba-tiba aku terpandang seorang perempuan yang berada tidak jauh dimejaku. Dia sedang belajar dengan kawannya. Entah kenapa apabila terlihat si dia , aku terasa sesuatu yang tidak pernahku rasa selama ini. Namun aku mengalihkan pandanganku kepadanya kerana aku teringatkan kata-kata ustazku
“Ingat apabila belajar tinggi nanti, berhati-hatilah dengan perempuam kerana perempuan adalah fitnah kepada lelaki”

     Kali ini aku semakin tidak tenteram, kesemua kerja-kerja yang patut aku siapkan terbengkalai. Tanpa berfikir panjang aku terus mengemas barang dan pulang ke bilik. Pada pertengahan malam, aku bangun dari tidur untuk solat tahjud kerana hatiku terasa betul-betul tidak tenteram. Pada malam itu akan merintih kepada yang Esa :

Ya Allah,
Kau kuatkanlah imanku dari semua fitnah,
Dan juga lindungi aku dari maksiat,
Ya Allah,
Lemahkanlah nafsu remajaku ini,
Daripada terikut-ikut dengan peredaran zaman,
Ya Allah,
Andai kata dia adalah cinta sejatiku,
Kau sambungkan cinta itu dengan tali keredhaan mu,

     Pada malam itu, tercatat dalam sejarahku kerana bagiku lelaki tidak akan menanggis tetapi kali ini entah kenapa secara tidak diundang air mata kelakianku mengalir jua di pipiku.

     Aku tersenyum keseorangan mengingatkan peristiwa itu kerana sudah lama aku tidak mengalirkan air mata, tiba-tiba pada hari kejadian tercatat dalam sejarahku. Sedar atau tidak, jam tanganku kelihatan pukul 7 malam. Aku perlu pulang segera, namun buat kali terakhir aku merenung suasana dimana matahari terbenam..masyallah sungguh cantik dan indah. Lalu sekali lagi hatiku bermadah :

“ Buat cinta yang telah ditetapkan oleh allah kepadaku, dunia ini diibaratkan seperti suasana matahari terbenam apabila dapat bersamamu. Namun aku memohon maaf kerana buat masa ini aku belum bersedia untuk itu kerana aku mempunyai cita-cita yang besar perlu aku capai sebelum kau menjadi miliku. Aku sentiasa berdoa kepada allah agar allah menyambung cinta ku ini dengan cinta mu bertalikan keredhaan-Nya. Dan ingatlah perasaan cinta dan keinginan untuk memiliki adalah berbeza...Moga kita akan bertemu kelak.”



3 ulasan:

  1. xsangka .... dalam diam2 yer ,, sweet jer .. insyaallh , smoga berjaya ...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum.

    cantik blog awak :)

    semoga berjaya . ^^

    BalasPadam
  3. insyaAllah, ain doakan fawaz dapat yg terbaik.. Allah tu taw pe yg terbaik wat hambanye.. so, slagi blh berdoa, berdoalah kepadaNya

    BalasPadam

THANKS

THANKS