JOM JOIN

Khamis, 18 Oktober 2012

KEMBALILAH SEBELUM TIBA....

إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ (١) لَيۡسَ لِوَقۡعَتِہَا كَاذِبَةٌ (٢) خَافِضَةٌ۬ رَّافِعَةٌ (٣) إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجًّ۬ا (٤) وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسًّ۬ا (٥) فَكَانَتۡ هَبَآءً۬ مُّنۢبَثًّ۬ا (٦)

maksudnya:

"Apabila berlaku hari kiamat itu, (1) Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. (2) Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). (3) (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. (4) Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, (5) Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,"

Pernahkah sahabat mendengar ayat ini???pernahkah sahabat menbaca potongan ayat ini??? pernahkah sahabat meneliti makna sebenar kalimah allah ini??? pernahkah???

Sekarang ini, kita buta, kita leka, kita alpa dalam mengejar dunia yang tiada kekal akan sifatnya. Kita asyik sibuk membaca nota-nota yang diberi oleh pensyarah, menelaah pelajaran untuk memperolehi result yang terbaik tapi kita terlupa untuk membaca short note yang diberi oleh pencipta kita yang maha mengetahui dan kita leka untuk melakukan sesuatu yang terbaik moga mendapat kejayaan di akhirat nanti.

Ingin sekali aku kongsikan sedikit ilmu yang tidak seberapa ini dengan sahabat tentang kiamat. Apakah itu kiamat?? mungkin semua orang tahu yang kiamat itu adalah satu pengakhiran bagi kehidupan manusia. Namun begitu ada sesetengah agama yang mempercayai bahawa kiamat adalah satu peristiwa dimana bumi itu " reset " balik untuk permulaan yang baru. Tetapi sebagai umat islam kita harus ingat hari kiamat adalah dimana hari pengakhiran kita sebelum diberi pembalasan terhadap perlakuan kita selama ini oleh Yang Maha Hidup.

Aku terlupa dengan matan hadis dari rasulullah tentang perihal hari kiamat tapi seingat-ingat aku nabi SAW menyatakan yang akhir zaman terbahagi kepada " 5 peringkat ". Dimana peringat-peringkat adalah seperti berikut:

  • PERINGKAT PERTAMA - zaman pemerintahan rasulullah
  • PERINGKAT KEDUA - selepas kewafatan rasulullah, maka datang zaman pemerintahan mengikut cara nabi iaitu zaman 4 sahabat rasulullah
  • PERINGKAT KETIGA - selepas itu datang kerajaan yang mengigit dimana pemerintahan dgn kaedah penurunan kuasa kepada keturunan iaitu zaman Abasiyah, Uthmaniah, dan Umayyah
  • PERINGKAT KEEMPAT - zaman dimana pemerintahan yang sombong dan angkuh atau ini lah peringkat pada " masa sekarang"
  • PERINGKAT KELIMA - kembalinya semula dimana zaman ini islam kembali bangkit semula dengan perlaksanaan syariat islam dan selepas itu " KIAMAT WILL BE COME"
Mengikut diatas, sekarang ini kita berada di peringkat ke 4, dimana kita lihat sekarang begitu ramai masyarakat kita sudah hilang keperimanusian dimana yang lemah bertambah lemah dan yang kuat bertamabah kuat gara-gar kita mahukan kemajuan dalam kehidupan.

Wahai sahabat, suka aku ingatkan diri sendiri dan sahabat semua, peringkat keemapat adalah peringakt dimana kemunculan DAJAL LAKNATULLAH yang datang untuk mengkufurkan kita dari agama islam. Ini kerana pada peringkat ke 5 adalah zaman kemenangan islam, so dajal tidak akan muncul pada zaman itu.
Maka ingatlah pada peringkat ke 4 adalah peringkat dimana syaitan dan iblis laknatullah membanting tulang tanpa mengenal putus asa untuk mengumpulkan sebanyak yang mungkin pengikutnya.

Peringkat ke 4, adalah peringkat dimana fitnah-fitnah dunia semakin berleluasa sehingga oleh kerana dek fitnah duniawi mengaburi mata hati, maka sudah banyak persengketaan berlaku, pertumpahan darah, penipuan, dan berbagai lagi. Oleh itu, kembalilah wahai sahabat sebelum terlambat.

Biasanya aku suka mengalakkan sahabt semua untuk close ur eyes n think tetapi kali ini aku hanya meminta agar sesudah baca post ini ringankanlah tangan sahabat untuk membaca surah waqiah dan jangan lupa tengok maksudnya sekali kerana ingin aku petik kata Sheikh Ahmad Deedat iaitu pendakwah antarabangsa mengatakan   "bacalah alquran dalam bahasa kamu". Ini bukan bermaksud supaya kita menukar alquran tetapi maksud beliau adalah baca alquran sambil kamu fahami apa motif yang mahu diperkatakan oleh Allah.

untuk pengakhiranya,
Apabila rindu seorang kekasih terhadap kekasihnya,
maka surat cinta dibelek-belek beberapa kali,
apabila rindu seorang kekasih kepada penciptanya,
maka alquran diamalkan selalu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS