JOM JOIN

Ahad, 14 Oktober 2012

LUMRAH KEHIDUPAN

Alhamdullilah kali ini ingin aku kongsikan sedikit apa yang terjadi ke atas diriku hari ini. Beberapa hari sebelum ini, aku telah merancang untuk ke satu tempat dimana, tempat itu aku pernah sampai buat kali pertama dulu, dan kali kedua aku mencuba tapi gagal kerana letih. Dalam tanggapan aku tempat itu, sangat jauh dan meletihkan tapi tiba beberapa hari yang lepas terfikir dalam fikiran untuk memecahkan persepsi aku ini dan kali ini adalah kali ketiga percubaan aku....insyallah.

Dalam jam 6.45 lebih aku bertolak, dimana saat kawan-kawan aku enak melayang mimpi selepas solat subuh (biase lee...hari minggukan). Dalam hati rasa macam " dapat ke aku sampai kat sana dan larat ke???"..tapi aku teringat kata-kata pujanga " langkah pertama menentukan kejayaan seseorang"...so dengan kata2 tu aku kuatkan diri aku.

So kat sini ak nak katakan yang dalam kehidupan ini, kita mesti mempunyai matlamat dan jangan gentar jikalu kita pernah gagal. Percayalah jika " ORANG LAIN BOLEH, KITA PUN MESTI BOLEH"....dan Ingatlah sahabat semasa kita hendak memulakan perjalanan pastikan kita mempunyai satu kata-kata yang mampu membakar semangat kita supaya kita tidak akan berputus asa dipertengahan jalan. 


** nampak biase je, tenang je, dan xsusah pun**

Dalam kehidupan inikan, kebiasaanya ramai dari kalangan kita menganggap untuk mendapatkan sesuatu cukup mudah , senang dan tiada sedikit pun rintangan. 


** jalan yang berliku dan turun naik **

Tapi kita lupa yang lumrah sebenar dalam kehidupan adalah pelbagai rintangan dan cabaran perlu ditempuhi sebelum sampai kemuncak kejayaan. Ingatlah wahai sahabat, yang setiap cabaran atau ujian yang datang adalah dari Allah untuk menguji diri kita. Dan jangan lupa dengan cabaran itu mampu mengajar kita sesuatu yang tiada mampu untuk diajar oleh seorang guru.

satu kata-kata yang aku pernah terbaca:

Jangan kita mengharapkan perjalan kita,
ditaburi dengan mawar dan wangian,
kerana lumrah kehidupan,
adalah,
penuh dengan duri-duri yang tajam.

Oh ya!! lupa nak ingatkan....setiap jalan untuk kearah kejayaan sudah pasti mempunyai jalan pintasnya... tapi ingatlah wahai sahabat yang kebiasaannya kejayaan yang diperolehi dari jalan  pintas tidak akan berkekalan. Mungkin kita anggap jalan pintas ni dapat jimatkan masa, tapi ketahuilah yang kita tidak akan merasai kepuasan yang kita perolehi apabila kita berusaha dengan titik peluh kita sendiri.


Dalam perjalanan tadi, terjumpa satu lopak air, tiba tiba terfikir, tiap-tiap insan itu pasti akan menharungi saat-saat kesedihan tidak kiralah kematian, gagal , kecewa dan lain-lain lagi.So aku nak ingatkan, apabila kesedihan melanda diri kita seperti biasalah JUST CLOSE UR EYE dan menanggislah kerana ubat kepada kesedihan adalah air mata. Tidak kira lelaki atau perempuan, apabila dia mengalirkan air mata, dia adalah orang yang berjaya bagi akulah sebab air mata kesedihan ini mampu mengembalikan diri kita ke arah matlamat kita semula. 


Dengan semangat yang berkobar-kobar, akhirnya alhamdullilah aku berjaya memecah persepsi aku. Gembira terasa dalam hati walaupun kepenatan menyelubungi diri. Biarlah, kita susah asalkan jangan kita pengecut untuk mara kehadapan.......


                                                       *** FIRST STEP FOR SUCCESS***

Untuk kesimpulan dalam post yang simple ini, wahai sahabat bangkitlah, jangan sesekali putus asa untuk mencuba sesuatu yang mustahil dalam fikiran kita....Ingatlah jika kita percaya pada langkah pertama, maka kita akan berjaya....


jika kita hendak mengubah dunia,
maka ubahlah masyarakat,
jika kita hendak mengubah masyarakat,
ubahlah orang yang terdekat dengan kita,
dan jika hendak mengubah orang yang terdekat,
maka ubahlah DIRI SENDIRI.

1 ulasan:

THANKS

THANKS