JOM JOIN

Selasa, 9 Oktober 2012

AKU MERINDUI MU

Disaat ramai sahabatku sedang lena dibuai mimpi, dalam dingin pagi yang dirasai hingga ke tulang, aku mengagahkan tanganku untuk mengalih kain selimut dari badanku. Pagi ini aku merasakan satu ketenangan dengan irama serangga-serangga malam yang saling bersahutan antara satu sama lain. Aku terpaksa melawan perasaan mengantuk demi untuk menyiapkan assigment yang belum disiapkan olehku.

Hampir satu jam, alhamdullilah allah mengizinka aku untuk menyiapkannya. Dengan kelegaan yang kian dirasai aku mengambil keputusan untuk tidur kembali namun entah kenapa hati ini merasakan ada sesuatu yang jarang dirasai.  Lantas aku pun mengambil keputusan untuk online facebook sekejap.

Alangkan hibanya hatiku disaat aku melihat satu post dari seorang sahabat baikku tentang menceritakan perihal nabi sewaktu dibangkitkan di padang mahsyar. Aku teringatkan di saat nabi hendak dihadapkan dengan sakaratulmaut. Ketika itu nabi ditemani oleh malaikat jibril dan saidina Ali , disaat malaikat izrail mencabut roh baginda, oleh kerana dek sakitnya sakaratulmaut nabi bertanya kepada malaikat izrail " tidak boleh kau lembutkan sakaratumaut ini kerana aku ini kekasih allah", lantas malaikat izrail menjawab " wahai rasullah inilah selembut-lembut sakaratul maut".

Apabila terdengar jawapan dari malaikat izrail nabi pun berkata " kalaulah ini sakitnya sakaratulmaut kau kumpulkanlah semua kesakitan sakaratulmaut umatku, biar aku yang menanggungnya"....Masyallah sampai begitu sekali sayangnya nabi kepada aku. Tiba-tiba aku teringat satu ceramah dari ustaz akil hayy yang menceritakan dimana saat sakaratulmaut dijalankan nabi masih lagi menyebut " umati...umati..umati"

Pada ketika nabi dalam keadaan nazak, baginda kelihatan tidak tenang dan gusar. Dengan itu malaikat jibril berkata " tidak akan masuk dalam syurga sebelum kamu memasukinya". wajah nabi kian bertambah gusar namun malaikat jibril tahu akan sebabnya dan menyambung percakapannya " umat kau tidak akan masuk orang lain melainkan umat mu dulu yang memasuki syurga mengatasi umat-umat yang lain." maka berubahlah wajah nabi kelihatan bercahaya dan gembira.

Air mataku terasa ringan untuk menitis pada pagi ini kerana teringatkan kesetiaan cinta rasullah terhadap aku. Sedangkan aku lalai dan alpa dalam mengejar cinta manusia yang tidak berkekalan. Aku meneruskan video yang dipostkan oleh sahabatku untuk melihat isi kandungannya.

Masyallah, baru aku mengetahui yang bukan saja di dunia saja nabi mencintai aku malah selepas dibangkitkan di padang mahsyar nabi masih mencintaiku. Disaat nabi dibangkitkan soalan yang seringkali diajukan oleh rasullah adalah " wahai jibril, dimanakah umatku"....

Ya allah, tinggi sungguh kecintaan nabi terhadap umatnya, sehinggakan semasa ingin melintasi titian sirat nabi berkata kepada malaikat malik " wahai malaikat malik, palingkanlah wajahmu kerana aku takut umatku gentar apabila melihat wajahmu". dan semasa di atas titian sirat nabi tidak berjalan terus kepenghujung namun baginda berhenti ditengah tengah titian sirat untuk membantu umatnya merangkak diatas titia sirat supaya berdiri.

Kedengaran azan subuh, menghentikan lamunanku. aku terus bersiap untuk menunaikan kewajibanku. Setelah selesai solat, aku teringatkan satu hadis dimana disaat nabi menujukan satu soalan kepada sahabatnya iaitu "wahai sahabatku siapakah orang yag paling mulia?? maka sahabat menjawab "malaikat" namun baginda  berkata " memang malaikat adalah mulia tapi masih ada lagi orang mulia" sahabt menjawab " para nabi" maka nabi menyatakan "para nabi adalah orang yang paling mulia namun masih ada lagi orang yang paling mulia" maka sahabat menjawab " para sahabat" nabi tersenyum dan berkata " mana mungkin kamu semua tidak mulia kerana kamu sentiasa bersama dalam perjuanganku tapi masih ada lagi orang paling mulia" maka para sahabat terdiam dan tidak mampu berkata apa-apa lagi. Nabi menundukkan mukanya dan menanggis, para sahabat bertanya "wahai rasullah kenapa kau menanggis" nabi mengangkat mukanya kelihatan air mata berguguran membasahi sedikit janggut baginda, dan baginda berkata " tahukah kalian siapa yang mulia itu, meraka ialah insan yang lahir jauh dan tidak pernah melihatku tapi mereka mencintai allah dan merinduiku" setelah mendengar kata-kata itu para sahabat mengalirkan air mata.

Disaat aku lahir entah berapakah perbezaan zamanku dengan zamanmu wahai rasullah, tapi hati ini terasa ingin sekali aku menatap wajahmu. Aku terus beredar dari tempat solat dan bergegas memegang alquran, saidatina aisyah ada menyebut yang akhlak mu adalah alquran. oleh kerana terlalu rindu kepadamu Ya Rasullah aku memeluk seeratnya alquran yang aku pegang tadi. Air mataku sekali lagi berguguran, apabila teringat akan dosa yang aku lakukan dan aku sentiasa lupa pada baginda tapi aku tetap mencintai rasullah dan aku merinduimu.

Wahai rasullah,
ingin sekali aku bertemu denganmu,
ingin sekali aku renung wajah mu,
ingin sekali aku memeluk mu,
ingin sekali aku menyatakan,
yang aku merinduimu.

Wahai rasullah,
syafaatlah aku dan keluagaku,
moga-moga aku tidak dibakar, 
di akhirat kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS