JOM JOIN

Sabtu, 27 Oktober 2012

KELANTAN SEINDAH NAMAMU

"Kelantan Seindah Namamu" itulah tajuk sebuah puisi yang dilontarkan kepada rakyat negeri Kelantan oleh seorang artis ternama Indonesia....nak tau tak siapakah beliau??? beliau adalah seorang artis perempuan yang berhijrah kearah kebaikan demi mencari nur islam yang sebenar. Beliau adalah Oki Sentiana Dewi merupakan heroin dalam citer "Ketika Cinta Bertasbih".Tapi kali ini, aku bukan mahu berceritakan tentang beliau tapi aku tertarik dengan puisinya kepada kami.

Tanah Serendah Sekebun Bunga
Negeri Tadahan Wahyu
Cik Siti Wan Kembang
Cukup Indah Namamu
Seindah Negerimu
Duhai
Wajahmu Nan Indah
Persis Jeddah
Yang Pernah Ku Lewati
Taat Menjunjung Al-Quran
Teguh Menggalas Syariat
Yang Tidak Pernah Goyah
Tersentuh Hati Kudus Ku
Lantaran Aku Disini
Biar Tidak Pernah Ku Duga
Bertemu Seorang Ulama’
Yang Dicintai Rakyatnya
Lalu…
Kuntum Rindu Yang Lama Tersimpan
Terubat Jua Akhirnya
Biar Sekelumit Cuma
Beruntung Rakyatnya
Menumpang Teduh Seorang Ulama’
Yang Lembut… Tapi Tegas Beribadat
Yang Pengasih… Namun Tidak Goyah
Pada Percikkan Kealpaan Dunia
Pasti Aku Merindui Mu Lagi
Entah Kapan Bisa Diubati
Cuma Setitis Doa Bisa Ku Titip Buatmu
Moga Sejahtera Selamanya
Memacu
Membangun Bersama Islam
Moga Kita Bertemu Kembali

Masyallah, apabila first time aku dengar beliau lafazkan dalam "Bicara Selebriti" di Kelantan menyebabkan aku terasa bangga dan bersemangat untuk sentiasa menyayangi negeri kelahiranku. Tapi, aku juga pernah berjumpa dengan seseorang semasa berada diluar Kelantan, dimana dia memberi statement tentang negeri Kelantan adalah negeri yang tidak maju dan tiada pembangunan.

Apabila aku dilontarkan statement tu, aku just senyap sbb bagi aku mungkin itu adalah pandangan dan pendapat mereka. Di negara berdemokrasi ini, kita perlu meraikan buah pandangan yang bercanggah dengan kita, moga-moga kita dapat memberbetulkan kesilapan yang kita tidak sedari. Kepada rakyat kelantan, remember "JANGAN MUDAH MELENTING" apabila dicucuk...ok.

Bagi aku, kepada sahabat yang ingin mengetahui samada Kelantan ini miskin atau tidak, "MARILAH MELAWAT KELANTAN" ni promote seperna kempem melawat Kelantan yang dianjurkan...Insyallah anda akan temui jawapannya. Aku mempunyai ramai kawan-kawan yang berasal dari negeri lain samada Selangor, Kuala Lumpur, dan lain lain negeri lagi, yang mana mereka datang ke Kelantan untuk belajar disini. Sekarang apabila ditanya kepada mereka, adakah kamu mahu tinggal di Kelantan...sudah pasti mereka akan menjawab mereka suka n berharap dapat tinggal disana....Kalu tidak percaya try lah cari sesiapa yang pernah belajar or berkerja diKelantan n tanya diorang mereka perihal Negeri Kelantan.

Okey....bagi yang tidak mampu untuk datang ke Kelantan, aku memahami mungkin ada sahabat yang tiada masa untuk datang or tiada kemampuan untuk datang. So, insyallah aku try bagi gambaran sedikit tentang kelantan, Negeri Cik Siti Wan Kembang.

"BEBAS BERKELIARAN DIBUMI KELANTAN"
Satu-satunya yang aku suka di Kelantan adalah, di sini tiada bayaran tol di setiap jalan-jalan. So bebas untuk pergi kemana saja samada ke selatan, ke timur, ke barat, dan ke utara kelantan.

"KAMI BANGSA KELANTAN"
Semasa aku belajar di luar kelantan, aku berjumpa dengan ramai budak chinese yang mana diorang sedikit pelat untuk bercakap Bahasa Melayu. Tapi di Kelantan, rakyat-rakyat bangsa lain mampu bertutur dalam loghat kelantan tanpa ada sedikit janggal pun....selain itu, aku pernah tengok satu video pengakuan dari seorang Chinese dimana beliau adalah penjual herba di Kelantan. Beliau mengatakan " saya telah dikunjungi oleh seorang pembeli chinese dari luar negeri". Pembeli itu berkata " Kenapa disini pelik, orang melayu boleh minum kopi di kedai Chinese dan berada disatu meja dengan orang chinese yang lain"....so jawapnnya adalah itulah keunikan yang tiada di negeri lain.

"TULISAN JAWI DIMANA-MANA"
Tulisan jawi adalah harta warisan bangsa Melayu. Kalu kita tidak memartabatkannya maka siapa lagi. Mungkin hang tuah pernah berkata " Tak akn hilang Melayu didunia" tapi sekarang kita sendiri yang menghilangkannya. Di sini, aku berpaling ke kanan dan ke kiri kelihatan keseluruhan nama kedai ditulis dengan tulisan jawi. Kita mahukan kemajuan tapi kita lupa tentang harta warisan kita yang amat bernilai dari nenek moyang kita.

Baiklah kita ubah fokus kita pula kearah kemajuan pembangunan di negeri Kelantan. Pembangunan bukanlah matlamat negeri lain saja, tapi Kelantan juga mahukannya....dan alhamdullilah pada tahun 2012 sudah banyak pembangunan disini sehinggakan sesekali aku pulang menyebabkan aku kadang-kadang tersesat di negeri sendiri.

"HOTEL BERTARAF BINTANG"
Semua tahu yang hotel bertaraf bintang adalah hotel yang yang terbaik dan selesa. Di sini, juga ada hotel 5 star sebagai contoh Hotel Renaissance (5 STAR), New Pacific Hotel (4 STAR), dan lain-lain. 

"LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA"
Seperti lapangan terbang di negeri lain juga, tapi just hendak memaklumkan kepada sahabat, yang kos pembinaannya adalah bernilai jutaan ringgit. Dimana semua kemudahan adalah yang terbaik.

"PUSAT MEMBELI BELAH"
Di Kelantan, untuk tahun ini sudah bebrapa buah pusat membeli belah dibuka dikelantan. Dimana semua jenis kedai atau syarikat dapat ditemui sepertimana di Negeri lain.

Apabila bercakap tentang kemajuan yang terkini di Kelantan, satu hari pun masih lagi tidak habis. So ini saja yang aku dapat kongsikan kepada sahabat tentang kelantan. Oh ya, aku terlupa ada satu lagi perkara yang aku hendak kongsikan tentang kelantan yang tiada dinegeri lain..


Entah bagimana ingin aku terangkan tentang "Bicara Selebriti" ini. ia adalah satu rancangan yang tidak disiarkan di televisyen tapi disiarkan dalam laman portal kelantan. Rancangan  ini adalah untuk meraikan para pelakon or artis yang berhijrah ke arah kebaikan dan sedikit perkongsian dari artis tersebut.



Ini adalah kunci penyatuan rakyat negeri Kelantan. Alhamdulillah, begitu ramai yang datang solat bersama-sama di Stadium Kota Bharu (ataupun nama lain stadium keramat). Aku pernah beberapa kali menghadiri bersama-sama dan aku merasai satu suasana yang tiada akan aku perolehi di mana-mana negeri. So, kalau sahabat mahu merasai apa yang dirasai rakyat kelantan, jom kita buat kat negeri sahabat bersama-sama...insyallah.

Jadi untuk pengakhirannya, aku ingin menyusun sepuluh jari jika ada sesiapa yang terasa dengan post aku ini. Post ini bukan untuk memihak atau mempromosi mana-mana PARTI POLITIK...tetapi aku hanya ingin berkongsi sedikit tentang negeri kelantan iaitu negeri tempat kelahiranku.Bagi aku setiap manusia perlu mencintai dan menghargai tempat asal mereka....so sama-samalah kita membangunkan dan mengharumkan nama baik tempat permulaan sejarah kita...insyallah. Dan untuk terakhir lagi, sahabt ingatlah satu pribahasa iaitu " jangan kita jaga tepi kain orang nanti kain kita yang terkoyak" so just close ur eyes n think wisely....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS