JOM JOIN

Selasa, 6 November 2012

HATI SEORANG REMAJA

Hujan renyai-renyai membasahi pagi subuh yang dingin, kedengaran sayup-sayup sahutan katak yang dengan berzikir kepada illahi. Beberapa kali aku membelek buku catatan harianku. "apa lagi yang masih aku tidak lakukan" tanya hatiku yang sedang bermain difikiranku. Sudah 3 hari lebih, aku tercari-cari, apa sebenar kekurang yang belum aku baikinya.

"assigment, ulangkaji,tutorial, usrah, main bola......." semua ini telah aku lakukan tapi kenapa hati ini mengatakan sesuatu yang tidak lengkap dalam hidupku. Aku membuka jendela sambil melihat titisan-titisan air hujan yang mengalir dari langit jatuh ke bumi dan terus meresap. Lihatlah setiap titisan air hujan yang turun dengan sempurna tetapi kenapa kehidupanku tidak sesempurna itu. 

Setiap ujian yang datang kepada aku adalah daripada allah untuk melihat samada aku sentiasa bersyukur kepadanya. Itulah prinsip yang sentiasa dipegang teguh olehku agar tidak menjadi hamba sombong dan lupa. Mungkin pada pagi ini, allah ingin menunjukkan suatu jawapan yang aku tercari-cari selama 3 hari ini.
Ya Allah,
andai kata aku lupa kepada Mu,
Jgnlah kau tinggalkan aku,
tunjukkanlah jalan,
yang patut aku lalui,
kerana,
hanya kau sahaja, 
yang tahu apa yang baik,
untuk ku.

AMIN.....

Aku bangun dari kerusi, dimana tempat aku menghayati keindahan alam ini. Tiba-tiba aku terpandang satu poket beg galasku dimana tempat aku selalu meletakkan al-quran untuk dibawa bersama ke kelas. " Ya Allah, subhanallah, baru aku ketahui apakah sebenarnya yang membuatkan aku tidak senang beberapa hari ini. Oleh kerana, sibuk dengan latihan, oleh kerana dek fokuskan 100% terhadap kuiz dan assigment yang kian mengelilingi pinggangku, aku terlupa, aku tertinggal, aku tercicir untuk membaca surat cintaku.

Teringat aku kata-kata dari seorang ustazku " perkemaskanlah, sebatikanlah alquran yang ada dalam hati kamu dengan darah dan daging kamu kerana apabila kamu sedang meningkat dewasa, kamu tidak akan memiliki masa seperti mana yang kamu miliki sekarang ini"...Air mataku bagaikan terikut-ikut dengan hujan renyai-renyai tapi aku menahannya. 

Ia mengingatkan aku, satu saat dimana setiap hari, setiap masa, setiap jam, setiap minit, setiap detik, aku sentiasa dengan alquran. Hidupku bagaikan satu padang yang luas dan tenang tanpa ada sesuatu yang menganggu pandangan.Tapi sekarang aku sudah tidak dapat merasainya. Walaubagaimanapun apa yang aku ada sekarang ini, aku bersyukur kerana kata-kata HAMKA " apa yang ada sekarang ini adalah harapan kita"....

Tanpa melengahkan masa, aku terus membelek alquran untuk membacanya. Masyallah, dengan kekuasaannya aku terbaca satu ayat di dalam surah Al-Imran :
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٲتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَـٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِ‌ۗ ذَٲلِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ (١٤)
Maksudnya:
"dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa-apa yang dingini, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakandan sawah ladang. itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi allah lah tempat kembali yang baik"

Diri ini terasa bagaikan seperti dipanah halilintar, terdiam kaku apabila membaca ayat ini. Memang tidak dapat dinafikan pada akhir zaman ini, syaitan telah meletakkan perhiasannya supaya aku terpedaya dan jatuh ke lembah maksiat. Aku asyik mengejar cinta dari seorang perempuan sedangkan semua ini sudahpun tertulis diluh mahfuz tentang jodohku. Selama ini aku sentiasa membuat revision setiap subjek, aku memrujuk banyak buku demi untuk menyiapkan assigment tapi aku terlupa untuk mebuat rujukan tentang jalan yang benar ke arah illahi dan aku lupa membuat revision apa yang sudah lama berada di dalam dadaku.

Ya allah,
maafkan aku,
ampunilah aku,
sekarang aku sudah ketahui,
jawapan yang aku cari,
aku berjanji tidak akan,
mengulanginya lagi.

KESIMPULANNYA:
 sahabat, janganlah kita sesekali lupa untuk membaca alquran kerana alquran adalah satu mukjizat yang tiada pada mana-mana kitab or buku di dunia ini....Mungkin kita seronok dan gembira apabila mendapat msg or hadiah dari kekasih kita, tapi kenapa perasaan itu tidak boleh timbul dalam diri kita terhadap allah.... just remember......
cintakan bunga,
bungakan layu,
cintakan manusia,
diakan pergi,
cintakan rasul,
cinta sejati,
cintakan allah,
KEKAL ABADI.

2 ulasan:

THANKS

THANKS