JOM JOIN

Isnin, 12 November 2012

SIAPAKAH DIBAWAH ANDA???

Gelak ketawa di kolejku sudah pun tidak didengari lagi. Semua pelajar telah pulang ke kampung masing-masing bagi menghilangkan kerinduan mereka kepada sanak saudara. Teringin juga mengekori jejak langkah mereka, namun tugasan yang bertimbun  telah merantai hatiku untuk pulang ke kampung.

Sekarang ini apabila berseorangan aku merasakan bagaikan dunia ini hanya aku yang tinggal, pandang kanan tiada sesiapa, pandang kiri pun tiada sesiapa i can do anything, what i want to do....(test speaking sikit)... Namun begitu setiap yang berlaku adalah takdir allah dimana sudah tercatat di luhmahfuz bukannya kita yang merancangnya tapi allah.

Hari ini, ingin aku kongsikan dengan sahabat satu rintih hati daripada seseorang. Dalam perjalanan keluar untuk mencari sedikit makanan, aku ditakdirkan berjumpa dengan seorang lelaki tua berbangsa india yang bertugas sebagai clearner. Aku sempat mendengar sedikit rintihan hatinya mungkin sebab sudah lama aku bertemu dengannya tapi belum sempat aku menyapanya lagi. Seperti yang kita tahu, tidak lama lagi adalah hari deepavali, iaitu hari dimana warga india akan menyambut hari perayaan mereka.

***GAMBAR HIASAN***

Pakcik cleaner itu, inginkan cuti awal untuk persiapan hari raya mereka namun tiada dilayan oleh majikannya. malahan bonus hari raya pun tiada memadai untuk menyambut hari raya dan lebih meyedihkan lagi bayaran gajinya belum diperolehi lagi. Mata pakcik clearner berkaca ketika berceritakan kesedihannya. Mungkin aku tidak patut campur tangan dengan hal orang lain tapi kita manusia dan dia pun manusia walaupun berbeza agama kita masih diamanahkan oleh allah untuk membantu mereka.

Mungkin aku masih belum cukup matang dengan lumrah kehidupan tapi aku telah lama dikurniakan hati oleh allah. Kenapa mesti berlaku kejam untuk memperolehi kesenangan dalam hidup...WHY...TELL ME WHY...Wahai sahabat lihatlah dunia ini, dunia ini bukan hanya kita yang punya tapi dunia ini adalah diberikan kepada manusia. so bukan kita saja yang manusia di sini tapi dunia ini pun milik mereka.

Cuba sahabat close ur eye dan bayangkan, bagaimana jikalau sahabat berada didalam posisinya???? cukup sukar untuk kita bayangkan kerana sekarang ini kehidupan kita penuh dengan kenikmatan menyebabkan hati kita keras untuk melihat orang yang dibawah kita. Kita asyik melihat keatas tapi kita lupa apa yang ada dibawah kita.

Teringat aku satu kata-kata dari ayahanda semasa aku berada di PLKN, dia berkata " rasa syukur tidak akan timbul dalam hati kita, sebelum kita merasai kesusahan". Ingatlah wahai sahabat, setiap kenikmatan yang kita perolehi ada sedikit dari kenikmatan itu bukan milik kita, ia adalah milik disekeliling kita samada sahabat kita, jiran kita, saudara kita, malahan seekor kucing kurap.

Kadang-kadang ada yang berkata, " aku masih student, emak dan ayah aku masih menyara aku, so aku tidak dapat nk tolong"....ingatlah wahai sahabat, wang bukan segala-galanya, wang juga bukan kunci kesenangan. Cukuplah bagi kita sebagai student mendengar masalah yang ingin diluahkan oleh seseorang ataupun lakukan sesuatu supaya apabila ditanya dipadang mahsyar nanti kita mempunyai bukti dan jawapan yang kukuh untuk dihadapkan kepada Pencipta kita.

Sahabat pernah dengar tak satu kisah zaman nabi ibrahim, dimana ketika nabi ibrahim a.s dicampak kedalam api oleh umatnya, kemudian ada seekor burung yang membawa sedikit air didalam paruhnya berulang alik untuk memadamkan api yang membakar nabi ibrahim a.s. Seekor binatang lain bertanya, waha burung tahukah kamu yang api itu tidak akan padam dengan air kamu bawa dalam paruh kamu itu.Maka jawablah burung itu " sekurang-kurangnya aku mempunyai jawapan untuk dijawab kepada allah apabila ditanya apakah  aku lakukan semasa nabi ibrahim a.s dibakar.

Jadi untuk kesimpulanya, sahabat renung-renunglah dan selamat beramal. Biarlah kita mati, asalkan orang disekeliling kita senang. Moga-moga kita doakan kepada allah agar kita bukan dari golongan orang-orang yang zalim. nauzubillah.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

THANKS

THANKS