JOM JOIN

Ahad, 7 Oktober 2012

DUHAI LELAKI!!!!

LELAKI WAHAI LELAKI!!!!!!!!!!

apabila terdengar saja perkataan lelaki, mungkin sahabat semua sudah boleh gambarkan apa itu lelakikan???..lelaki adalah gagah, kuat, bijak, dan paling penting adalah pelindung...

dalam al quran Allah ada menyebut:
   "ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡ‌ۚ فَٱلصَّـٰلِحَـٰتُ قَـٰنِتَـٰتٌ حَـٰفِظَـٰتٌ۬ لِّلۡغَيۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُ‌ۚ وَٱلَّـٰتِى تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ فِى ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّ‌ۖ فَإِنۡ أَطَعۡنَڪُمۡ فَلَا تَبۡغُواْ عَلَيۡہِنَّ سَبِيلاً‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيًّ۬ا ڪَبِيرً۬ا 
maksudnya
''Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka"
BAiklah apa yang kita dapat simpulkan dari ayat ini lelaki adalah sebagai pemimpin iaitu orang yang sentiasa berani, tabah dan tidak gentar dengan apa-apa halangan sekali pun, dan bertanggungjawab kepada perempuan adalah melindungi mereka. Lelaki di cipta oleh allah dengan kelebihan yang cukup tidak terkira daripada perempuan tetapi itu tidak bermakna lelaki tidak memerlukan perempuan untuk meneruskan kehidupan mereka.


Mungkin kita pernah dengar cerita tentang semua sahabat-sahabat nabi seperti Abu Bakar As-sidiq,Uthman bin Affan,Ali Bin Abi Talib dan yang paling aku kagumi adalah Umar Al-khatab. Mereka semua ini bukan saja lelaki malah pahlawan terbilang yang sanggub berkorban jiwa dan raga hanya kerana Agama Allah.Umar Al-Khatab adalah seorang lelaki yang digeruni oleh semua orang walaupun dia hanya berada berseorangannya bersama dengan pedangnya.

Tapi sekarang, dunia ini kian berubah, bukan kian berubah tapi sudah bertukar keseluruhannya, kerana lelaki sekarang ini sudah semakin berkurangan dan perempuan semakin bertambah jumlahnya. Memang kenyataan ini tidak dapat tidak dapat di nafikan kerana peristiwa ini sudah pun dimaklumkan oleh Rasullah dalam sebuah hadisnya yang mengisahkan tentang tanda-tanda akan datangnya kiamat.

Namun begitu, aku bukan mahu meceritakan tentang tanda-tanda kiamat, tapi aku mahu memberitahu sedikit sikap yang kian merobek jiwa-jiwa lelaki pada zaman sekarang ini.
  • Penakut dan pengecut, lelaki sekarng ini semakin penakut untuk berdiri dihadapan( bukan maknanya bercakap dihadapan tapi mengetuai sesuatu) dan pegecut iatu hanya berani apabila mempunyai geng saja.Sikap ini tidak perlu kita amalkan kerana lelaki adalah berani, so fikir2lah
  • Tidak suka pada cabaran, lelaki adalah pelindung kepada perempuan, so jika lelaki tidak suka pada cabaran maka siapa akan lindungi perempuan (orang  tersayang). Cabaran mematangkan kita dan setiap cabaran yang kita tempuhi akan mengajar sesuatu ilmu yang baru.
Wahai lelaki,
tidak berguna wajah hensem,
badan tegak,
tetapi penakut

Wahai lelaki,
tidak berguna mempunyai geng,
ramai pengaruh,
tetapi pengecut,
apabila berseorangan.

Wahai lelaki,
anda mengharapkan seorang,
teman hidup yang solehah,
cantik dan ayu,
tapi anda,
tidak tahu menjadi Imam.

Kepada mahasiswa, mungkin sahabat adalah orang yang bijaksana, petah bercakap dan mungkin ada yang merasakan dirinya adalah lelaki yang terakhir.......Ingatlah jangan biarkan kawan-kawan lelaki sahabt jatuh tersungkur dalam kehidupan mereka kerana kita boleh mengibaratkan semua lelaki adalah sebatang lidi, jika dia sebatang maka mudah untuk dipatahkan dan jika ramai maka susahlah untuk dipatahkan...andaikata mereka jatuh, cepat-cepatlah bantu mereka untuk bangun, dan adaikata mereka terlena dalam kehidupan mereka cepat-cepatlah kejut mereka...Jomlah wahai lelaki, setiap langkah pertama penentu sahabat ke arah kejayaan.

Masa masih mempunyai sisa-sisanya, jadi kembalilah wahai lelaki, sebelum mata tertutp rapat, nafas di pangkal kerongkong, berubahlah, be the best. Menjadi yang terbaik bukan satu kepelikan kerana itulah sebenarnya diri kita. Andaikata anda tidak mampu sekurang-kurangnya anda sentiasa mencuba dan jangan sesekali putus asa untuk menjadi yang terbaik.

Untuk kesimpulannya, Wahai lelaki close ur eyes n selami jiwa anda, sanggupkah kita lihat dunia ini tanpa lelaki???sanggupkah kita yang gagah berani ini dianggap pengecut???sanggupkah anda melihat KEPUPUSAN LELAKI YNG SEJATI.....

Sabtu, 29 September 2012

BERIKANLAH AKU KEKUATAN


“Kita bukan memulakan perjuangan malahan mengakhirinya tapi kita adalah mata rantai, mata rantai yang saling sambung-menyambung antara satu generasi dengan generasi yang lain”

Itulah kata-kata dari Hassan Al-Banna yang aku dengar semasa menyaksikan video bicara selebriti di Kelantan. Namun hati kian sepi dan kesedihan apabila perjuangan yang selama ini diuji dengan kegagalan. Semangatku yang  dahulunya  bagaikan api yang sedang membara kini kian hilang sedikit demi sedikit.

Aku mendongak ke langit, melihat sinar matahari kian pudar di kaki langit. Matahari akan hilang buat sementara dan akan muncul semula pada esok hari namun adakah semangatku ini akan bersinar kembali dihari yang akan datang seperti matahari. Mataku merasakan sedikit berair apabila terkenangkan suasana islamik yang pernah aku lalui dulu. Aku merinduinya dan aku mengharapkan ia dapat kembali semula.

Hari ini aku membatalkan semua usrah yang sepatutnya aku hadir bukan kerana aku sudah berputus asa tapi untuk menenangkan fikiranku. Sahabatku ada yang menujukan soalan kepadaku tentang sikapku beberapa hari ini kian berbeza dari dulu, dimana dahulunya selalu ceria dan senyum tapi sekarang sedikit senyap dan muram. Namun bagaimana aku perlu menjadi seperti dulu jikalau hatiku terasa kesedihan bagaikan seorang budak kecil yang baru bertatih untuk berjalan dan kemudiannya terpelanting jatuh dengan dahsyat.

Fikiranku tertanya kenapa ada segelintir umat islam yang mengaku islam tetapi menolak perjuangan islam. Dan ada yang mengatakan apabila berjuang untuk islam dikatakan pengaruh pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Aku ingin menyatakan yang aku berjuang untuk islam bukan kerana politik tapi aku rindukan satu suasana yang islamik. Bagiku kehidupan dalam suasana islam adalah satu kedamaian.

Aku pernah mengkaji kitab bible ataupun nama lainnya kitab injil, namun aku tidak ketemui ketenangan dalamnya apa yang ada hanyalah ayat-ayat yang direka oleh manusia. Tapi setiap kali aku merenung maksud alquran aku merasakan satu kedamaian sangat sukar digambarkan oleh akal kita.

Ya allah,
Aku merayu kepada mu,
Aku merintih kepada mu,
Aku memohon kpeda mu,
Berikanlah aku kekuatan untuk meneruskan pejuangan ini,
Hilangkanlah kesedihan yang menyelubungi hati hambaMU ini,
Bantulah aku dalam menghadapi dugaan semasa berjuang,
Ya Allah,
Yang maha Berkuasa diseluruh alam ini.

Bulan purnama bersinar indah dalam menerangi kegelapan malam, membuatkan hati tiba-tiba terfikir, “kenapa aku perlu bersedih kerana bulan purnama  sentiasa memancarkan cahaya walaupun ia sentiasa dikeliling  dengan kegelapan dan kadangkala ia dilitupi oleh awan hitam.

Islam adalah agama yang benar maka kebenaran akan melenyapkan segala penipuan-penipuan yang berada di dunia ini. Berbekalkan kata-kata ini aku kembali bersemangat dan bangun semula dari kesedihan walaupun hari ini aku dianugerahi dengan kegagalan tapi satu hari nanti kemenangan akan dikurniakan oleh Allah jika aku tabah,redha dan istiqamah dalam perjuangan.

Aku pernah membaca buku La Tahzan dalam bait-bait yang menarik perhatian aku adalah :

Kenapa perlu bersedih sedangkan kita mempunyai roti,
Untuk dimakan,
Kenapa perlubersedih sedangkan kita mempunyai air,
Untuk menhilangkan dahaga,
Kenapa perlu bersedih sedangkan kita masih mempunyai,
ALLAH bersama kita

PENGALAMAN MANIS TIADA DILUPAI

Setiap manusia, setiap orang, setiap lelaki dan perempuan mesti mempunyai kisah silam ataupun sejarah yang mereka tidak akan lupakan. Bukan sahaja sejarah hitam yang selalu kita ingat malah sejarah manis yang telah kita lalui sentiasa dalam memori kita. Kali ini aku ingat berceritakan satu sejarah ketika mana aku mula mengenali diriku. Dalam post yang lepas ada aku ceritakan yang aku pernah dengar ceramah pagi Dato Fadhilah Kamsah yang menyatakan " orang yang berjaya mesti kenal dirinya"

Dengan kata-kata itulah aku mula melangkah menyambung pelajaranku di Kolej Matrikulasi Perlis (KMP). Apabila ditanya kepada semua alumni KMP adakah mereka mahu kembali ke KMP?? semestinya mereka akan berebut-rebut untuk kembali termasuklah aku sendiri. Setiap dari mereka ada kisahnya di KMP. KMP bagi aku adalah satu tempat dimana aku mengenali erti dakwah, persahabatan, pergaulan dan yang paling penting membuka minda aku tentang apa itu kepimpinan.

Tatkala seluruh keluargaku meninggalkan aku berseorang di negeri Perlis, dimana inilah kali pertama anak jati kelantan berada diluar negeri tercintanya. Saat itu aku tiada sesiapapun yang aku kenali, terasa asing sungguh diriku ini apabila kelihatan rakan-rakan yang lain bergelak ketawa dengan rakan yang sudah lama mereka kenal. Maka aku memberanikan diri untuk mencari sahabat dan alhamdullilah dengan jiwa yang berani aku mendapat ramai sahabat bukannya kawan. 

Pada mulanya aku cuba untuk menyembunyikan identiti tentang latar belakangku bukan kerana aku sombong atau berlagak tapi pada masa itu aku takut semua kawan yang berkawan dengan aku menganggap aku ini adalah seorang ustaz. Mungkin panggilan ustaz itu mulia tapi panggilan itu terlalu mulia untuk seorang insan yang banyak melakukan dosa. Walaupun sedaya upaya aku untuk sembunyikan rahsia diriku, tetapi akhirnya pecah jua apabila aku dikurniakan seorang sahabat yang sedang cuba untuk berubah kearah kebaikan....Di masa itulah, baru aku sedar yang walaupun aku sudah pun keluar dari bidang agama tapi dakwah tidak terletak pada orang yang belajar agama sahaja...maka saat itu, aku mula berjanji insyallah disamping aku menuntut ilmu, perjuangan dakwah akan aku teruskan walaupun sedikit....

Kepimpinan, sebelum aku memasuki alam matrikulasi, persepsi aku terhadap kepimpinan adalah tiada faedah asyik gaduh dan kutuk mengutuk. Tapi setelah aku berada dialam matrikulasi, ketika mana aku mengenali seorang lelaki yang mempunyai bakat dalam kepimpinan, baru aku memahami pentingnya jiwa kepimpinan untuk seorang lelaki.Pernah juga aku ditanya "kenapa aku tidak meminati kepimpinan??". Dengan itu fikiranku tertanya-tanya kenapa aku tidak yakin pada diriku sedangkan orang disekelilingku yakin dengan diriku. 

Ketika mana aku sedang mempelajri erti kepimpinan, aku diuji dengan tanggungjawab yang besar terhadap sebuah organisasi.Pada mulanya terasa gementar untk menanggungnya namun bersemangatkan sokongan yang diberikan oleh sahabat-sahabat dan kepercayaan mereka terhadapku untuk menanggungnya, aku mampu melakukannya....TERIMA KASIH SAHABAT yang berada dalam bahteraku......mungkin aku tidak dapat menjadi yang sempurna seperti seorang pemimpin yang sebenar, terlalu banyak kesilapan yang aku lakukan semasa memimpin, jadi aku MEMOHON MAAF atas semuanya. Aku gembira di saat aku bersama dengan sahabat semua walaupun badan keletihan jiwa sedang kusut namun semuanya lesap bagaikan buih sabun apabila berada bersama.

Untuk pengakhirannya, insyallah pengalaman yang aku pelajari semasa di KMP akan aku amalkan untuk masa-masa yang akan datang.

 Buat sahabat " kenali diri anda dan jangan malu dengan siapa diri anda" kerana setiap manusia dicipta adalah untuk berkenal-kenalan dan saling lengkap-melengkapi.......Ingat setiap umat islam mempunyai share dalam menyebarkan dakwah dan ingat wahai lelaki sifat kepimpinan perlu ada dalam jiwa kita kerana setiap lelaki akan jadi ketua satu hari nanti...INSYALLAH......so close ur eye and think

***KMP ALWAYS IN MY SWEET MEMORIES***

THANKS

THANKS