JOM JOIN

Jumaat, 31 Ogos 2012

PENGORBANAN SEORANG AYAH

“ Ayah, man dapat ,Ayah” laungan Rahman berulang-ulang kali kepada ayahnya yang sedang leka di sawah. Dengan perasaan gembira Pak Hamid terus meninggalkan  sawah itu dan bergegas ke sebuah pondok berhampiran dengan anaknya. “ Ada apa ni nak, dapat apa?” tanya Pak hamid kepada anaknya sambil tersenyum. Tanpa melengahkan lagi, Rahman terus memberikan sepucuk surat yang berlabelkan “hak kerajaan”

Tanpa diduga, air mata kegembiran orang tua itu menitis membasahi pipinya sambil lidahnya terkelu dari berkata-kata. Rahman telah ditawarkan biasiswa dan pengajian ijazah di sebuah universiti di Bandar. “ Man, alhamdullilah man, akhirnya doa ayah dan mak hendak tengok kau Berjaya ditunaikan,” ujar Pak Hamid dengan tergagap.

Malam semakin meninggi, kelihatan Pak hamid termenung jauh di beranda rumahnya yang dhaif. Sesekali dia menjenguk ke dalam rumah melihat Rahman sedang nyenyak tidur diruang tamu. “ Sayang, cepat sungguh masa berlalu sekarang ini anak kita sudah pun dewasa” lintasan hatinya kerana terkenangkan arwah isterinya yang sudah 20 tahun meninggalkan mereka berdua.

Pak Hamid tidak mahu mengimbas kembali memori hitam yang telah merangut nyawa isterinya. Disamping kehilangan isteri tercinta, menyebabkan dia kehilangan tangan kanan dan penglihatan kirinya. “ Hai ayah, tak tidur lagi, jauh termenung” tegur Rahman yang telah menyedari kelibat ayahnya sedang termenung keseorang. Pak hamid hanya membalasnya dengan senyuman sahaja.

Langit terbentang luas bagaikan allah membuka pintu langit, kicauan burung-burung sedang bersilih ganti. Pagi ini, Pak Hamid tidak pergi ke sawah hari ini kerana hari ini adalah hari pedaftaran anaknya di universiti. Dengan hati yang gembira tidak terhingga mereka pergi ke sana dengan sebuah teksi.

“Man, ayah dah nak balik ni, kau belajar rajin-rajinnya, ingat jaga diri, mak dan ayah sentiasa doakan Man supaya Berjaya,” nasihat Pak hamid kepada anaknya sambil menahan sebak. Hari ini, saat ini dia terpaksa berpisah dengan anaknya yang menjadi tanda cintanya kepada isterinya . Rahman hanya memandang ayahnya sambil membalas “ sudahlah ayah, jangan menangis kat sini, malu kat orang, tak apa nanti cuti Man balik.”


Sudah setahun berlalu, Pak Hamid kelihatan sugul kerana sedang asyik menunggu kepulangan anaknya di beranda. “ Man, bila kau nak balik, ayah rindu sangat dengan Man,” kata Pak Hamid seorang diri bagi mengubati hatinya. Pak hamid cuba menghubungi anaknya namun tiada jawapan. Oleh kerana tidak terdaya menahan rindu, dia terus mengambil keputusan untuk pergi melawat anaknya pada keesokan hari.

“ Cik boleh saya jumpa dengan anak saya” tanya Pak hamid kepada seorang kerani di pejabat university tempat anaknya belajar. Pak Hamid disuruh tunggu di ruang tamu sebentar sebelum anaknya datang. Hampir satu jam menunggu, Pak Hamid mengambil keputusan untuk mencari sendiri anaknya di sekitar itu. Alangkah gembiranya hati dia, apabila kelihatan kelibat anaknya sedang berjalan dengan kawan-kawannya.

Tanpa berlengah lagi, dia terus berlari anak menuju ke arah Rahman sambil memanggil nama anaknya. Tergaman Rahman dan kawan-kawannya melihat kehadiran lelaki tua yang kusut menuju ke arah mereka. Hati Rahman menjadi tidak tentu hala dengan kehadiran ayahnya. Dia serba salah kerana takut untuk mengaku itu adalah ayahnya. Maka dengan spontannya dia berkata “ hei orang tua, siapa kamu??aku bukan anak kamu, kamu dah salah orang.” Ujar Rahman.

Ayahnya terkilan dengan kata yang keluar dari orang yang paling disayang menyebabkan dia bagaikan orang bisu. Rahman terus beralih dari situ sambil meninggalkan ayahnya begitu sahaja. Pak Hamid hanya terdiam sambil memandang kelibat anaknya hilang dari pandangan. Semasa memerhati anaknya pergi mata Pak Hamid tiba-tiba berkaca dan kemudian mengugurkan titisan-titsan air mata kekecewaan.

6 tahun kemudian….

Dedaun pintu yang usang ditolak dengan perlahan. Kelihatan perabot dalam rumah itu bertaburan dan berhabuk. Sudah seminggu ayahnya meninggal baru sekarang Rahman pulang ke kampung. Sekarang Rahman sudah pun dianugerahkan ijazah dan ditawarkan berkerja di sebuah syarikat sebagai pengurus. Walaubagaimanapun semua ini sudah tidak bermakna kerana kematian ayahnya tanpa sempat dia memohon maaf atas dosanya dulu.
Rahman memasuki bilik ayahnya sambil mengenang ayahnya. Semasa sedang meratap kesedihan Rahman ternampak sepucuk surat terletak rapi di atas meja solek. Rahman terus mencapainya dan membaca isi kandungannya.

“ Assalamualaikum Man, kamu sihat? Alhamdullih, jikalau kamu membaca surat ini, bermakna kamu dh pulang tapi mungkin ayah dah tiada di alam ini. Untuk pengetahuan Man, ayah sudah lama memaafkan apa yang telah Man buat kepada ayah. Ayah Tidak pernah mengambil hati kerana ayah tahu ini balasan kepada ayah atas kedegilan ayah terhadap nasihat ibu kamu. Ingat tak? Semasa kemalangan itu berlaku, kereta yang kita naiki tersangkut di dahan-dahan pokok selepas terhumban dalam gaung.

Untuk pengetahuan Man, tangan dan mata ayah cacat adalah semata-mata hendak selamatkan kamu. Ayah terpaksa memutuskan tangan ayah yang telah tersepit. Semasa ayah mengeluarkan kamu dari kereta , sudah jatuh di timpa tangga, kereta bergelongsor turun kebawah menyebabkan dahan-dahan saling bidas membidas. Satu dahan telah mengenai kepala ayah menyebabkan ayah jatuh dan pengsan.
Apabila sedar dari pengsan ayah mendapati, ayah berada di hospital. Doktor memaklumkan yang kamu selamat namun berkecai hati apabila mengetahui yang ibu tidak dapat diselamatkan. Kesedihan ayah bertambah apabila mengetahui yang ayah kehilangan penglihatan sebelah mata akibat hentakan dahan yang kuat dan juga sebelah tangan ayah .

Biarpun ayah  kehilangan kesemuanya, namun ayah tetap gembira kerana kamu masih lagi bersama dengan ayah. Ayah berjanji akan menjaga kamu seperti mana ayah berjanji dengan ibu kamu.

Buat kali terakhirnya, ayah sekali lagi memohon maaf atas kesilapan ayah dan kecacatan ayah yang menyebabkan kamu malu….Maafkan ayah Man. Moga kamu Berjaya di dunia dan akhirat.
Yang benar,

Dari ayah yang merindui anaknya “

Menitis airmata Rahman apabila membaca surat daripada ayahnya. Namun nasi sudah pun menjadi bubur dimana ayahnya tidak akan kembali lagi ke dunia ini. Rahman merasakan teramat berdosa dengan kelakuan dia terhadap ayahnya . Sejak itu dia telah pun berubah dan dia tidak akan melupai pengorbanan ayahnya yang tidak dapat dibalas dengan apa sekalipun. Hanya sedikit doa buat ayah mampu dikirim, moga-moga allah memberkati ayahnya.

Rabu, 29 Ogos 2012

APA YANG PATUT AKU JAWAB SEKIRANYA...????


Masa first skali aku buka facebook aku, aku betul terkejut dengan gambar ini terpampar besar. Mungkin sahabat turut membaca malapetaka yang telah dialami oleh perempuan inikan....
Dikatakan perempuan ini diragut dimana peragut menetak tangannya dengan parang sehingga hampir putus untuk mendapatkan beg. Masyallah kejamnya peragut ini " Moga peragut itu mendapat hidayah dari pada Allah"
Dimanakah sekarang sifat keperimanusian yang telah dikurniakan oleh allah kepada kita. Apabila aku tengok  seorang perempuan terseksa , fikiranku hanya akan terfikir

Ya Allah,
macam mana jikalau rasullah ada disini,
apa yang patut aku jawab jika ditanya oleh rasullah,
KENAPA TIDAK MENJAGA WANITA"

Wasiat terakhir rasullah kepada kaum lelaki adalah menjaga wanita, tapi sekarang dunia ini telah menjadikan wanita itu seperti mainan bukannya bidadari dunia. Apabila sebut saja perkataan wanita, kita sudah pun sedia maklum yang wanita itu lemah, tapi berapa ramai lelaki yang mengambil berat tentang ini.

Namun begitu, wahai wanita lihatlah dan sedarlah rasullah sangat sayangkan wanita sehinggakan sebelum wafat pun beliau masih sebut wanita, tapi berapa ramai wanita yang mengikut syariat yang beliau bawa dan berapa ramai wanita yang melaksanakan syariat yang patut dia patuhi????

wahai sahabat? pejamlah matamu sekejap, renungkahlah 
kita semua katakan yang kita cintakan rasullah,
tapi adakah kita laksanakan syariat yang dibawa oleh beliau,
Bayangkan jikalau Rasullah datang berjumpa dengan kita,
sekarang ini.....
adakah kita mempunyai jawapan untuk mejawab soalan,
yang akan ditujukan oleh Rasullah.....????


P/S : maaf orang yng menulis pun tidak sempurna jadi mohon maaf, jika ada salah tolong tegur....sama-samalah kita memperingati antara satu sama lain...moga-moga syiar allah sentiasa berkibar sehingga hari kiamat......INSYALLAH

Ahad, 26 Ogos 2012

ADAKAH AKU MALANG????

Baru-baru ni ak telah pergi berhari raya rumah kawan aku dengan motorsikal tiba-tiba  masa dlam perjalanan tayar aku pancit. Nak jadikan citer, hari yang selepas tu, aku naik motorsikal lain lagi , tiba-tiba pancit lagi. Adakah aku ini orang yang bernasib malang??? Mesti sahabat pernah merasainyakan.

Apa yang aku nak perkatakan disini, sebenarnya  istilah bernasib malang tidak patut wujud didunia ini...Adakah sahabt semua setuju dengan aku. Bagi aku semua manusia di dunia ini termasuk samada beriman atau tidak, kita semua hanya mendapat nasib yang baik....Kenapa aku cakap camtu sebab dalam al quran telah termaktub surah baqarah ayat 216. setiap yang baik tidak semesti baik untuk kita dan setiap yang buruk xsemestinya buruk untuk kita.Jadi, setiap nasib yang buruk berlaku kepada kita mesti ada iktibar dari nya....so BERSABARLAH, JANGAN KECEWA DENGAN APA YANG TELAH BERLAKU KEPDA KITA kerana semua tu baik untuk kita.

Namun, mesti sahabt pernah berada di posisi pendengar kepada orang yang melanda kecelakaan bukan???? Apabila kita berada diposisi itu, janga sesekali kita menghina di, memerli dia, dan lain-lain lagi sebab kata-kata yang kita lontarkan itu bagaikan BATU YANG TENGAH MEREKAH KEMUDIAN DIHENTAK DENGAN PENUKUL BESI....betapa kecewanya orang itu apabila kita berkata padanya seperti itu. Kita sepatutnya menolongnya atau memberikan semangat kepadanya barulah dia merasai kebangkitan yang perlu dia lakukan.

Sahabat semua tau tak, apabila perkataan yang tidak perli menusuk dalam hatinya akan menyebabkan seorang itu menjadi tidak tenteram dan mungkin boleh mempengaruhi keputusan yang sepatut dia lakukan. Remember that, apabila fikiran kusut masalah sebesar semut pun dirasai bagaikan sebuah gunung....jadi itu  akan menyebabkan sesorang itu boleh jauh dari tuhannya......

Untuk kesimpulannya, setiap yang berlaku samada baik atau buruk bukan bermakna allah tidak menyayangi kita tapi semua itu adalah takdir yang telah ditentukan allah supaya kita merasai erti kehidupan. Dan jika ada sahabt kita yang dilanda kecelakaan bantulah dia kerana setiap sesuatu yang jatuh memerlukan tangkat untuk bangun semula......dan ingat BATU YANG HANCUR MENJADI DEBU BERGUNA UNTUK HIDUPAN TETAPI JIKA HATI HANCUR BERKECAI, RUNTUHLAH SEGALA KEHIDUPANNYA ....


THANKS

THANKS