JOM JOIN

Rabu, 1 Ogos 2012

TIDUR WAKTU PAGI



Sempena bula ramadhan menyeru kepad sahabat, kurangkanlah tidur selepas subuh kerna terlaul banyak kesan negative kepada kita.Mungkin kita hanya mahu berbaring sahaja tapi apabila merbahkan badan, kita pasti bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal..so pasti terlelap punyelah....kebiasaan ini berlaku kpd remaja zaman sekarang.....jadi disini sedikit perkongsian kenapa tidur pagi tidak elok untu kita :


BAHAYA TIDUR PAGI


[Pertama] 
Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.


[Kedua] 
Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.


[Ketiga] 
Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.


[Keempat] 
Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.


Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, 
"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." 
(Miftah Daris Sa'adah, 2/216). 
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.


[Kelima] 
Menghambat datangnya rezeki.


Ibnul Qayyim berkata, 
"Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah:- 
[1] tidur di waktu pagi, 
[2] sedikit solat, 
[3] malas-malasan dan 
[4] berkhianat." 
(Zaadul Ma’ad, 4/378)


[Keenam] 
Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. 
Zaadul Ma’ad, 4/222

KELEBIHAN SUJUD


Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna.
Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.
Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa;
"Darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh Islam".
Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.
Doktor neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Kini doktor tersebut memeluk Islam dan beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Beliau juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui Al-Quran dan Hadis Nabawi. Di antara kaedah yang digunakan termasuklahberpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed).
Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.
Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah.
"Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara normal."




BULAN PURNAMA


  Muka kamu bak bulan purnama....itulah kebiasaan perumpamaan yang kebiasaan kita dengar . Persoalannya betulkah bulan itu cantik...mengikut kajian sains permukaan bulan dipenuhi dengan kawah dan gunung-ganang....
     Apapun kali ini saya bukan ingin berbicara tentang kecantikan bulan tapi tentang pengajaran yang dapat kita ambil dari bulan purnama......
   Bulan menerangi seluruh hidupan tatkala suasana menjadi gelap apabila dintinggalkan oleh matahari,biarpun permukaannya hodoh tapi apabila ada  kegelapn dia akan menerangi kegelapan tersebut, oleh itu kesannya seluruh hidupan mengakui bahawa bulan purnama itu cantik.
   Apa yang dapat kita simpul adalah, jadilah orang yg berguna untuk agama, bangsa, negara dan masyarakat. Setiap manusia mempunyai kelemahan, jadi usahlah kamu malu dan sedih dengan kelemahan tersebut kerana dengan kelemahan itu ada keistimewaan kita yang telah dikurniakan oleh allah. Apabila kita berkelakuan baik sudah tentu tanggapan masyarakat kepada kita adalah kebaikan untuk diri kita.

" Tidak kiralah jika seseorang itu berjubah dan berserban tapi memiliki akhlak yang buruk, dia tetap akan mendapat tanggapan buruk dari masyarakat,,,,,so think about"   

THANKS

THANKS