JOM JOIN

Khamis, 29 November 2012

WARKAH UNTUK SAHABAT



" bagaikan isi dengan kuku" itulah satu pepatah orang-orang tua untuk melambangkan nilai persahabatan yang utuh. Disaat aku dikelilingi dengan rakan-rakan yang sentiasa bergelak ketawa, hati ini tiba-tiba terlintas akan dikau wahai sahabat. Mungkin mereka gembira bersamaku dan mungkin aku senang bersama dengan mereka tetapi itu tidak bermakna aku tidak memerlukan kau wahai sahabat. Ketika aku berjauhan dengan mu dan ketika kau tidak bersama denganku, baru ku sedari satu kehilangan telah muncul didalam diri ku.

"sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula persahabatan kita wahai sahabat. Ku tahu persahabatan kita terputus hanyalah disebabkan ku, ukhuwah kita bercerai adalah kerana diriku yang hina ini. Wahai sahabat, walaupun aku dikurniakan fikrah agama oleh allah itu tetapi aku bukan malaikat. Aku sama dengan dikau malahan kadang-kadang lebih teruk darimu wahai sahabtku.

Kau tahu egoku tinggi, kau tahu aku tidak menghargaimu sahabat, tapi kau tetap bersamaku tanpa sedikit perasaan benci. Terima kasih sahabat!!! Terima Kasih sahabat!!!! Terima kasih sahabat!!!. Ingin sekali aku ucapkan "maafkanku wahai sahabat" tapi bibir ini, lidah ini terasa berat untuk melafazkan bukan kerana aku sombong, bukan kerna aku ego tapi kerana aku malu untuk melafazkannya, aku segan untuk menuturkannya dihadapanmu.

Sebagai sahabat, kau berhak untuk menegurku, kau berhak menarikku kembali ke jalan yang benar, tapi bibir ini, lidah ini sekali lagi kelu untuk berkata " terima kasih sahabat" terima kasih sahabat 'terima kasih sahabat". Sesungguhnya aku ini insan yang kadang-kadang terbuai dengan  nikmat duniawi ini, maka tolong kejutkanku, jangan tinggalkan aku nyenyak dibuai dunia kerna pahala itu benar, dosa itu benar, syurga itu benar dan neraka jahanam itu benar. Andaikata aku tidak mengendahkan kau, janganlah kau berputus asa denganku dan janganlah kau melepas tangan terhadapku kerana hati ini sudah lama bersama dengan syaitan maka bukan senang syaitan mahu melepaskanku.

Wahai sahabat, tahukah kenapa aku memanggil kau sahabat bukannya kawan atau rakan. Ini kerana bagiku seorang rakan atau kawan hanya akan berada bersama denganku apabila aku gembira tapi sahabat adalah seseorang insan yang bersama denganku disaat aku gembira atau berduka. Disaat aku dianugerahi nikmat, kau senyum gembira sambil memujiku, disaat aku jatuh kau tidak meninggalkanku tapi kau hulurkan tanganmu untuk mengangkatku kembali. Disaat aku berjauhan dengan ahli keluargaku, kaulah yang menemaniku dalam menempuhi ujian hidupku sebelum aku dikurniakan bidadari dunia.

Wahai sahabat, Ingatkah kau satu hadis qudsi :

Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemulianku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" ( hadis riwayat Muslim)

Subhanallah, sahabat, itulah janji allah kepada kita jika kita bersahabat adalah keranaNYA. Aku tahu kau mahukannya dan aku juga mahukannya, oleh itu bermula jam ini, bermula minit ini, bermula saat ini, bermula detik ini kita sama-sama close our eyes dan berjanji akan bersahabat sehingga ke akhirat. Jikalau antara kita tersalah nasihatilah, insyallah sama-sama kita saling memperingati.

Andaikata allah memberikan aku pilihan samada kau atau perempuan, insyallah akan ku pilih kau wahai sahabatku. Mungkin persahabatan kita tidak sama seperti persahabatan antara Rasulullah dengan Abu bakar dan juga para sahabat. Para sahabat sanggup mengadaikan nyawa mereka semata-mata untuk melindungi Rasulullah tapi aku belum tentu mampu untuk berbuat demikian, tetapi akan ku cuba sedaya upayaku untuk jadi yang terbaik buatmu wahai sahabat.

Wahai sahabat, aku pernah terbaca satu hadis '' Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerna allah dalam tempat berjauhan diterima oleh Allah".

Sebelum warkah ini terhenti,
sebelum mata ini tertutup rapat,
sebelum nafas ini sampai ke penhujungnya,
sebelum roh ini bertemu dengan illahi,

Duhai sahabat,
maafkanlah aku,
ampunilah dosaku terhadapmu,
halalkanlah hak-hakmu,
yang aku ambil tanpa kau sedar atau tidak,
iringilah doamu kepadaku,

Duhai sahabat,
aku sentiasa mendoakan dikau,
agar kau dirahmati didunia dan akhirat,
agar kau menperolehi apa yang kau impikan,
tapi janganlah kau lupa pada allah,
janganlah kau lupa pada rasulullah,
dan janganlah kau lupa,
dengan tali ukhwah kita,
yang kita jalin selama ini,
moga kita bertemu kembali,
di SYURGA...nanti

2 ulasan:

  1. kawan mmg ade time kite appy tp sahabat je yg ade time suka dan duka..

    BalasPadam

THANKS

THANKS