JOM JOIN

Sabtu, 17 November 2012

INGATLAH, WAHAI PENYAMBUNG RANTAI-RANTAI ALLAH

Hujan nikmat turun membasahi bumi dengan lebat sambil disertai dengan hiasan guruh yang bergema ke seluruh pelusuk utm. Suasana yang sungguh mententeramkan jiwa yang sedang gundah gulana. Langit yang gelap terbentang luas bersama dengan angin yang lembut mencengkam tubuhku. Sudah banyak perkongsianku untuk sahabat telah mengingatkaku satu kata-kata oleh Sharifah Khasif Fadzilah ( wakil qariah Malaysia) " seribu orang suka pada kita, akan ada seribu orang yang tidak suka pada kita"

Aku mengamit kata-kata kedalam jiwaku,
sehingga aku merasakah,
betapa kerdilnya aku,
untuk menyambung rantai-rantai dakwah ini.

Aku ini hanyalah insan biasa,
kadang-kadang,
tertewas dengan nafsu sendiri,
aku cuba untuk bangkit semula,
agar ajalku tidak dijemput,
ketika aku berdosa.


Aku pernah bertanyakan kepada seorang guruku tentang bagaimana aku ingin sentiasa berada dalam jalan allah sedangkan nikmat-nikmat dunia sedang bermain-main dimata. Maka jawapan guruku cukup simple ia adalah ISTIQAMAH. Alhamdullilah berpegangkan pada kalimah istiqamah aku meneruskan juga dakwah penulisanku ini. Apakah itu istiqamah?? aku memahami maksudnya namun aku belum dapat menghayati apakah itu istiqamah yang sebenar??

Air hujan turun menghakis tanah sedikit demi sedikit sehingga tanah menjadi lembut. Apabila melihat perihal air hujan maka barulah aku mengerti erti sebenar istiqamah. Terima kasih allah.Walaupun kecil atau sedikit perkongsian yang diberi insyaaallah dapat dijadikan pedomanku dan sahabat semua. Dalam filem "the karate kid" pelakon jakie chan ada menyebut " kungfu is our life" tetapi ingin sekali aku menukarnya untuk dijadikan pedoman " dakwah is our life ".

Kau nak berkongsi ilmu, cukupkah ilmu kau sahihkah??? Itulah merisaukan aku. Aku baru saja 19 tahun merasai nikmat hidup dan ia hanyalah tempoh yang singkat untuk aku berkongsi ilmu yang cetek ini. Malahan aku juga tidak sesempurna rasulullah, para sahabat, tabi', ulama-ulama dan ustaz ustazah dalam menjadi seorang pendakwah. Oleh itu aku perlukan menambah dan memperbanyakan ilmuku insyaaallah...teringat aku satu kata " Apabila kita memiliki harta maka harta itu akan habis tetapi apabila kita mempunyai ilmu maka ilmu itu sentiasa bertambah"... Oleh itu, jika ada kesalahan dalam perkongsian moga-moga ditegur agar kita sama-sama dirahmati allah.

Bunyi detuman kilat memeranjatkanku sehingga membingitkan telingaku. Subhanallah....Tidak kira apa jua halangan dan cabaran yang dilontarkan malahan jika diletakan pisau dileherku akan ku terus jua perjuangan ini kerana aku tidak tahu apa lagi jawapan yang perlu aku persembahkan kepada Allah di akhirat kelak.

"Pendakwah yang kecundang" sudah banyak aku memdengar cerita tentang ini. Adakah aku termasuk dalam golongan ini??? Ya allah lindungi aku dari semua godaan dan nikmat dunia ini!!. Jika aku berada didalam jalan allah maka syaitan akan sentiasa setiap saat, setiap detik ia akan berusaha untuk menjatuhkanku kedalam lembah maksiat. Perempuan, wang dan ilmu adalah kebiasaan racun yang paling berbisa dalam menjatuhkan manusia seperti ini. Mana mungkin seorang lelaki tidak tertarik dengan seorang perempuan kerna itulah lumrah kehidupan yang dikurniakan oleh allah kepada makhluknya.

Ingin sekali aku kongsi satu kisah benar yang telah berlaku kepada seorang hamba allah ketika aku di alam persekolahan. Beliau adalah penghafaz alquran, banyak ilmu tentang agama dan apabila menyebut namanya maka sahabat-sahabatku akan melabelkan pelajar baik. beliau juga tidak meninggalkan solat tahajud setiap malam.Pernah satu ketika beliau menceritakan beliau bermimpi beliau hendak pergi kemasjid untuk solat tahajud. apabila tiba disana kelihata ramai lelaki berjubah putih sedang solat berjemaah. Beliau terus masuk dan solat bersama-sama. Mungkin itu hanyalah suatu mimpi tapi dalam mimpi itu salah seorang dari lelaki berjubah putih ada memujinya. subhanallah.

Namun semua ini berakhir apabila peristiwa hitam berlaku dimana allah mengujinya. Astafirullahalazim .....beliau jatuh tersungkur bagaikan jatuh dari sebuah tempat yang tinggi. Syaitan terlonjak-lonjak kegembiraan apabila melihat hamba allah ini terjatuh kedalam lembah maksiat. Alhamdullilah, dengan takdir allah dan taufiq dan hidayatnya, hamba allah ini bangkit semula dan keluar dari lembah maksiat itu. Beliau menanggis teresak-esak bagaikan seorang bayi kerana kesilapannya yang telah dilakukan.Namun semua ini tidak akan mengubah masa silam. Berbekalkan pengalaman hitam itu dan tidak pernah dikongsikan kepada sesiapapun, beliau berjanji dan memohon agar tidak mengulangi kesilapan yang lalu. 

Oleh kerana, Peristiwa hitam itu juga beliau bersama-sama dalam perjuangan dakwah ini kerana beliau menyedari satu kepentingan yang diperolehi dalam dakwah iaitu sentiasa berada dalam nasihat dan teguran. Alhamdullilah hamba allah ini dapat bangkit dari kesilapanya namun masih ada sahabatku yang terlena dibuai nikmat apabila dikurniakan ilmu yang banyak...

Wahai sahabat,
marilah berdoa kepada allah,
agar allah berikan kemenangan kepada saudara kita,
di Gaza dan,
allah memberi hidayat dan taufiq kepada,
kita dan sahabat kita yang lain,
moga-moga kita tidak,
terlena dibuai duniawi...

Hujan sudah pun beransur pergi, jam menunjukan malam akan menjelma tidak lama lagi. . Dalam alquran ada menyebut " Dan jika kamu ingin mengira nikmat allah yang diberikan kepadamu maka ia tidak akan terkira"... setiap detik dan setiap saat nikmat allah bersama dengan aku tapi kadang-kadang aku ini lupa untuk menyebut ALHAMDULILLAH walaupun sekali. so close our eyes and say thank u Allah....Alhamdullilah..

*** SAVE GAZA, DON'T DISTURB MY BROTHER***

1 ulasan:

  1. setiap org pasti melakukan kesilapan.. manusia sememangnye xpnh lari dr melakukan kesilapan.. alhamdulillah, msh ade yg sd tuk kite saling mengingati.. thanx

    BalasPadam

THANKS

THANKS