JOM JOIN

Khamis, 22 November 2012

CINTA OH CINTA

Tidak perlu mencari teman secantik balqis,
andai diri tidak sehebat sulaiman,
tidak perlu seteguh ibrahim,
andai diri tidak sekuat hajar,
mengapa mengharapkan teman setampan yusuf,
jika kasih tidak setulus zulaikha,
mengapa didamba teman hidup,
sehebat khadijah,
andai diri tidak sesempurna,
RASULULLAH...

Apakah itu cinta???Untuk apakah cinta itu???....apakah jawapan sahabat apabila ditujukan dengan soalan ini. Untuk membahaskan tentang cinta bukannya satu kerja yang senang kerana cinta itu datang apabila tiba masanya... Tetapi untuk sedikit asasnya cinta itu adalah satu perasaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan yang tiada ikatan kekeluarga.....kenapa perlu adanya cinta, ianya kerana semasa di zaman nabi adam berada di dlm syurga, beliau berjalan-jalan didalm syurga dengan perasaan kesepian, kemudian apabila nabi adam tidur maka allah menyuruh malaikat mengambil tulang rusuk kiri nabi adam maka terciptalah hawa.....

begitulah pentingnya perasaan cinta yang indah itu. Setiap manusia memerlukan antara satu sama lain untuk dijadikan satu kesempurnaan dalam kehidupan. Mungkin ayat ini sudah tidak asing ditelinga sahabat semua:

ٱلۡخَبِيثَـٰتُ لِلۡخَبِيثِينَ وَٱلۡخَبِيثُونَ لِلۡخَبِيثَـٰتِ‌ۖ وَٱلطَّيِّبَـٰتُ لِلطَّيِّبِينَ وَٱلطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَـٰتِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ مُبَرَّءُونَ مِمَّا يَقُولُونَ‌ۖ لَهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ وَرِزۡقٌ۬ ڪَرِيمٌ۬ (٢٦
maksudnya:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (26)

Mungkin apabila terbaca ayat ini ada dikalangan sahabat yang memahami "aku ini lelaki yang jahat so, jgn harap akan dapat perempuan yg soleh" or "aku ini perempuan tidak bertudung so jgn harap akan dapat lelaki yang warak"...subhanallah, sahabat kikislah pandangan itu dari fikiran kita kerana maksud quran ini indah dahn banyak makna-makna yang tersirat didalamnya. Sebenarnya allah ingin memaklumkan kepada kita supaya kita jadi yang terbaik untuk pasangan kita.sebab itu ada sesetengah tafsir meletakkan perkataan "lazimnya" seperti di atas. Ayat ini bukan bermaksud allah ini tidak adil pada makhluknya tapi itulah kenapa allah itu maha bijaksana....subhanallah

Ada beberapa ayat lagi didalam alquran yang berceritakan tentang cinta....lihatlah wahai sahabat betapa sucinya cinta itu sebenar. Cinta itu tidak sama dengan perasaan marah, sedih, kecewa ataupun takut tapi ia adalah satu perasaan yang cukup tinggi martabatnya disisi allah. Cinta itu juga dikaitkan dengan perkahwinan so aku pernah terbaca satu kisah dizaman rasulullah dimana, seorang sahabat ingin melangsungkan perkahwinannya dan secara kebetulan ketika itu rasulullah akan pergi berperang. Maka lelaki itu memberitahu kepada rasulullah bahawa beliau akan  melanjutkan tarikh perkahwinannya tetapi rasulullah melarang dan menyuruh beliau meneruskan perkahwinannya. Begitulah kisahnya.

Namun sekarang ini, Cinta itu sudah dianggap bahan mainan oleh masyarakat kita terutama remaja-remaja sekarang. Setiap masa dan setiap hari cinta itu boleh bertukar tangan dari kiri ke kanan dari kanan ke kiri.
Apabila dimaklumkan status tidak pada couple maka berjawablah ia " kolotlah kau ni" or "ketinggalan zaman la kau ni".... Biarlah kita kolot or ketinggalan zaman kerana dosa itu benar, neraka itu benar dan azab allah itu benar.

Wahai sahabat, cinta itu suci dan tinggi martabatnya disisi illahi maka jaganlah kita permurahkan nilainya. Hidup berseorangan tidak pernah ada dalam skrip kehidupan kita kerana walaupun berseorang tanpa teman tapi allah sentiasa mencintai kita.... Mungkin ini boleh diibaratkan sebagai kita ini seorang pekerja disebuah syarikat. Maka apabila kita baik dengan bos atau pemilik syarikat maka sanggupkah dia melihat kita hidup merana atau menderita....SANGGUPKAH???

Bersabarlah wahai sahabat, jangan mengotori cinta sucimu hanya kerana ingin memiliki seseorang yang belum  pasti akan menjadi cinta sejati. Jodoh itu ditangan allah dan ia adalah takdir yang telah ditetapkan semasa dihembuskan roh kedalam jasad kita maka ia pasti datang...... Just wait for moment you will get the real love...

 Sebagai kesimpulannya , aku simpulkan dalam bentuk sedikit kata-kata or puisi ( maaf aku ini bukan sasterawan cuma sedikit kelebihan dalam menulis)..sebelum itu ingatlah " Kenapa perlu mengharapka cinta dari seseorang jika kita tidak mengerti apa itu sebenarnya CINTA"

Maafkanku,
kerana menolak cintamu,
bukan kerana aku tidak memahamimu,
bukan kerana kau tidak layak untukku,
bukan kerana kau tidak sempurna untukku,
tetapi,
Cintamu terlalu suci untukku,
 setiap minit setiap saat aku melakukan dosa,
Cintamu hanya untuk lelaki/perempuan,
yang bergelar,
SUAMI/ISTERI mu....
Jadi janganlah kau kotorinya,
hormatilah jodoh kau yang akan datang sekejap lagi,
jgnlah kau takut kehilangannya,
kerana apabila ada jodoh,
maka ia tak akan,
KEMANA...




1 ulasan:

  1. Cinta itu fitrah.Tapi jagalah ia agar tidak sampai menjadi fitnah.Syabab Islam tidak seharusnya leka dengan perasaan cinta manusia hingga lupa cinta UTAMA.Cinta Allah.Teruskan menulis keranaNya.

    BalasPadam

THANKS

THANKS