JOM JOIN

Sabtu, 17 November 2012

INGATLAH, WAHAI PENYAMBUNG RANTAI-RANTAI ALLAH

Hujan nikmat turun membasahi bumi dengan lebat sambil disertai dengan hiasan guruh yang bergema ke seluruh pelusuk utm. Suasana yang sungguh mententeramkan jiwa yang sedang gundah gulana. Langit yang gelap terbentang luas bersama dengan angin yang lembut mencengkam tubuhku. Sudah banyak perkongsianku untuk sahabat telah mengingatkaku satu kata-kata oleh Sharifah Khasif Fadzilah ( wakil qariah Malaysia) " seribu orang suka pada kita, akan ada seribu orang yang tidak suka pada kita"

Aku mengamit kata-kata kedalam jiwaku,
sehingga aku merasakah,
betapa kerdilnya aku,
untuk menyambung rantai-rantai dakwah ini.

Aku ini hanyalah insan biasa,
kadang-kadang,
tertewas dengan nafsu sendiri,
aku cuba untuk bangkit semula,
agar ajalku tidak dijemput,
ketika aku berdosa.


Aku pernah bertanyakan kepada seorang guruku tentang bagaimana aku ingin sentiasa berada dalam jalan allah sedangkan nikmat-nikmat dunia sedang bermain-main dimata. Maka jawapan guruku cukup simple ia adalah ISTIQAMAH. Alhamdullilah berpegangkan pada kalimah istiqamah aku meneruskan juga dakwah penulisanku ini. Apakah itu istiqamah?? aku memahami maksudnya namun aku belum dapat menghayati apakah itu istiqamah yang sebenar??

Air hujan turun menghakis tanah sedikit demi sedikit sehingga tanah menjadi lembut. Apabila melihat perihal air hujan maka barulah aku mengerti erti sebenar istiqamah. Terima kasih allah.Walaupun kecil atau sedikit perkongsian yang diberi insyaaallah dapat dijadikan pedomanku dan sahabat semua. Dalam filem "the karate kid" pelakon jakie chan ada menyebut " kungfu is our life" tetapi ingin sekali aku menukarnya untuk dijadikan pedoman " dakwah is our life ".

Kau nak berkongsi ilmu, cukupkah ilmu kau sahihkah??? Itulah merisaukan aku. Aku baru saja 19 tahun merasai nikmat hidup dan ia hanyalah tempoh yang singkat untuk aku berkongsi ilmu yang cetek ini. Malahan aku juga tidak sesempurna rasulullah, para sahabat, tabi', ulama-ulama dan ustaz ustazah dalam menjadi seorang pendakwah. Oleh itu aku perlukan menambah dan memperbanyakan ilmuku insyaaallah...teringat aku satu kata " Apabila kita memiliki harta maka harta itu akan habis tetapi apabila kita mempunyai ilmu maka ilmu itu sentiasa bertambah"... Oleh itu, jika ada kesalahan dalam perkongsian moga-moga ditegur agar kita sama-sama dirahmati allah.

Bunyi detuman kilat memeranjatkanku sehingga membingitkan telingaku. Subhanallah....Tidak kira apa jua halangan dan cabaran yang dilontarkan malahan jika diletakan pisau dileherku akan ku terus jua perjuangan ini kerana aku tidak tahu apa lagi jawapan yang perlu aku persembahkan kepada Allah di akhirat kelak.

"Pendakwah yang kecundang" sudah banyak aku memdengar cerita tentang ini. Adakah aku termasuk dalam golongan ini??? Ya allah lindungi aku dari semua godaan dan nikmat dunia ini!!. Jika aku berada didalam jalan allah maka syaitan akan sentiasa setiap saat, setiap detik ia akan berusaha untuk menjatuhkanku kedalam lembah maksiat. Perempuan, wang dan ilmu adalah kebiasaan racun yang paling berbisa dalam menjatuhkan manusia seperti ini. Mana mungkin seorang lelaki tidak tertarik dengan seorang perempuan kerna itulah lumrah kehidupan yang dikurniakan oleh allah kepada makhluknya.

Ingin sekali aku kongsi satu kisah benar yang telah berlaku kepada seorang hamba allah ketika aku di alam persekolahan. Beliau adalah penghafaz alquran, banyak ilmu tentang agama dan apabila menyebut namanya maka sahabat-sahabatku akan melabelkan pelajar baik. beliau juga tidak meninggalkan solat tahajud setiap malam.Pernah satu ketika beliau menceritakan beliau bermimpi beliau hendak pergi kemasjid untuk solat tahajud. apabila tiba disana kelihata ramai lelaki berjubah putih sedang solat berjemaah. Beliau terus masuk dan solat bersama-sama. Mungkin itu hanyalah suatu mimpi tapi dalam mimpi itu salah seorang dari lelaki berjubah putih ada memujinya. subhanallah.

Namun semua ini berakhir apabila peristiwa hitam berlaku dimana allah mengujinya. Astafirullahalazim .....beliau jatuh tersungkur bagaikan jatuh dari sebuah tempat yang tinggi. Syaitan terlonjak-lonjak kegembiraan apabila melihat hamba allah ini terjatuh kedalam lembah maksiat. Alhamdullilah, dengan takdir allah dan taufiq dan hidayatnya, hamba allah ini bangkit semula dan keluar dari lembah maksiat itu. Beliau menanggis teresak-esak bagaikan seorang bayi kerana kesilapannya yang telah dilakukan.Namun semua ini tidak akan mengubah masa silam. Berbekalkan pengalaman hitam itu dan tidak pernah dikongsikan kepada sesiapapun, beliau berjanji dan memohon agar tidak mengulangi kesilapan yang lalu. 

Oleh kerana, Peristiwa hitam itu juga beliau bersama-sama dalam perjuangan dakwah ini kerana beliau menyedari satu kepentingan yang diperolehi dalam dakwah iaitu sentiasa berada dalam nasihat dan teguran. Alhamdullilah hamba allah ini dapat bangkit dari kesilapanya namun masih ada sahabatku yang terlena dibuai nikmat apabila dikurniakan ilmu yang banyak...

Wahai sahabat,
marilah berdoa kepada allah,
agar allah berikan kemenangan kepada saudara kita,
di Gaza dan,
allah memberi hidayat dan taufiq kepada,
kita dan sahabat kita yang lain,
moga-moga kita tidak,
terlena dibuai duniawi...

Hujan sudah pun beransur pergi, jam menunjukan malam akan menjelma tidak lama lagi. . Dalam alquran ada menyebut " Dan jika kamu ingin mengira nikmat allah yang diberikan kepadamu maka ia tidak akan terkira"... setiap detik dan setiap saat nikmat allah bersama dengan aku tapi kadang-kadang aku ini lupa untuk menyebut ALHAMDULILLAH walaupun sekali. so close our eyes and say thank u Allah....Alhamdullilah..

*** SAVE GAZA, DON'T DISTURB MY BROTHER***

Khamis, 15 November 2012

KENAPA ISLAM LEMAH???

Ya allah,
selamatkanlah gaza,
ya allah,
bantulah mereka,
turunkanlah bala tenteramu,
ya allah,
kuatkanlah iman saudara-saudaraku,
di Gaza,
moga-moga mereka syahid di jalan mu
INSYALLAH.....

Dilaman sosial sudah beratus-ratus post, msg sudah beribu-ribu dihantar tentang serangan israel terhadap Gaza namun adakah kita cakna kepadanya, adakah kita berdoa untuk saudara kita, adakah kita lakukan sesuatu untuk saudara kita???? tanyalah iman kita hanya allah sahaja tahu...

Wahai sahabat, bangkitlah, bangunlah, lihatlah apa yang telah zinonis lakukan terhadap saudara kita. Mungkin mereka bukan bangsa kita, mungkin mereka bukan warganegara kita, mungkin mereka bukan keluarga kita tapi mereka seagama dengan kita iaitu ISLAM. Jomlah wahai sahabat kita sama-sama berdoa moga-moga pertolongan allah akan muncul insyallah.

Kali ini aku bukan mahu kongsikan tentang Gaza kerana sudah banyak sahabat aku yang berceritakan tentang Gaza. Aku hendak kongsikan sikit tentang kenapa islam sekarang sudah tidak sama dengan islam yang dahulu. Kenapa orang-orang kafir sudah tidak takut atau gentar dengan perkataan ISLAM????

Mungkin ada yang katakan islam sekarang sudah tidak sama dengan islam dahulu kerana jarak kita dengan rasulullah terlalu jauh meyebabkan ada sedikit peselisihan terhadap agama islam. Betul!! memang betul!!... oleh terlalu banyak perselisihan menyebabkan kita tidak bersekutu sesama sendiri. itulah punca yang paling utama..... Untuk pengetahuan sahabat semua islam ini mudah dan islam ini fleksible sebab itulah ada perbezaan pendapat. 

Dulu semasa aku masih di kaki persekolahan, aku pernah berselisih pendapat tentang agama islam namun apabila bertemu dengan seorang sheikh arab yang mengajar kami, beliau berkata " kedua pandangan kamu semua adalah betul dan tiada salah kerana pandangan itu bagaikan satu cahaya yang datang kemudian dialihkan melalui dua lubang".... maka selepas saat itu aku mula mengerti uniknya islam ini...so sahabat apabila berlaku ketidak sefahaman tentang islam jgn sesekali terus membuangnya tapi ambil dan kaji mungkin kita yang salah or mungkin ianya hanya sedikit perbezaan.

“Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?”Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di air bah. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah mencampakkan dalam hati kamu al-Wahn.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn?”Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.” (Hadis Riwayat Ahmad,

Pernahkah sahabat dengar atau terbaca dengan hadis ini, apa yang diperkatakan oleh rasulullah semua telah pun terjadi dizaman ini. Di Malaysia, kita asyik mengejar kemajuan sehinggakan kita lupa saudara kita yang memerlukan bantuan kita. Oleh kerana terlalu takut hilang kemajuan yang mahu dikecapi kita tidak mengendahkan saudara kita.... Ingatlah wahai sahabat, islam itu jemaah. Apa itu jemaah? jemaah adalah bersama-sama...andaikata kita maju maka mereka pun maju... jemaah bagaikan sebatang lidi jika ia sebatang maka ia mudah untuk dipatahkan tetapi jika beberapa batang lidi disatukan maka ia sukar untuk dipatahkan...

Wahai sahabat, apakah pandangan sahabat apabila melihat lelaki berjubah dan berserban sedang berjalan-jalan di Shopping Mall or apa pandang sahabat apbila melihat seorang perempuan memakai tudung labuh dan berniqab (kain menutup muka).... adakah ianya biasa or normal..... tidak2 sama sekali kerna pada zaman sekarang ini apabila melihat seseorang seperti diatas maka beliau akan dipandang pelik...masyallah..itulah dunia zaman sekarang....apabila melihat perempuan melayu memaki skirt pendek sambil merokok itu pandang biasa....

Peliknya dunia ini....sedarlah wahai sahabat " islam datang secara asing maka ia akn pulang secara asing"...kita asyik mengikut budaya fesyen orang kafir hanya kerana mereka lebih maju dari kita... Mana budaya fesyen kita??? sanggupkah kita biarkan budaya fesyen kita hilang ditelan zaman??? adakah fesyen budaya kita tidak cantik??? tidak sahabat.....ingatlah apa yang disyariatkan oleh allah kepada kita tentang fesyen ada sesesuatu yang baik untuk kita. oh ya, lupa untuk kongsikan satu ayat alquran :

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ١٢٠
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (120)

Apabila bercakap tentang fesyen, memang tidak habis kerana masalah yang paling ketara dalam masyarakat kita adalah masalah fesyen.....Sahabat dalam islam tidak mengharamkan kita berfesyen tapi ia mengharamkan kita mendedah aurat itu saja...... Wahai sahabat ingatlah  " biarlah tidak kacak dimata perempuan asalkan, hensem dimata bidadari allah, biarlah tidak cantik didunia ini, asalkan jelita diakhirat nanti"

Kesimpulannya, marilah sama sahabat kita close ur eyes dan selami hati kita dengan soalan ini, " aku ini islam tapi adakah aku melaksanakan agama islam itu"..."aku bencikan kekejaman tapi adakah aku melakukan sesuatu untuk berhentikan kekejaman itu".......untuk yang terakhirnya sama-samalah kita hayati sebuah puisi  tentang saudara kita di Gaza....insyallah

Jeritan Anak Palestina
Hari ini, engkau membantai kami yang kecil dan tak berdaya… 
Dengan mesin perang yang canggih, tak tertandingi…
Karena engkau takut kami akan melawanmu kan? 
Ciptakanlah ketakutan pada diri kami, tapi hanya saat ini…
Karena semangat kami takkan padam. 
Tindakanmu hanya mempertegas wajah picikmu…
Karena yang tersisa akan membuat perhitungan. 
Saat itu, kami menunggumu di garis depan…
Sampai titik darah penghabisan…. 
Sampai engkau mengembalikan semua hak kami.
Kehormatan yang engkau rampas dengan kesombonganmu! 
Maka tunggulah, saatnya akan tiba!
allahuakbar.......subhanallah....innalilahinailahirajiun.......



Isnin, 12 November 2012

SIAPAKAH DIBAWAH ANDA???

Gelak ketawa di kolejku sudah pun tidak didengari lagi. Semua pelajar telah pulang ke kampung masing-masing bagi menghilangkan kerinduan mereka kepada sanak saudara. Teringin juga mengekori jejak langkah mereka, namun tugasan yang bertimbun  telah merantai hatiku untuk pulang ke kampung.

Sekarang ini apabila berseorangan aku merasakan bagaikan dunia ini hanya aku yang tinggal, pandang kanan tiada sesiapa, pandang kiri pun tiada sesiapa i can do anything, what i want to do....(test speaking sikit)... Namun begitu setiap yang berlaku adalah takdir allah dimana sudah tercatat di luhmahfuz bukannya kita yang merancangnya tapi allah.

Hari ini, ingin aku kongsikan dengan sahabat satu rintih hati daripada seseorang. Dalam perjalanan keluar untuk mencari sedikit makanan, aku ditakdirkan berjumpa dengan seorang lelaki tua berbangsa india yang bertugas sebagai clearner. Aku sempat mendengar sedikit rintihan hatinya mungkin sebab sudah lama aku bertemu dengannya tapi belum sempat aku menyapanya lagi. Seperti yang kita tahu, tidak lama lagi adalah hari deepavali, iaitu hari dimana warga india akan menyambut hari perayaan mereka.

***GAMBAR HIASAN***

Pakcik cleaner itu, inginkan cuti awal untuk persiapan hari raya mereka namun tiada dilayan oleh majikannya. malahan bonus hari raya pun tiada memadai untuk menyambut hari raya dan lebih meyedihkan lagi bayaran gajinya belum diperolehi lagi. Mata pakcik clearner berkaca ketika berceritakan kesedihannya. Mungkin aku tidak patut campur tangan dengan hal orang lain tapi kita manusia dan dia pun manusia walaupun berbeza agama kita masih diamanahkan oleh allah untuk membantu mereka.

Mungkin aku masih belum cukup matang dengan lumrah kehidupan tapi aku telah lama dikurniakan hati oleh allah. Kenapa mesti berlaku kejam untuk memperolehi kesenangan dalam hidup...WHY...TELL ME WHY...Wahai sahabat lihatlah dunia ini, dunia ini bukan hanya kita yang punya tapi dunia ini adalah diberikan kepada manusia. so bukan kita saja yang manusia di sini tapi dunia ini pun milik mereka.

Cuba sahabat close ur eye dan bayangkan, bagaimana jikalau sahabat berada didalam posisinya???? cukup sukar untuk kita bayangkan kerana sekarang ini kehidupan kita penuh dengan kenikmatan menyebabkan hati kita keras untuk melihat orang yang dibawah kita. Kita asyik melihat keatas tapi kita lupa apa yang ada dibawah kita.

Teringat aku satu kata-kata dari ayahanda semasa aku berada di PLKN, dia berkata " rasa syukur tidak akan timbul dalam hati kita, sebelum kita merasai kesusahan". Ingatlah wahai sahabat, setiap kenikmatan yang kita perolehi ada sedikit dari kenikmatan itu bukan milik kita, ia adalah milik disekeliling kita samada sahabat kita, jiran kita, saudara kita, malahan seekor kucing kurap.

Kadang-kadang ada yang berkata, " aku masih student, emak dan ayah aku masih menyara aku, so aku tidak dapat nk tolong"....ingatlah wahai sahabat, wang bukan segala-galanya, wang juga bukan kunci kesenangan. Cukuplah bagi kita sebagai student mendengar masalah yang ingin diluahkan oleh seseorang ataupun lakukan sesuatu supaya apabila ditanya dipadang mahsyar nanti kita mempunyai bukti dan jawapan yang kukuh untuk dihadapkan kepada Pencipta kita.

Sahabat pernah dengar tak satu kisah zaman nabi ibrahim, dimana ketika nabi ibrahim a.s dicampak kedalam api oleh umatnya, kemudian ada seekor burung yang membawa sedikit air didalam paruhnya berulang alik untuk memadamkan api yang membakar nabi ibrahim a.s. Seekor binatang lain bertanya, waha burung tahukah kamu yang api itu tidak akan padam dengan air kamu bawa dalam paruh kamu itu.Maka jawablah burung itu " sekurang-kurangnya aku mempunyai jawapan untuk dijawab kepada allah apabila ditanya apakah  aku lakukan semasa nabi ibrahim a.s dibakar.

Jadi untuk kesimpulanya, sahabat renung-renunglah dan selamat beramal. Biarlah kita mati, asalkan orang disekeliling kita senang. Moga-moga kita doakan kepada allah agar kita bukan dari golongan orang-orang yang zalim. nauzubillah.........

THANKS

THANKS