JOM JOIN

Selasa, 7 Ogos 2012

KENAPA SEMUA INI BERLAKU??

 Aku baru menyaksikan beberapa video di youtube yang memaparkan kekejaman bukan perempuan dan juga bukan lelaki tetapi remaja zaman sekarang. Video itu banyak memaparkan bayi yang dibunuh , dibuang,dan dilempar bagaikan sampah. Pilu rasa hati aku melihat bayi yang dizalimi.

Aku hairan dan pelik kenapa manusia tergamak berbuat demikian. Dimanakah budi bahasa orang melayu yang telah diwarisi oleh nenek moyang kita. Baiklah, untuk pengetahuan semua aku sedih kepada bayi itu kerana dia tidak memperolehi semua nikmat-nikmat yang aku dapat semasa aku bergelar bayi.

Wahai remaja 
bukalah mata hati kamu,
tidakkah kamu kesian dengan bayi itu, 
yang masih belum sempat membukanya,
belum sempat mengenali ibunya,
belum sempat ketwa keriangan,
belum sempat bertatih,
dan belum sempat,
Mengenal erti dunia.

Mengikut pandangan aku masalah ini timbul adalah disebabkan remaja itu sendiri yang terlalu ikutkan perasaan remaja. Kita sudah sedia maklum, di mana pada zaman remaja adalah zaman kita mencuba sesuatu tetapi ingat kita mempunyai agama yang menjaga batas-batas kebebasan kita.Tahu tak yang masalah pembuangan bayi ini meningkat kerana peningkatan yang telah berlaku terhadap gejala couple dan kes-kes rogol kian berluasa.

Baiklah, kenapa aku katakan yang gejala couple penyebab masalah pembuangan bayi kerana couple adalah bab-bab permulaan sesuatu penzinaan. Untuk bab ini ak tidak mahu berlebar panjang mana  sebab aku sudah pun memberi hujah aku di post yang sebelum ini. Kita kupas sedikit firman allah yang bermaksud 
'' Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). surah isra' ayat 32"
Mungkin ada yang akan memberi kenyataan " walaupun kami couple tapi kami tahu jaga maruah kami "...bro n sis that is realy stupid answer... seperti kita tahu apabila negatif bertemu dengan positif dia akan tertarik antara satu sama lain... so samalah dengan lelaki dan perempuan...ok

Untuk penyebab yang kedua adalah kes-kes rogol kian meningkat. Apabila bercakap tentang ini sudah pasti tangan dituding ke arah lelaki kerana mana ada lelaki kena rogolkan. Memang kali ini lelaki yang salah kerana menganiaya perempuan. Namun puncanya adalah bukan disebabkan lelaki tetapi kesilapan perempuan dalam menutup aurat. Tahu tak kenapa, zaman sekarang ni pakaian perempuan sudah semakin tidak cukup kain terbelah sini ,singkat sana, ketat sini dan lain-lain lah.

Wahai perempuan, di dalam al quran dan hadis ada menyatakan yang perempuan itu bidadari dunia. Apabila sebut bidadari mestilah cantik menawan dan tertarik. So sebab itulah lelaki menjadi tertarik. Dalam alquran juga ada menyatakan yang lelaki hendaklah menjaga pandangan mereka baru kemaluan mereka. That mean pandangan itu sangat bahaya. Mungkin ada perempuan kata jangan tengoklah, hello girls.... kat dunia ni kuantiti perempuan semakin ramai daripada perempuan, so takkan nak berjalan kena tutup mata then for your informatian pandangan mata adalah anak panah syaitan.

Maaflah kalau hujah aku diatas menyebabkan perempuan terasa. Aku hanya memohon kepada korang semua tolonglah kami lelaki yang hendak kembali ke jalan yang benar. Untuk pengetahuan, perempuan yang menutup aurat lebih ramai diminati oleh kaum lelaki dari perempuan yang tak tutup aurat. Aku pernah bertanya kepada golongan-golongan lelaki yang nakal tentang perbezaan antara perempuan muslimah dan perempuan seksi. Pendapat mereka adalah muslimah adalah untuk dijadikan isteri dan perempuan seksi untuk .........(maaf aku tidak boleh nak sambung ini terlalu sensetif)

So wahai perempuan tutuplah aurat kamu dan jangan risau walaupun orang cakap kita kolot or tak ikut fesyen. Ingat fesyen allah adalah yang terbaik dan tercantik di dunia ini. Jangan sesekali kata yang ini belum sampai masa kerana benda ini sudah lama termaktub dalam alquran. Wahai perempuan, untuk yang terakhir aku memohon kasihanilah bapa dan suami anda yang terpaksa memikul dosa yang kamu lakukan. Kami lelaki sudah tidak terdaya menampung dosa kami sendiri inikan pula ditambah dengan dosa anak dan isteri.
Ya allah,
ampunkalah dosa yang telah kami lakukan,
dosa ibubapa, guru dan sahabat kami,
Ya allah,
kuatkan iman kami,
untuk menempuhi fitnah dunia,
Ya allah,
lindungilah kami daripada hasutan syaitan,
yang mampu menyesatkan kami.

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama menyelamatkan nyawa seorang insan yang bergelar bayi daripada terus dizalimi tanpa kasihan belas ok.. Ingat allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya.. wahai remaja ingatlah anda pemimpin pada masa hadapan so think about.

p/s :aku memohon maaf kalau ada sesiapa yang terasa hati dengan aku. aku memohon maaf kerana apa yang aku perkatakan diatas tidak tepat atau salah , pohon maaf sangat2 dan sila comment kalau salah... maklumlah aku ni hanya mansia yang sering melakukan kesalahan... insyallah

WAHAI ANAK ADAM

Berfirman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu mengaku bahawa kamu hamba Allah tetapi kemuadiannya kamu menderhakai-Nya?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk berbuat baik hanya kepada mereka yang berbuat baik kepadamu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk bersilaturahim hanya kepada mereka yang bersilaturahim denganmu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk berbicara hanya  kepada mereka yang berbicara denganmu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk memberi makan hanya kepada mereka yang memberi makan kepadamu?
Wahai anak Adam, kenapa kamu memilih untuk memuliakan hanya kepada mereka yang memuliakanmu?
Wahai orang yang beriman, kenapa kamu mengatakan apa yang kamu sendiri tidak amalkan?
Wahai orang yang beriman, kenapa kamu menegah orang lain apa yang kamu sendiri melakukannya?
Wahai orang yang beriman, berapa banyak kamu menyuruh orang lain sedangkan kamu tidak mengamalkannya?
Wahai orang yang beriman, berapa banyak kamu mengumpulkan apa – apa yang kamu tidak makan?

Wahai orang yang beriman, berapa banyak taubat yang ditangguhkan dari sehari ke sehari, kemudian dari setahun ke setahun, kemudian untuk apa kamu menunggu? Adakah kamu telah selamat daripada mati? Adakah kamu telah terlepas daripada neraka dan telah terjaminkah keselamatan dengan mendapat syurga? Adakah antara kamu dan Tuhan terjamin rahmat?
Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mengadu sedangkan Aku ialah tempat mengadu bagimu. Hingga bilakah engkau mahu melupai-Ku sedangkan Aku tidak menerima itu daripada kamu?
Wahai anak Adam, hingga bilakah engkau mahu kufurkan kepada-Ku sedangkan Aku tidak menzalimimu? Hingga bilakah engkau mengingkari nikmat – nikmat-Ku, hingga bilakah engkau mahu meringan – ringankan kitab-Ku sedangkan Aku tidak menyuruh apa – apa yang engkau tidak mampu membuatnya?
Wahai anak Adam, hingga bilakah kamu membenci Aku? Sampai bilakah kamu mengingkari-Ku sedang tiada Tuhan bagimu selain Aku? Dan apabila engkau sakit, maka doktor manakah yang menyembuhkan kamu, kalau bukan Aku?
Wahai anak Adam, bagaimana mungkin kamu tersangat ingin kepada ibadah sedangkan kamu berserta dengan perut yang kenyang? Bagaimana engkau akan mencintai Allah sedangkan engkau mencintai harta? Bagaimanakah kamu tersangat ingin mendapatkan hati yang terang sedang kamu banyak tidur?
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu akan takut kepada Allah, kerana yang kamu takut ialah kefakiran? Bagaimanakah kamu ingin mendapatkan warak sedangkan kamu tamak terhadap dunia? Bagaimanakah kamu akan mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan kamu tidak mencintai orang miskin?
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu tamak dengan keredhaan, sedangkan kamu berserta kebakhilan? Bagaimanakah kamu tamak terhadap syurga sedangkan kamu berserta dengan hati yang mencintai dunia dan pujian? Bagaimanakah kamu ingin kebahagiaan abadi di akhirat sedangkan kamu serta ilmu yang sedikit?
Wahai manusia, dengan rezeki daripada-Ku jua engkau kuat melakukan maksiat kepada-Ku. Denga kehendak daripada-Ku engkau menginginkan sesuatu. Dengan kehendak daripada-Ku engkau mahukan sesuatu untuk dirimu. Dengan nikmat-Ku engkau berdiri, duduk dan beristirehat. Dengan pemeliharaan-Ku engkau berpetang – petang dan berpagi – pagi. Dengan nikmat-Ku engkau berbolak – balik. Dengan afiat daripada-Ku engkau bercantik – cantik tetapi kemudiannya kau melupai-Ku dan mengingati selain daripada-Ku. Maka kenapa kamu tidak menunaikan hak-Ku dan berterima kasih kepada-Ku?
Wahai anak Adam, adakah engkau melakukan maksiat kepada-Ku lalu mengingati kemurkaan-Ku? Adakah engkau berhenti daripada apa – apa yang Aku tegah ke atasmu? Adakah engkau menunaikan kewajipan kepada-Ku seperti yang Aku amanahkan kepadamu?
Wahai anak Adam, adakah engkau membantu orang miskin dengan hartamu? Adakah engkau melakukan kebaikan kepada siapa yang berbuat jahat kepadamu?
Wahai anak Adam, adakah engkau memaafkan siapa yang menzalimimu?
Wahai anak Adam, adakah engkau menghubungi siapa yang memutuskan hubungan denganmu?
Wahai anak Adam, adakah engkau berlaku adil kepada siapa yang khianatimu? Adakah engkau berbicara dengan siapa yang menjaujimu? Adakah engkau mengajar anakmu? Adakah engkau merelai jiranmu? Adakah engkau bertanya kepada ulama terhadap urusan agama dan duniamu?
Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menjaminkan rezekimu, mengapakah panjang keresahanmu?
Wahai anak Adam, bilamana Allah telah menyediakan gantian (atas sedekahmu) mengapakah kamu bakhil?
Wahai anak Adam, bilamana Iblis ialah musuh bagi Allah, bagaimana kamu boleh lupa tentang itu?
Wahai anak Adam, bilamana balasan nanti ialah neraka, mengapakah kamu istirehat?
Wahai anak Adam, bilamana ganjaran Allah itu ialah syurga, mengapakah kamu melakukan maksiat?
Wahai anak Adam, bilamana setiap sesuatu itu adalah di bawah ketentuan-Ku, mengapakah kamu tidak sabar dan berdukacita?
Wahai anak Adam, apabila engkau tergolong dalam golongan pemerintah yang memasuki neraka kerana kejahatannya, orang Arab disebabkan kemaksiatannya, para ulama disebabkan hasadnya, peniaga disebabkan khianatnya, ahli ibadah kerana riyaknya dan yang memasuki neraka kerana kejahilannya, orang kaya kerana sombongnya dan orang miskin kerana penipuannya, maka siapakah sebenarnya yang inginkan syurga?
Wahai anak Adam, harta itu milik-Ku, engkau ialah hamba-Ku dan tetamu itu utusan-Ku. Apakah kamu tidak takut kalau Aku mencabut nikmat – nikmat-Ku? Rezeki itu ialah rezeki-Ku manakala kesyukuran itu bagimu. Manfaatnya akan kembali kepadamu juga. Kenapa engkau tidak memuji-Ku atas apa yang Aku berikan kepadamu?
Wahai anak Adam, apabila engkau inginkan rezeki, Aku berikan rezeki tersebut kepada engkau. Maka nafkahkanlah jangan bakhil dengan rezeki terhadap hamba – hamba-Ku. Sesungguhnya Aku telah menjaminkan bagimu gantian dan Aku janjikan bagimu ganjaran, maka kenapa kamu masih sangsi terhadap kitab-Ku?
Wahai anak Adam, berapa banyak orang – orang kaya mengharapkan akan fakir pada hari dia dihisab? Berapa banyak orang gagah yang dihina oleh sebab kematiannya? Berapa banyak kemanisan menjadi pahit? Berapa banyak kegembiraan dengan kenikmatannya, disengsarakan baginya kematian? Berapa banyak kesukaran yang mewarisi kedukacitaan yang panjang?
Wahai anak Adam, sekiranya tidak ditentukan bagi engkau melainkan hanya kematian dan kedahsyatannya sahaja maka telah wajiblah bagi engkau tidak merasa tenang waktu siang dan malam. Bagaimanakah keadaannya apa yang sesudah kematian itu lebih dahsyat lagi?
Wahai anak Adam, bagaimanakah kamu menanggung satu – satu urusan yang tidak ditakdirkan bagimu dan tidak pula kamu mengetahuinya sepertilah engkau tidak mengambil ganjaran bagi amalan – amalan yang tidak engkau kerjakan?
Wahai anak Adam, sesiapa yang jalannya ialah kematian bagaimana boleh bergembira terhadap dunia? Sesiapa yang rumahnya ialah kubur, bagaimana boleh merasa senang dengan rumahnya di atas dunia?
[Sumber : U-TURN KE JALAN LURUS & Kitab Imam al-Ghazali, al-Mawa'iz Fil Ahadis al-Qudsiah]

Soalan dariku buat sahabat : 
Wahai anak adam, apakah bakti atau jihad yang telah kamu berikan untuk agama islam?

Ahad, 5 Ogos 2012

SAY NO FOR COUPLE

Kemana saja kita pergi di seluruh pelusuk Malaysia ni, masalah couple memang suadah menjadi macam trend remaja sekarang...samalah dengan masalah rokok... Apa itu couple, couple ni adalah ikatan kasih sayang lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan yang sah (ni definisi mengikut pendapat aku ). Apabila ditanya apakah hukum couple memang semua tahu yang couple tu haram tapi macam tulah hanya manis dimulut tidak di hati....
Baiklah, kebiasaanya apabila soalan "kenapa couple" kepada orang yang bercouple mesti ada yang cakap 
  1. entah diri aku rasa kosong kalu xde si dia
  2. kawan-kawan aku semua ade pasangan
  3. xde semangat nak belaja
  4. dn lain-lain lagi
Begitulah kebiasaan jawapan yang kita akan dengar....untuk No.1 seseorang akan terasa kosong apabila tak ada si dia. Memang dan tak boleh dinafikan oleh sesiapapun kerana perasaan kosong dalam diri akan timbul dalam jiwa remaja. Hal ini kerana zaman remaja adalah zaman kita mencuba segala2nya untuk dijadikan pengalaman untuk zaman dewasa nanti. Persoalannya kenapa perlu cari si dia sedangkan kita ada orang yang paling rapat dengan kita iaitu keluarga kita....mungkin ada yang berkata " keluarga aku tak boleh feel apa yang aku feel kecuali si dia " that is stupid statement......sebab selain keluarga kita ada sahabat karib yang boleh memahami kita ....percayalah yang sahabat karib anda lebih memahami anda daripada si dia.....kenapa aku cakap macam tu sebab apabila kita gaduh ngan si dia sapa kita cari?? sudah mestinya sahabat karib anda..so ini dah terbukti ok...

Untuk No.2 seseorang tu couple sebab kawan-kawan dia semua ada pasangan.....simple answer i give for you...jikalau kawan anda hendak terjun dalam tangki najis, adakah anda ikut ke? .....baik apa kaitan dengan couple dan tangki najis pulak memang tak ada kaitan tapi ini perumpamaan...maksud sebenarnya kalu kawan anda nak terjun dalam api neraka adakah anda ikut jugak? so think about it wisely.......Please take note about, seseorang itu pegang bukan mahram dia adalah haram, berdua-dua dengan bukan mahram adalah haram, melihat bukan mahram dengan nafsu adalah haram..so that why couple is haram...

Baiklah kita bincang pula bagi No.3 seseorang itu akan bersemangat apabila dapat belajar dengan si dia...why because apabila tengok si dia rasa ada semangat, si dia dapat ajar , dapat berjaya bersama then nampak sweet laa orang katekan.....semua jawapan dia atas semuanya alasan belaka, sebab ingatlah syaitan tak akan putus asa dalam menyesatkan kita...Disini aku nak kongsi sikit yang aku pernah ambil pendapat rakan-rakan aku, dimana diorang menyatakan apabila lelaki tu study dngan si dia , sudah pasti dia tidak akan tumpu 100% dalam study dia sebab dia akan fikir tentang si dia....contoh "aku nak cakap ape ye dengan dia" , "jap ag nk p makan mana ye" , dan lain-lain lagi.....

Selaintu juga, ak nak bagitau yang apabila seseorang itu couple ada beberapa keburukan couple yang akan mereka rasai :
  1. Apabila couple seseorang tu akan menyebabkan lupa untuk beribada kepada allah (lalai). Ini kerana asyik melayan si dia , contoh teman pergi makan, keluar jalan, menghilangkan kesepian si dia sehingga kita lupa dengan hak-hak kita sebagai hamba allah
  2. Apabila couple seseorang tu akan mengalami barah rindu dengan kata lain makan tak kenyang, mandi tak basah, dan tidur tak lena.......ini akan menyamai kita memberi kemudaratan kepada anggota badan kita...so apabila menyeksa diri hukumnya haram..so think about 
  3. Apabila couple seseorang tu bagaikan lembu dicucuk hidung, maksudnya apabila nak pergi kemana mesti bawak si dia, nak bercakap dengan org lain xboleh, duit kena korban sikit semua ini sebab takut si dia merajuk.....so couple not freedom okay.
  4. Apabila couple seseorang , jiwanya akan terganggu dalam menilai baik dan buruk sebagai contoh si dia meminta untuk pegang anda maka anda akn terganggu samada nak bagi atau tak dan kalu tak bagikan merajuk pula...you know about this, so you must decide.
  5. Untuk yang last tapi bukan maksud dah takde...ialah apabila couple keberkatan kahwin atau nikmat kahwin akan semakin hilang....
Walaubagaimanapun, mesti ada yang mengunakan statement aku dan si dia saling mengingati kepada allah or kami xpernah berpegangan dan kami berjumpa pun di tempat orang ramai dan ada bukan jumpa berdua tapi beramai-ramai.....mudah je jawapan dia, ingatlah hasutan syaitan ni sangat unik, dia boleh datang dari sesuatu yang kita rasakan baik....contohnya dalam solat kita sedang  jadi iman, then kita sedang fikir aku jadi iman ni sebab tak ada orang lain kat sini, then syaitan mari hasut kata yang kau adalah orang yang terbaik kat sini, then kau adalah orang yang berilmu dan beragama kat sini, then xde orang yang lebih baik dari kau kat sini......so tengok itulah rentak hasutan syaitan yang mana akhirnya menjadi riak...

So mesti ada yang berpendapat macam mana kita nak kenal si dia tu kalu tak couple, ingat dalam islam ada bertunang..so itulah couple dalam islam....selain itu juga dalam islam seseorang tu dibenarkan kahwih khitbah iaitu perkahwinan dimana paihak lelaki tidak memberi nafkah zahir dengan syarat dipersetujui kedua pihak...So kenapa pilih yang haram kalau disini ada yang halal...

Untuk kesimpulannya, couple nii tak berfaedah dan tidak akan memberikan maafat pun kepada kita...jadi aku disini mohon maaflah kalu semua statement diatas tidak dipersetuju kerana ini adalah pandangan aku je...then kalu salah boleh comment kat bawah biase le aku nii hanyalah manusia yang selalu melakukan kesalahan.....JADI INGATLAH WAHAI SAHABAT SAY NO FOR COUPLE....hanya anda dapat mengubahnya...

This messenge for girls, maaflah kalau ini terguris dihati, yakinkah anda dengan si dia dimana dia akan setia dengan anda apabila berjauhan....ingatlah anda adalah bidadari dunia kepada suami, jadi snggupkah anda bagi kenikamatan itu kepada seseorang yang belum tentu menjadi suami anda, so fikirlah baik-baik.....

For boy, ingat wasiat terakhir nabi kepada kita lindungi lah wanita...nabi ulang tiga kali perkataan wanita...so janganlah anda mengambil kesempatan terhadap mereka kerana mereka insan yang sangat lemah diluar tapi gagah didalam manakala lelaki gagah diluar tapi lemah didalam....please take note for this.....

THANKS

THANKS