JOM JOIN

Selasa, 24 Disember 2013

THE SNIPER OF ALLAH

Prankkkk!!! berselerak kaca diatas lantai. "Allahurabi" spontan keluar dari mulutku. Kelihatan satu frame gambar milikku jatuh yang mengejutkan aku ketika sedang beristirehat diruang tamu. Lantas aku mengutip satu persatu kaca tersebut sebelum ia mendatangkan musibah  kepada sahabatku yang lain. " Bro, apa yang pecah tu," laung sahabat baikku Amirullah Bin Abdullah seorang yang kawan sejati dan setia, dia sentiasa bersama denganku tatkala aku sedih dan gembira. " Tiada apa-apa " jawabku. Aku membelek-belek gambar yang jatuh tadi. Gamabr tersebut ditangkap ketika aku ditabalkan sebagai pegawai dalam tentera. Ia mengingatkan penat perih yang terpaksa ak lalu selama 3 tahun bersama dengan kawan-kawan yang lain.

Gelak ketawa mereka masih lagi terngian-gian dimemoriku semoga kenangan ini sentiasa bersama denganku. Sekarang mereka sudah membawa haluan masing-masing, ada yang menjadi akuatan, professor , pensyarah dan ada juga menyambung perkhidmatan dalam tentera. Indahnya pengalaman tersebut kerana banyak mengajar aku erti kenegaraan persahabatan dan secara tidak langsung membuka fikiranku tentang erti jihad pada jalan allah.

"Assalamualaikum sahabat, jauh termenung " tegur Amirullah sambil memicit bahuku. aku terkejut sambil menyembunyikan perbuatanku tadi dengan mengutip serpihan-serpihan kecil kaca frame tersebut. "Teringat kisah lamakan, aku ingat lagi kamu katakan yang kamu mahu menjadi seorang sniper terulung satu hari nanti, aku sentiasa doakan kamu moga satu hari nanti cita-cita kamu akan tercapai" kata Amir selepas menyedari aku hanya membisu. Sebenarnya Amirullah adalh salah seorang dari sahabat seperjuanganku dalam ketenteraan. Aku hanya mampu tersenyum kerana sudah 2 tahun berlalu tapi dia masih mengingati kata-kataku yang sentiasa menjadi pembakar semangat untukku.

******

Hujan renyai-renyai membasahi bumi malam, meningkatkan nikmat lena buat sekalian makhluk. Aku mengagahkan diri untuk bangun menghiasi malam dengan sedikit tahajud dan bermunajat kepada Nya. entah kenapa pada malam itu aku merasakan satu kekuatan yang hebat datang kepadaku untuk beribadat. " Ya allah, aku memohon keampunan kepada Mu atas segala dosa yang telah aku lakukan selama ini, ibubapaku jua dan saudara-saudaraku sekalian, Ya allah, andai aku bersedia berjihad pada jalan MU kau panggilah aku, sesungguhnya mati syahid seperti syuhada yang lain adalah matlamatku " doa ini dulang beberapa kali sehinggakan ak mengalirkan  air mata. Pada malam itu, keinginan aku untuk mati syahid membuak-buak.

Aku megapai senaskah alquran milikku yang berada diatas meja belajarku lalu membacanya dan menghayati makna-maknanya kerana ia mengingatkan aku kata-kata Zakir Naik " bacalah alquran dengan bahasa kamu pasti kamu akan memahaminya " Tanpa kusedari air mata mengalir ketika membaca ayat ayat allah keran teringatkan para pejuang islam di negara yang sedang bergolak sentiasa membaca alquran seharian sedangkan diriku ini jarang sekali dapat menghabiskan satu juzu' kerana dek kesibukan kerja.

Azan subuh kedengaran memecah keheningan fajar, menyetapkan aku dari terus membaca alquran. " Mir bangun, dah subuh ni, jom solat ke masjid " laungku sambil memegang daun pintu bilik sahabatku. sudah menjadi kebiasaan kami, untuk saling kejut mengejut dan saling nasihat menasihati menjadikan ukhuwah persahabatan kami bertaut teguh sehingga sekarang. 

********

" Selamat pagi, tuan " kelihatan seorang perempuan tua berdiri dihadapan meja pejabatku. Aku menyusun fail-fail sambil berkata " Sudah berapa kali saya katakan, Jangan panggil saya tuan, panggil saja Rijal makcik Siti saya dah anggap makcik macam ibu saya". Makcik siti adalah seorang cleaner di syarikat tempat aku bekerja. "Ya makcik, ada apa yang boleh saya tolong" tanyaku. Makcik siti hanyalah tersenyum sambil berkat " Tiada apa-apa, cuma makcik sedar kamu kelihatan seperti mempunyai masalah, kalau ada masalah makcik sedia menolongnya jika makcik mampu". 

Tersentak dengan pertanyaan tersebut membuatkan aku terdiam seketika. Tidak percaya disebabkan akhir-akhir ini jiwa gundah kerana sentiasa memikirkan tentang jihad menyebabkan peribadi luaranku terjejas. " Allahurabi, apa sudah jadi dengan aku ini " benak hatiku berbicara. " Terima kasih, sajalah saya tidak apa-apa mungkin tidak cukup tidur " jelasku kepada makcik siti. 

Kereta Honda civic milikku laju meluncur dijalanan, jam menunjukkan 4.15 menandakan azan asar kian berkumandang. Lantas aku terus menghalakan keretaku ke masjid yang berhampiran dengan kawasan tersebut. Setelah selesai solat asar berjemaah aku membaringkan badanku sekejap di belakang untuk menenangkan fikiran sedikit dan melepaskan penat berkerja seharian. "assalamualaikum " kedengaran suara menegurku. Lantas aku bangun terduduk untuk melihat siapa yang memberi salam kepadaku. Kelihatan seorang lelaki bebadan segak berjubah coklat tersenyum kepadaku. " Ana muslim " kata lelaki itu sambil menghulurkan tangan." Waalaikumusalam, saya Rijalullah, panggil rijal." jawabku sambil terpinga-pinga.

" Rijalullah indah sungguh nama itu sama dengan tuannya, ana datang ke sini untuk meminta sedikit derma utuk diberikan kepada saudara kita yang sedang berperang dengan kufar di Syria. Derma ini digunakan untuk membeli makanan, pakaian, dan ubatan untuk mereka." jelas muslim apabila melihat aku terpingga-pingga dengan kedatangannya.  " Derma oh ya derma untuk saudara kita " jawabku sambil mengapai Rm200 dalam dompetku. Pada mulanya fikiranku masih dalam terpinga-pinga namum beberapa minit selepas itu aku mula berbicara semula." Saudara bolehakah saya mahu bersama untuk ke Syria membantu mereka disana" tanya ku kepada muslim dengan harapan aku boleh mengubat jiwaku yang diselubungi dengan keinginan untuk berjihad.

Muslim hanyalah tersenyum sebentar dan berkata " Murni sungguh semangat saudara, moga satu hari nanti cita-cita saudara tercapai, maafkan ana kerana rombongan kami sudah pun mencukupi kouta, in sya allah jika ada ruang kekosongan ana akan hubungi saundara". Luruh hatiku apabila terdengar jawapan dari muslim tapi aku sedar mungkin aku masih belum bersedia untuk itu.Hanya dengan sekada senyuman aku menyerahkan no telefonku dengan harapan dengan izin allah aku mampu untuk berjihad pada jalanNya.

*******

derungan angin bertiup bersama dengan bunyi hentaman ombak pada batu-batu pantai, Kelihatan matahari akan terbenam satu jam lagi, Indahnya suasana pada msa itu, namun fikiranku tidak teralih pada keindah tersebut tapi fikiranku masih teringatkan lelaki yang bernama Muslim itu. " Syria, Syria....Bumi Syam " aku mengulang perkatan itu berulang kali. Teringat aku pada ketika aku berada dibangku persekolahan Maahad Syria adalah satu negara yang aku mahu lawati dan belajar disana namun apakan daya ketentuan illahi menghantar aku ke tempat lain.

Pernah juga menjadi gurauan dari para ustazku, jika mahu mencari isteri berbangsa arab carilah perempuan arab dari syria. Aku tersenyum keseorangan mengimbas kembali lawak ustazku walaupun sehingga sekarang aku masih menemui kenapa sedemikian yang diperkatakan. " Rijallll...ada orang menelefon kamu " laung amir sambil melambai-lambai tangan kanannya yang memegang telefonku. Aku tersedar dari lamuna terus bangun menuju ke arahnya. 

"Assalamualaikum sahabat, masih ingatkan ana Muslim , ana ada membawa berita gembira buat saudara" kedengaran suara lembut yang tidak asing bagiku. "Waalaikumussalam, berita apa saudara" tanyaku dengan seribu persoalan. " Di sini ana ingin memaklumkan bahawa rombongan kami kekosong satu tempat kerana seorang ahli kami menerima kecelakaan dan tidak dapat bersama dengan kami, jadi ana mahu mengajak saudara untuk mengisikannya jika saudara setuju " jelas muslim kepada ku dengan terperinci. 

Air mataku mengalir deras ke pipiku, tidak kusangka cita-citaku akan tercapai tidak lama lagi, doaku selama ini dimakbulkan oleh allah. Lidahku kelu tidak mampu berkata apa. Amirullah yang kelihatan rungsing apabila melihat aku mengalirkan air mata " Kenapa rijal??? sambil memegang bahuku. "In sya allah jika jawapan dari saya adalah saya setuju tapi berikan saya sedikit masa untu memaklumkan hal ini kepada kedua ibubapaku di kampung" jawapku sambil mengesat air mataku. 

" Kenapa ni sahabat" sekali lagi soalan diulang oleh amir kerana rungsing terhadapku. Aku tersenyum sambi menatap wajah sahabatku " Doa aku selama ini untuk berjihad pada jalan allah telah dimakbulkan, aku akan ke Syria bersama dengan  satu rombongan.". Alhamdulillah, sudah aku katakan allah sentiasa dengar akan doa hambanya, bolehkan aku turuti bersama" tanya amir. " Maaf sahabat, kekosongan hanyalah satu tempat " jelasku dengan serba salah. Amirullah tersenyum kepadaku menandakan dia memahami maksudku dan menarik aku untuk ke masjid kerna azan magrib sudah pun kedengaran.

*******
Beberapa buah beg sudah siap dikemas dengan pakaian dan barang-barang keperluanku. Tinggal satu hari lagi, sebelum aku berangkat negara Syam itu. Walaubagaimanapun, hatiku masih lagi terikat satu beban dimana aku masih belum memaklumkan kepada ibubapaku tentang hal ini. Hatiku gusar kerana mungkin ibuku tidak akan melepas kan aku pergi. Aku mengangkat tanganku sambil berdoa " Ya allah, andai ini kali kau memanggiku untuk berjihad kau permudahkanlah segalanya". 

Aku mendailkan nombor telefon ibu diiringi dengan zikir pelembut buat ibuku. " Assalamualaikum umi, kesihatan umi dan ayah macam mana ?" kataku apabila kedengaran orang mengangkatnya. Hampir sejam aku berborak dengan ibuku, aku terpaksa menzahirkan maksud sebenar aku menghubunginya. "Umi, sebenarnya saya ada satu hal untuk diberitahu kepada umi dan ayah" jelasku dengan nada yang rendah. "Sebenarnya esok saya akan bertolak ke Syria untuk membantu saudara kita disana" jelasku dengan serba salah. "Alhamdulillah, umi izinkan" jawab ibu dengan ringkas. Kedengaran esakan dari ibuku seperti esakan kegembiraan bukan esakan kesedihan.

" Umi dan ayah mengizinkan rijal pergi, kerana umi tahu anak umi bercita-cita untuk syahid dan umi dan ayah juag bercita-cita untuk mempunyai seorang anak yang syahid" kata ibuku sambil kedengaran esakannya. Jawapan dari ibuku membuatkan aku bersemangat untuk kesana tanpa terikat pada mana-mana penyebab. Dengan penuh jiwa bersemangat " Terima kasih umi, tolong doakan saya dan saya sentiasa rindukan umi dan ayah, Assalamualaikum" butang reject ditekan. "Alhamdulillah " spontan keluar dari lidah ku sambil menghembuskan nafas syukur.

**********

Lima hari aku berada di atas sebuah kapal yang besar akhirnya, sampai jua ke tanah syam . Aku memijak bumi Syria sambil menghirup udara sekeliling, namun kesedihan menyelubungi hatiku apabila melihat hampir keseluruhan bangunan musnah ranah terkena bom. Tanpa melengahkan masa aku mengangkat barang-barangku dan barang keperluan untuk saudara syria ku kedalam beberapa buah lori yang sedang menunggu ketibaan kami.

Kami menuju kesebuah tempat iatu daerah kecil merupakan tempat persembunyian rakyat syria. Dalam perjalanan yang mengambil masa 3 jam itu aku sempat bertaaruf dengan beberapa orang sahabat iaitu Umar, Raihan dan beberapa orang lagi. Selepas bertaaruf umar kelihatan agak menonjok sedidikt peribadinya memberikan kami sedikit perkongsian dan tazkirah buat kami. " Umar, sudah berapa lama kamu bergiat dalam rombongan ini" tanyaku dengan matlamat untuk bersahabat dengannya. Umar mengusap janggut yang tebal dan berkata" Sudah hampir 3 tahun, setiap kali datang ke sini hatiku merasakan ketenangan.... " cerita umar kepadaku. Aku tekun mendengar pengalaman Umar dengan penuh semangat.

'' Strekkkkkk,'' kedengaran brek lori memberhentikannya. Kedengaran tapak-tapak orang berlari seperti mengerumuni lori yang dinaikiku. Aku membuka kain yang menjadi penutup belakang lori, " Subhanallah," terkeluar dari mulutku apabila melihat kanak-kanak dan remaja menegerumuni lori. Mereka meminta-minta makanan dari kami. Sebak diri ini apabila melihat kerenah mereka. Selama ini aku hanya melihat dari gambar-gambar tapio sekarang aku melihatnya sendiri. 

Tanpa melengahkan masa aku terus membuka beberapa beg yang berisikan makanan lalu memberikan kepada mereka. Dengan hati yang sebak bersama dengan kemarahan membara terhadap pihak kerajaan Syria yang menganggap mereka adalah penganas tapi mereka sebenarnya hanyalah manusia yang lemah fizikalnya namun kuat pegangannya pada kalimah yang satu.

******

Aku berjalan sekitar khemah-khemah tempat berteduh para saudara syria ku sambil lidah basah berzikir pada Nya. " Allahurabi, berikanlah kemenangan kepada islam, tunjukkanlah kepada para kuffar akan kekuasaan mu " hatiku sentiasa berdoa apabila menatap wajah-wajah sauadaraku ini.  Malam semakin gelap, tapi mataku masih lagi gagah bertahan. " Rijalullah, sudah lewat kamu masih belum tidur lagi" tegur umar yang sudah semakin akrab denganku. Aku hanya mengangkat kedua bahuku sambil mempersilakan dia untuk duduk disebelahku.

Tanpa diduga, sedang asyik kami berborak satu letupan berlaku berhampiran denganku. Kelihatan satu gumpalan asap bersama api meyelubungi malam yang gelap. Suasana menjadi kelam kabut kerana tempat persembunyian ini telah dikesan dan diserang tanpa diketahui darimana arah datang dan siapa yang melakukanya. Aku melihat satu luncuran peluru bergerak menghala hampir ke tempat aku dan umar berborak. Dengan pantas umar menolak aku, jatuh ke tanah namun badanku terlambung olek kerana kesan peluru tersebut.

Telinga aku terasa bingit, dan aku memandang sekeliling , kelihatan beberapa peluru masih lagi menghentam tempat persembunyian kami. Pandangan ku tiba-tiba menjadi kabur, apabila menyedari seluruh tubuhku berlumuran dengan darah. Aku rebah ke tanah kembali dan tidak sedarkan diri. 

******

Aku merasakan satu suasana yang gelap gelita aku cuba mengerakan tangan dan badanku namun merasakan kesakitan. Mataku dicelik perlahan-lahan, walaupun dalam keadaan kabur aku menyeadari bahawa aku berada di dalam sebuah khemah perubatan kerana kelihatan peti-peti kecemasan tersusun rapi dilantai. Aku menoleh ke kanan, kelihatan seorang lelaki berbadan sasa memakai pakaian loreng terlena dia atas kerusi. " Air, air..." itulah kata-kata yang keluar apabila tekak merasakan dahaga bagaikan sudah beberapa hari tidak meminum air. 

Lelaki tersebut terjaga lalu memberikan aku segelas air. " Nama ana  Muhammad bertugas sebagai medik di sini " lelaki itu memperkenalkan dirinya sambil melihat aku minum. " Saudara sudah 3 hari tidak sedarkan diri, selepas kejadian serangan peluru berpandu dari pihak kerajaan Syria." jelas muhammad kepadaku. Tanpa terfikir apa-apa aku terus bertanyakan keadaan sahabatku Umar dan saudaraku yang lain. Amat memilukan aku apabila penyataan Muhammad bahawa hanya aku seorang sahaja yang terselamat manakala yang lain telah syahid.

Aku mengagahkan badan untuk duduk lantas sedar akan tindakanku, Muhammad menghalang aku dari berbuat demikian kerana dia gusar akan menyebakan luka-luka pada badanku berdarah kembali. " Di manakah saya sekarang" tanyaku untuk mengetahui tempat dia dirawat sekarang. Muhammad bangun dari kerusinya dan berkata " Jangan risau sahabat kamu berada di markas tentera pejuang Fi Sabilillah". Selepas mendengar jawapan itu aku terus terlena tidak sedarkan diri.

********

Sudah beberapa minggu aku dirawat di markas tersebut, kini kesihatanku sudah pulih seperti sediakala. Aku berjalan-jalan melihat persekitaran markas tersebut sambil ditemani oleh Muhammad. " Saya ingin ucapaka terima kasih kerana menyelamat dan merawat saya, sesungguhnya saya berhutang budi dengan saudara" kataku. Muhammad tersenyum sambil mengeleng kepala " Jangan kamu berterima kasih kepada saya tapi bersyukurlah pada illahi atas segalanya." 

"Adakah kamu mahu pulang ke negara kamu ataupu mahu bersama dengan kami " secara tiba-tiba aku di tujukan dengan soalan ini oleh Muhammad. Aku tersentap sebentar membuatkan aku terfikir tentang tempat asalku. "Sahabat yang mulia, saya berharap untuk tinggal disini dan bersama berjuang dengan kamu semua untuk memburu kemenangan dan syahid" jawabku dengan tenang.

Lantas Muhammad memeluk ku dengan erat sambil berkata " In sya allah, moga kamu adalah salah seorang penyebab kepada pertolongan allah ". Subhanallah, terdengar doa dari Muhammad membuatkan aku bersemangat untuk mengangkat senjata berjuang untuk syahid. Aku dibawa ke satu tempat yang berhampiran dengan tempat aku dirawat dimana tempat itu merupakan pusat latihan para mujahidin untuk berperang.

 Aku telah diperkenalakan kepada komander sebelum diserap kedalam anggota para mujahid. Kelihatan beberapa lelaki berpakain loreng dan sehelai serban terikat dibahu mereka. Mereka membawa aku ketempat pemeriksaan. Dengan langkah ini, maka bermulah perjalananku sebagai seorang pejuang Fi Sabilillah.

*******

3 bulan berlalu dengan pantas, aku duduk di tempat tidurku yang beralaskan dahan kayu sambil mengilap Remington 700 iaitu senjata yang diamanahkan kepadaku. " Alhamdulillah , dengan izinmu aku telah di latih untuk menjadi seorang penembak jarak jauh. Aku tersenyum keseorangan apabila teringatkan doa sahabatku supaya cita-cita aku tercapai dan dengan semangat berkobar-kobar untuk menjadi seorang sniper terulung. " Assalamualaikum sahabat, persiapan untuk bergerak esok sudah siap? " tanya Hasif remaja muda berbangsa arab, dimana kami berukhwah semasa menjalani latihan sebagai penembak jarak jauh. 

"Walaikumusalam, alhamdulillah semua sudah siap, sahabat kita yang lain pun sudah sedia." jawabku sambil tersenyum. Jika dikira denga umur Hasif jauh lebih muda dariku namun perwatakannya jauh lebih berpengalaman dariku membuatkan aku sentiasa kagum dengannya. Lebih-lebih lagi, dia juga digelar sebagai The Headshooter oleh sahabat kami yang lain kerana dalam pengendalian senjatanya begitu baik. Satu hari nanti aku ingin menjadi sepertinya.

Selepas solat tahajud dan solat subuh berjemaah, kini tibalah masanya kami bertolak ke sebuah tempat pengkalan pihak musuh menaiki 2 buah trak tentera. Aku memeluk erat senjataku, debaran jantungku berdengup kencang kerana inilah pertama kali aku bersedia untuk berperang. Hasif menyedari tindakanku ini lalu dia menenangkan ku " Bertenang sahabatku, senyumlah dan gembiralah kerana sekarang ini kita sedang menuju ke jalan syurga, andai kita menang, kemenangan itu adalah untuk allah, andai kita syahid, kita dijanjikan syurga tanpa hisab" tangan Hasif mengusap belakangku.

 Kedengaran laungan takbir dari sahabatku yang lain menambahkah lagi semangat aku dan jantungku kembali tenang. Aku membaca beberapa juzu'  alquran bagi mengisi kekosongan untuk menunggu sampai ketempat musuh. Ketika itu kelihatan sahabatku yang lain ada yang sedang terkumat kamit berzikir kada illahi, ada yang sedang berkongsi dan memberi sedikit tazkirah.

********

" Rijalullah kamu akan masuk kedalam pengkalan dan  berada diatas menara bangunan, jangan beralih tempat selagi tiada arahan, berikan pentanda apabila sedia untuk membuat serangan" tegas ketua kompani kepadaku. Serangan ini adalah serangan penghabisan selepas dua hari mengepung pengkalan tersebut. Kelihatan pihak musuh sudah semakin lemah kerana bantuan dari luar berjaya dihalang oleh kami. Dengan lafaz bismillah aku berlari menuju kepada posisi yang telah diarahkan olehku.

Suasana sungguh sunyi kerana pada waktu malam, aku berlari berseorangan masuk kedalam pengkalan tanpa disedari oleh pihak musuh manakala sahabatku yang alin mengambil posisi yang diarahkan dan menunggu isyarat daripadaku. Aku berjalan perlahan-lahan disebalik dinding bangunan supaya tidak dikesan namun dengan takdir allah, kedengaran satu tembakan karahku. Aku terus berbaring dan merangkak mencari perlindungan. Alhamdulillah, dengan kuasa allah tembakan tersebut tidak menembusi badanku.

Kedengaran tembakan bertalu-talu, kearahku namun kedengaran tembakan bantuan dari sahabatku memudahkan aku untuk merangkak menuju kearah menara tersebut. Dalam malsa beebrapa minit selepas itu, aku telah pun sampai ke atsa menara dan tanpa melengahkan masa aku terus memberikan isyarat. Kelihatan sahabatku yang lain mula mengatur langkah mebalas tembakan tembakan dari pihak musuh.

Tanpa membuang masa, aku mngacukan mucung Remington 700 keluar jendela menara dan memulakan tembakan. Bersama teriakna takbir, aku menembak satu persatu moga dengan tembakan ini memberikan kemenangan. Hampi 2 jam, bunyi berbalas tembakan sekarang suasana sudak kembali sunyi sepi. Aku mula mengalih senjataku kebawah untuk memeriksa keadaan  dari atas menara. Kelihatan bergelimpangan mayat-mayat berlumuran dengan darah. 

Tanpa diduga, aku menyedari satu cahaya datang meluncur laju kearahku seperti cahaya semasa kali pertama aku sampai memijak bumi Syria. Aku terpelanting kedinding bersama dengan ketulan ketulan dan debu batu hasil kerana letupan dari peluru berpandu. Fikiran aku gelap seketika, namun kembali cerah. Alhamdulillah, allah masih memberikan aku nafas. Aku mengucap syuk berkali-kali sebelum bangun dan keluar dari menara tersebut.

Apabila aku sampai dipintu keluar menara, berdiri sahabatku sambil memerhatikanku manakala kelihatan Hasif berlari dan memelukku. " Alhamdulillah , kamu selamat, syukurlah pada allah" kata hasif sambil memeluk erat tubuhku. Laungan takbir bergema suasana malam menandakan kemenangan milik allah. Ucapan syukur dari sahabatku yang lain tidak putus diberikan kerana allah telah menyelamatkan aku dari tembakan peluru berpandu.

*******

" JIka belum tiba ajalnya, pasti akan selamat. Dua kali peluru berpandu", gurau muhamad sambil membalut luka aku yang mungkin cedera akibat terkena serpihan tembakan itu. Aku hanya tersenyum dan melihat saja karenah Muhammad. " assalamulaikum, sniper terulung kita" tegur hasif sambil menyelak kain pintu khemah medik. Tanpa di duga impianku selama ini menjadi kenyataan.Dengan berkat doa ibu dan ayahku, sekarang cita-citaku untuk menjadi sniper terulung tercapai namun perjuangan ku ini bukan penghabisan namun ia adalah permulaan kehidupan ku dalam berjuang menegak agama islam sebagai The Sniper Of Allah.......

Khamis, 14 November 2013

BILA AJAL DATANG MENJEMPUTKU

Tatkala sudah tiba masanya, apabila sudah capai penghujungnya maka tamatlah suatu kehidupan. Tidak pernah aku terfikir pada kematian hanya kerna usiaku masih muda dan masih belum matang lagi dalam erti kehidupan duniawi ini. Aku asyik mengejar dunia yang belum tentu berkesudahannya dan juga aku alpa dengan firman allah :  
                                                       وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ۬‌ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةً۬‌ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ
maksudnya : " Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (34) 

Sedang aku bermuhasabah diri, pandanganku terpaku dan tergaman melihat berkerumun jemaah sedang mengusung sebuah keranda kecil ke saf pertama. Inalillahin wa ina ilahirajiun, seorang lagi umat Muhammad malahan saudaraku seislam telah pergi menemui illahi sedangkan usianya masih muda dariku. Maka terbuktilah ajal itu bukan terletak pada umur. 

Hati ini berkata " subhanallah, sungguh beruntung si mati ini kerna telah dijemput oleh illah ketika mana dosanya masih lagi sedikit, Untungnya dia kerna disembahyangkan dan di doakan lebih dari 40 orang jemaah dan dimana ada diantara mereka sedang berpuasa. Allahurabi, untungnya dia, moga-moga ditempatkan di tempat orang-orng soleh, in sya allah.

Aku merenung sejenak memandang arah keranda yang diunsung keluar, " bilakah ajalku dan bagaimanakah ajalku nanti???". Diri ini sudah hampir 20 tahun menjelajah bumi allah, maka sudah pasti banyak sekali dosa-dosa dan maksiat yang telah aku lakukan. PAbila ajalku tiba adakah aku ketika itu sudah bersedia atau pun tidak??. Cukupkah amalan kebaikanku untuk aku bawa sebagai bekalan di Akhirat nanti??. Adakah ibadah aku selama ini diterima oleh allah ataupun dicampak kembali kepada ku.

Tiada sesiapa tahu akan tarikh dimana tamatnya perjalanan hidup mereka dalam kembara illahi ini. Tiada sesiapa tahu bagaimana dan dimanakah malaikat maut menunggu mereka untuk mencabut nyawa.astghafirullah, adakah hari ini adalah hari terakhirku dan esok sudah tidak wujud lagi buatku??. Apabila malaikat maut muncul maka bergetarlah jiwa, berdegup kencanglah jantung, lemahlah segala kekuatan selama ini hanya kerana AJAL SUDAH TIBA.

Andai aku berada keseorang di dalam liang lahab, adakah ibu dan ayah akan menemaniku, adakah isteri dan anak-anakku akan menemaniku, adakah sahabat sejatiku setia menemaniku keseorangan di dalam liang lahab. TIDAK!!!! hanya yang akan menemaniku hanyalah amalan aku semasa aku hidup didunia illahi samada kebaikan ataupun keburukan. Didalam alam barzakh, lepaskah aku dengan soalan-soalan mungkar dan nakir?? Pelbagai soalan yang selama ini terlah diajukan kepadaku dapat dijawab sehinggakan aku mendapatkan kemewahan tapi hanya 5 soalan yang bakal ditanya oleh munkar dan nakir belum tentu aku berjaya menjawabnya dengan tenang dan yakin.

Andai aku dibangkitkan dipadang mahsyar nanti, bagaimanakah keadaanku ketika itu adakah berada dalam naungan allah ataupun terkapai-kapai dalam peluhku sendiri. Risaunya hati ini tatkala berjumpa dengan Rasulullah untuk meminta syafaatnya tapi Baginda tidak mengenali diriku ini. Nauzubillah, dari baginda SAW tidak mengaku aku adalah umatnya. Dapatkah aku merasai segelas air telaga nabi nanti?? Ya allah, diri ini kurang berselawat untuk tapi mengimpikan untuk memelukmu ya Rasulullah saw.

Ketika di padang mahsyar, bagaimnakah dengan ibu dan ayahku ya Allah?? dimanakah mereka?? dapatkah aku memakaikan mereka satu mahkota dari syurga diatas kepala mereka?? ataupun aku ini yang menyebabkan mereka dihumban kedalam neraka azab Mu Ya allah?? nauzubillah. Ibu ayah aku sentiasakan doa kepada agar ibu dan ayah dapat bersama disyurga bersama-sama dengan para nabi-nabi in sya allah

Subhanallah, maha suci allah dunia ini kian hancur dan menghampiri waktu pengulungan langit oleh allah tapi diri ini masih lagi takut dan lalai dengan buaian duniawi ini dengan perhiasan dari illahi. Lagu-lagu yang melalaikan masih lagi meniti dibibirku dari kalam MU Ya allah. Konsert-konsert maksiat masih lagi menjadi suasana aku menghabiskan masa dari majlis-majlis ilmu dan budaya barat menjadi pakaian kehidupanku daripada cara kehidupan islam yang sebenar.

Ya allah,
ampunilah dosaku ini
berikalah aku nur hidayah dan taufiq MU,
dan janganlah kau tariknya kembali
apabila kau terlah kurniakan kepada ku

Ya Rahman, Ya rahim,
andai ajalku telah tiba,
maka ambillah ruhku ini dalam keadaan
husnul khatimah
janganlah engkau membuka aibku ini.

Ya allah, yang maha berkuasa,
engkau jadikanlah hari-hariku ini
penuh dengan keredhaan dan lindungi aaku
dari kealpaan dunia supaya nanti
aku merasai nikmat syurga MU
dan bersama dengan Kekasihmu
Nabi Muhammad SAW.

Khamis, 30 Mei 2013

TERIMA KASIH USTAZ

Hujan lebat membasahi bumi johor lagi tetapi kali ini dia turun bersama dengan ribut yang menerbangkan daun-daun yang gugur di atas tanah. Kertas-kertas nota di atas meja belajarku terbang berselerak di atas lantai kerana dituip angin yang kencang itu. Tanpa membuang masa aku terus menutup tingkap yang terbuka sebelum air hujan membasahi bilik tidurku. Habis berselerak bilikku dengan kertas-krtas nota mklumlah tinggal beberapa hari lagi peperiksaan akhir sudah semakin hampir.

Satu persatu aku mengutip nota tersebut untuk memastikan ia berada dalam keadaan asal agar memudahkan aku untuk mengulangkaji. Helaian terakhir dipegang dan diamati, kelihatan nota itu basah. Ia mengingatkan aku  ketika aku berada dibangku sekolah. Sekolah teramat dhaif telah mengajarku pelbagai pengajaran dalam kehidupan. Dimana satu tempat jika aku tidak memijaknya aku tidak akan berada di bumi johor ini.

Aku berlari sekuat hati dibawah hujan yang lebat dari asrama menuju ke kelas. Maklumlah sekolahku tidak tersedia tempat penghubung yang berbumbung untuk ke kelas. Apabila sampai sahaja,kelihatan beberapa sahabatku turut berada disan, aku bergegas menutup tingkap-tingkap neko supaya dapat menghalang air hujan membasahi meja dan buku buku kami. Kitab-kitab milikku dikumpul dan diletakan ditepi penjuru disebalik almari besar yang menghalang air hujan membasahi kelas. Air hujan masih lagi membasahi lantai kerana ada beberapa tingkap sahaja yang dapat menahan dari kemasukan air hujan

Tersenyum keseorangan aku mengingatkan kisah silam ini. Walaupun dulu aku belajar tanpa perpustakaan, tanpa makmal, tanpa komputer tapi hari ini aku mampu bersama dengan yang lain. Memori ini tidak akan lekang dari sejarahku. Namun begitu aku mampu berdiri disini bukan kerana pengalamanku di masa silam tapi ada seseorang yang mencorakkan pengalamanku supaya aku mampu berdiri. Tanpa guru tiadalah sekolah, Tanpa ustaz siapalah aku sekarang ini.

Setiap orang mempunyai sejarah, dan hanya dia sahaja yang tahu tentang sejarah dirinya. Cukup sukar untuk aku gambarkan bagaimana pahit dan manis untuk menjadi seorang pelajar Maahd Tahfiz. Tiada siapa yang dapat rasainya melainkan dia sendiri merasai. Kalau tidak kerana seorang ustaz mungkin aku sudah tidak mengenal apa itu sebuah alquran yang sebenar. Aku tidak akan mampu untuk mengalunkannya walaupun suara ini tidak seperti iman qari.

Jari-jariku menyentuh belakang badanku, mungkin parut itu sudah lama hilang tapi ia masih dirasai dalam pengalamanku, Dimana rotan yang panjang telah hinggap dibelakangku hanya kerana aku tidak dapat membaca alquran dengan baik. Kalau dulu aku merasakan ustaz yang mendidik aku adalah kejam kerana setiap kesalahan pasti rotanlah jawapannya tapi sekarang ucapan terima kasih kerana merotanku. Baru sekarang aku sedar akan bisanya sebatang rotan

Oleh kerana aku masih mencari diriku, dan apa yang aku nampak adalah diriku mampu berjaya diluar dari sekolahku, dan aku telah ditunjukkan bahwa diri aku masih belum bersedia untuk berada disana maka bersabarlah. " sanggupkah kamu meninggalkan apa yang kamu miliki sekarang ini hanya kerana tempat yang belum tentu dapat kamu boleh tinggal disana" itulah kata-kata yang meruntuhkan semangatku yang membuak-buak untuk keluar dari tempat itu tapi terdirilah satu semangat baru yang lebih baik dari itu.

Hujan sudah semakin renyai, aku membuka tingkap dan menghirup udara yang sejuk dan segar. Masyallah amat menyegarkan. Indahnya suasana ketika itu tapi indahnya lagi memoriku dengan seorang ustaz. Walaupun sudah lama hari guru pergi meninggalkan aku, tapi aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala-galanya kepada para ustaz dan guru yang pernah mengajarku moga dirahmati sentiasa. Doakan aku supaya mampu berjaya di dunia malahan di akhiratku...insyallah

Walaupun aku tidak bersama dalam bidang alquran lagi tapi tolong doakanku, untuk makluman mu ustaz ini semua bukan petanda aku lari dari semua ini tapi mungkin ini adalah takdirku . Doa mu wahai ustaz amatlah di pinta moga aku mampu mengegarkan dunia dan mencipta sejarah dan sejarah itu akan dimulai dengan mu.


THANKS

THANKS